Zhuang Keer mengeluh dan sedikit teragak-agak. "Saya ada di salah sebuah kafe internet di tengah bandar..."
"Kafe internet?" Ning Xi sedikit terkejut. Kenapa Zhuang Keer pergi ke tempat seperti itu?
"Saya datang ke sini untuk cari adik saya..." Kata-kata Zhuang Keer terhenti sebentar. Kemudian, dia menyambung, "Lepas apa yang terjadi hari tu, ayah saya dah kenakan perintah berkurung pada dia dan beritahu dia yang dia tak dibenarkan untuk keluar selepas pukul 9 malam, tapi dia lari masa saya terleka. Kalau saya tak cepat-cepat bawa dia balik ke rumah sebelum ayah saya sedar tentang hal ni bila dia balik nanti, ayah saya pasti akan mengamuk..."
"Kak, kamu ni bisinglah. Boleh tak kamu jawab telefon kamu tu jauh sikit?" Kedengaran suara Zhuang Rongguang merungut di talian sana.
"Rongguang, ayah kita mungkin akan balik malam ni..."
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com