webnovel

Membersihkan Ketidakadilan

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Berambus…

Mendengarkan perkataan ini, Han Yufan terkedu. Tangning tidak pernah merendah-rendahkannya, terutamanya dari kedudukan yang tinggi.

Han Yufan berasa seperti seorang badut, menyerlahkan sisi dirinya yang paling memalukan kepada Tangning semasa dia berlagak begitu bongkak dan menyangkakan dirinya tidak akan dikalahkan sesiapa.

Perkara yang lebih sukar untuk diterima ialah kenyataan yang dia pernah memanggil Tangning perempuan jalang. Namun, kata-kata ini nampaknya terpantul kembali kepadanya dan menempelak wajahnya sendiri dengan rasa sakit yang menusuk.

Han Yufan mahu membalas, tetapi melihatkan tangan Mo Ting yang bersilang dengaan jari Tangning membuatkan mulutnya terbuka tanpa sebarang kata-kata yang keluar. Dia hanya mampu bangun dari lantai dengan tidak berdaya dan meninggalkan restoran itu di hadapan pandangan takjub orang lain.

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com

Chương tiếp theo