"Macam kamu tak kata apa-apa pun!"
Kalau Ning Xi tahu apa yang Song Jin inginkan, dia akan ke hulu ke hilir dalam keadaan tidak keruan begini ke?
Ning Xi memerhatikan Si Ban Kecil yang sedang makan dengan sebelah tangan sambil menyuap rumput kepada arnab itu dengan tangannya yang sebelah lagi, matanya yang besar itu dipenuhi dengan cahaya keceriaan yang tidak selalunya ada.
Ning Xi menyengetkan kepalanya dan mengelap mulut Si Ban Kecil, anginnya tiba-tiba menjadi baik semula.
Tempat ini agak jauh dan terpencil, jadi pada mulanya dia berasa risau sekiranya Si Ban Kecil tidak dapat menyesuaikan diri. Tetapi siapa sangka si kecil ini akan berseronok seperti ini? Malah, Si Ban Kecil tidak berasa letih pun. Nampaknya dia boleh bawa Si Ban Kecil keluar bersiar-siar lagi nanti!
Alam semula jadi memang penawar yang terbaik!
Jiang Muye tidak dapat menggambarkan perasaannya apabila melihat sifat keibuan pada wajah Ning Xi…
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com