Keesokan harinya, Mo Ting sedang bekerja dalam pejabatnya apabila Lu Che tiba-tiba mula mengetuk pintu. Dia bergegas dan membisikkan sesuatu di telinga Mo Ting.
Mo Ting meletakkan pen bertatahkan berlian di tangannya. Selepas beberapa detik terkejut, dia tergelak kecil. "Apa pun dia nak buat, buat macam kamu tak perasan…"
"Tapi… macam mana kalau Pengerusi Tua susahkan Puan?"
"Kamu rasa isteri saya tak boleh uruskan dia?" Mo Ting bertanya serius ketika dia mengangkat kepala dan memandang Lu Che.
Lu Che segera menggelengkan kepala. "Saya cuma takut Puan merana."
"Orang tua itu ingat ini 10 tahun lalu masa dia tinggalkan Hai Rui? Dia buat kecoh besar, macam dia nak pergi melancong. Macam dia takut seluruh dunia tak tahu pasal itu." Mo Ting tidak dapat menahan daripada menggelengkan kepala. "Jangan bimbang tentang benda lain. Perhatikan keselamatan dia saja…"
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com