webnovel

Tangning, Betulkah Kamu Ada Tiga Lelaki?

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Kalau begitu, saya terpaksa terus menjadi lelaki keempat dan kelima kamu." Mo Ting membelai rambut Tangning dan mengucup dahi isterinya. "Kamu tak perlu bimbang tentang hal lain. Pastikan diri kamu berada dalam keadaan terbaik. Fokus pada perjumpaan kamu dengan Claude. N dan cuba yang terbaik untuk dapatkan pengendorsan itu…"

"Abang selalu percaya pada saya. Apa-apa pun, adakah Pak Ngah akan nampak gambar itu? Adakah dia akan mempunyai tanggapan tentang saya?" Tangning sangat berwaspada dengan macam mana keluarga Mo Ting melihatnya.

"Pak Ngah hanya akan salahkan saya kerana tak jaga kamu dengan elok."

Tangning merapatkan tubuhnya pada tubuh Mo Ting. Suaminya seorang yang dia boleh harapkan sepanjang hayat. Mo Ting ialah suaminya; orang yang paling dipercayainya, diminatinya dan dihargainya.

"Jangan bimbang. Dengan Abang menemani saya melalui semua pertarungan, saya hanya akan jadi semakin kuat!" Tangning menyeru dengan yakin.

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com

Chương tiếp theo