Di tempat duduk pemandu, Lu Tingxiao memandang ke arah anaknya yang patuh dan bermulut manis itu dengan rasa tidak berdaya melalui cermin pandang belakang…
Kalau mereka tidak lakukan ujian paterniti beberapa kali dahulu, pasti dia masih berasa sangsi yang budak kecil itu ialah anak kandungnya.
Malah, budak itu lebih rapat dengan Ning Xi seolah-olah Ning Xi ialah ibu kandungnya.
Lu Tingxiao merenung ke arah pasangan ibu dan anak itu dengan bingung. Mereka bukan hanya berinteraksi dengan harmoni, malah aksi-aksi kecil dan sikap mereka juga sekan-akan hampir sama, terutamanya apabila mereka senyum. Gerakan kecil pada hujung kening mereka betul-betul serupa…
Kalaulah Si Cilik memang anak kandung Ning Xi…
Sebaik sahaja Lu Tingxiao memikirkannya, dia mengeluh dan menggelengkan kepalanya untuk melupakan idea liar itu…
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com