"Bukankah itu peragawati yang terkenal kerana Trend Timur?"
"Ya, itu dia. Hanya kerana dia agak menarik, dia fikir dia boleh mula mengenakan tipu helah. Tidak ada orang kah yang memberitahunya Presiden kita benci pada orang yang menumpang kesenangan orang lain? Terutamanya orang yang menggunakan dia untuk mencetuskan kekecohan? Dia memang meminta untuk dimarahi."
"Kita duduk dan tengok saja apa akan jadi…"
"Dia bukan sesiapa. Tetapi dia memang berani…"
Bisikan mula kedengaran dari bawah pentas. Hampir semua orang yang hadir menunggu Tangning dimalukan dan bagaimana kasihannya dia akan jadi nanti. Han Yufan dan yang lain pula tidak dapat menahan untuk bersorak di dalam hati mereka.
Jika Tangning membuatkan CEO Hai Rui marah, ia akan sama seperti disenarai hitamkan oleh seluruh industri. Hasil ini akan menjadi lebih baik daripada semua yang mereka guna untuk menindas Tangning. Kejutan ini sangat menyenangkan.
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com