"Disebabkan hal ni ke?" tanya Mo Lingtian dengan suara yang bergetar.
Guan Ziyao berkerut. "Lingtian, saya percaya kamu bukanlah orang yang akan main-main. Mungkin kamu dah diperangkap, tapi apa yang dah berlaku tetap dah berlaku."
Kemudian Mo Lingtian berkata, "Semua ni memang betul-betul tak sengaja. Anak tu tak ada orang nak... Kamu boleh terima hal yang sama untuk Lu Tingxiao, tetapi kenapa bukan saya?"
Ekspresi Guan Ziyao berubah. "Kita masih tidak boleh bersama walaupun hal ni tak berlaku."
Kemudian Guan Ziyao berpaling dan melangkah pergi.
Mo Lingtian mengekorinya. "Ziyao, saya minta maaf. Saya tak maksudkan macam tu..."
Selepas hanya beberapa langkah, dua orang lelaki menghalang laluannya. "Tuan, Tuan Tua mahu kamu balik!"
"Berambuslah! Jangan halang saya!" Mo Lingtian naik berang.
"Tuan, tolonglah jangan menyulitkan keadaan."
"Saya suruh kamu berambus. Kamu tak dengar ke!?"
"Maaf, Tuan!"
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com