"Nak cakap apa? Dia dah gila ke...?" Jiang Muye yang sedang berdiri di belakang Ning Xi menggumam.
Ning Xi berjalan terus ke arah Ke Mingyu dan berhenti betul-betul di depan lelaki itu.
Ke Mingyu perasan yang ada seseorang sedang berdiri dekat dengannya, jadi dia berhenti membaca skrip dan mengangkat kepala. Sebaik sahaja dia melihat siapa gerangan orang itu, dia segera menyapa, "Senior."
Ning Xi menggaru kepalanya.
Tak guna. Mustahil.
Mana mungkin lelaki ini adalah Si Syaitan?
Semalam, sebelum mereka selesai dengan kerja, lelaki ini telah bergegas datang kepadanya untuk mendapatkan tandatangannya dan mengatakan yang dia adalah peminatnya...
"Senior?" panggil Ke Mingyu sekali lagi bila dia melihat Ning Xi berdiri di situ tanpa berkata apa-apa.
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com