Ning Xi berasa mental dan fizikalnya sangat penat kerana seharian dia berada di lokasi penggambaran dan dia juga perlu berjaga-jaga. Dia terus membuat silap sepanjang penggambaran dilakukan, malah dia turut terpukul tangan Jiang Muye semasa mereka melakukan adegan pergaduhan.
Jiang Muye memegang tangannya dengan berhati-hati, dia kelihatan terseksa. "Saya dah buat dengan baik tapi kenapa awak lukakan tangan saya?! Bila masa saya provok awak?"
Ning Xi terdiam sambil melihat tangan lelaki itu yang kelihatan seperti hampir patah. "Kenapa awak merengek macam budak kecil? Saya tak sengaja lah. Hmph, kesan merah sikit je pun, tu pun nak merengek ke? Awak ni lelaki ke tak!? Awak pukul saya balik, okay?!"
Kemudian, Ning Xi menghulurkan tangannya.
Akhirnya…
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com