webnovel

Saya Dah Balik

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Ning Xi, kamu..." Bai Lu ingin berkata sesuatu, tetapi dia membatalkan niatnya. Dia ingin bertanya sama ada Ning Xi memang mempunyai rancangan atau tidak, tetapi dia tidak berani. Dia takut yang kalau dia bertanya soalan itu, harapan terakhirnya turut musnah. 

"Tunggu sekejap. Saya akan balik secepat mungkin," kata Ning Xi kepada Bai Lu dengan tergesa-gesa. Kemudian, dia senyum kecil kepada Liang Biqin dan yang lain. Tanpa berkata apa-apa, dia berlari keluar dari situ...

Bai Lu mengingat kembali pandangan yang diberikan yang oleh Ning Xi sebelum dia beredar dari situ. Walaupun dia tahu yang dia tidak patut mempercayai Ning Xi, tapi tanpa sedar, dia ingin meletakkan harapannya kepada gadis itu...

Ning Xi baru sahaja pergi dari situ sewaktu Zhao Meixin memandang ke arah pintu dan berasa seperti dia telah terlupakan sesuatu. Tapi, dia tidak pasti apa perkara itu. 

Waktu berlalu dengan sangat perlahan...

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com

Chương tiếp theo