"Mmm, berseronoklah." Lu Tingxiao mengusutkan rambut gadis itu.
Ning Xi tiba-tiba berasa sedih kerana Lu Tingxiao perlu berkerja pada hujung minggu. "Haih, saya tiba-tiba rasa kejam nak tinggalkan kamu seorang diri. Tapi nak buat macam mana…?"
Walaupun hari ini dia juga pergi ke sana untuk urusan kerja, dengan angin baiknya sekarang ini, nampaknya semuanya bertukar menjadi keluar bersiar-siar sahaja.
Lu Tingxiao memicit cuping telinga Ning Xi dan berkata dengan lembut, "Kena bagi sagu hati dekat saya lain kali."
Ning Xi mengelip matanya. "Apa kata saya bagi sekarang juga?"
"Kamu berdua, cukuplah tu! Hei, dekat sini ada budak di bawah umur lagi!" jerit Lu Jingli dari jauh.
Ning Xi menjengket untuk mencium pipi Lu Tingxiao, kemudian dia melambai kepada ayah anaknya.
…
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com