Satu ayat yang mudah itu telah menyelesaikan masalah dengan cepat.
Lu Jingli kagum dengan lakonan dan kemahiran menggoda abangnya. Kemudian, dia menyambung, "Baiklah. Saya tahu kamu tak akan tengok pun semua ni. Saya rasa saya patut ambil semua ni sendiri."
Kemudian dia berlalu pergi.
Dia akan melakukan apa sahaja untuk mengelak dari Xiao Xi Xi sekarang ini!
"Kenapa awak datang sini?" Lu Tingxiao memegang tangan gadis itu dan bertanya sambil berjalan masuk ke dalam rumah.
"Saya cuti hari ni. Pagi tadi saya rehat di rumah dan teman Kak Tianxin, jadi tengah hari ni saya nak teman anak saya pulak! Si Cilik dah balik?"
"Dah. Dia tanya saya tadi boleh tak dia nak jumpa awak."
"Mestilah, awak tak perlu risau pasal Kak Tianxin. Saya dah bagitau dia pasal kita, jadi awak boleh bawa Si Cilik datang bila-bila masa je!"
"Okay."
Lu Tingxiao mengerling ke belakang secara diam-diam. Lu Jingli telah menghilangkan dirinya.
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com