"Benda apa?" tanya Zhuang Keer yang tidak pasti apa yang dimahukan oleh Ning Xi.
Zhuang Keer memakai gaun berwarna putih yang mempunyai riben renda berwarna putih di pergelangan tangannya. Ning Xi menanggalkan riben renda itu. "Ni."
"Boleh… tapi Xiao Xi, kenapa kamu perlukan ni?" Zhuang Keer bingung.
Riak wajah Zhuang Liaoyuan berubah menjadi sangsi. Budak ni… adakah dia?
Zhuang Rongguang berasa jengkel. Budak tak guna ni sedang menggoda kakaknya walaupun dalam keadaan macam ni!
Ning Xi yang diperhatikan oleh semua orang mula mengikat riben renda putih di kepalanya dan menutup matanya. Kemudian, dia mengacukan pistol ke tempat sasaran dan melepaskan tiga das tembakan.
Bang!
Bang!
Bang!
Selepas sepuluh pusingan, kaunter skor menunjukkan: 100 mata!
Dengan matanya yang bertutup!
Zhuang Rongguang terkejut. Dia terkelu dan hanya berdiri kaku dengan rasa tidak percaya.
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com