Ning Xi tidur dengan nyenyak di sebelah Zhuang Keer yang sedang memakai baju tidur Ning Xi. Mereka sedang berpelukan…
Wajah Lu Tingxiao serta-merta muram.
Ning Xi telah keluar bekerja sehingga lewat malam. Ning Xi bukan sahaja tidak berjumpa dengannya, malah dia tidur dengan perempuan lain?!
Mungkin disebabkan aura kebencian yang kuat daripada Lu Tingxiao, Zhuang Keer terbangun. Dia ternampak Lu Tingxiao yang ada di muka pintu dan terkejut. "Ah…"
Ning Xi turut terjaga. Ekspresinya terus berubah sebaik sahaja dia nampak Lu Tingxiao. Dia duduk dan berkata, "Aduh! Dengar sini, isteriku…"
Lu Tingxiao terdiam.
Ning Xi rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan apa yang dia katakan tadi.
Dia kebingungan!
Ini semua salah Zhuang Rongguang! Zhuang Rongguang selalu menganggap dia sebagai seorang lelaki dan seorang abang. Dia hampir percaya dia betul-betul seorang lelaki!
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com