Selepas itu, Lu Tingxiao pun berlalu pergi.
Guan Rui dan Guan Ziyao terkedu. Apa yang Lu Tingxiao maksudkan?
"Apa yang Lu Tingxiao maksudkan tadi tu? Bukan ke perempuan tu anak angkat keluarga Ning yang dah diabaikan je?" Guan Rui berkerut.
"Nampaknya Ning Xi bukan anak angkat, dialah anak kandung keluarga Ning" gumam Guan Ziyao.
Guan Rui mencemuh, "Kalau perempuan tu daripada keluarga Ning, dia tak boleh pun nak dibandingkan dengan kamu!"
"Tapi kalau ikut apa yang Lu Tingxiao cakap, nampaknya perempuan tu ada identiti lain yang buat dia ada kedudukan tinggi…"
Gui Rui memikirkannya dan memberi jaminan, "Pedulikanlah, nanti saya akan siasat lagi. Lu Tingxiao tu muda lagi dan mungkin dia hanya nak buat saya rasa jengkel dan nak bantah apa yang keluarga dia aturkan! Dalam seluruh Empayar ni, berapa banyak keluarga yang layak dengan Lu Tingxiao? Sikit je! Tak ada pun antara mereka yang ada kaitan dengan Ning Xi!"
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com