Semua artis yang dimiliki Hai Rui, sama ada mereka menghadiri acara atau tidak, akhirnya diganggu oleh para wartawan. Selain daripada beberapa orang artis yang terlampau sibuk untuk terus membalas, semua artis lain menzahirkan kepercayaan penuh mereka terhadap agensi dan rasa tidak sabar mereka menantikan Tangning.
Lebih hebat lagi, ini menunjukkan perawakan sebuah syarikat yang mengetuai syarikat lain. Sudah tentu, ia juga membuktikan yang dalam industri ini, Mo Ting berada dalam kedudukan berkuasa penuh.
Lewat malam. Selepas seharian bekerja, Mo Ting akhirnya pulang ke rumah. Ketika dia melangkah masuk melalui pintu hadapan, dia terpandang Tangning menyarungkan pakaian sukan nipis semasa dia bersenam di gim. Mo Ting terdiam buat beberapa saat. Pada awalnya, dia bimbang jika Tangning kesejukan. Tetapi, selepas berfikir semula, Mo Ting memutuskan untuk mengambil sepasang baju dan seluar sukan berwarna hitam lalu menyertai Tangning.
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com