webnovel

Semua Orang Mahu Ajar Cara Memikat Hati Perempuan

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Dia pernah bertanya kepada Qin Mufeng, bagaimana rasanya apabila mencintai seseorang. Qin Mufeng telah menjawab, dia pasti akan tahu apabila dia bertemu dengan orang itu.

Pada masa itu, dia terasa jawapan itu tidak masuk akal langsung.

Namun selepas bertemu dengan Ning Xi, dia sedar semuanya benar.

"Tahniah! Ramai orang yang aseksual mungkin tidak berpeluang bertemu orang yang mereka cintai!" Qin Mufeng mengucapkan tahniah kepada sahabat lamanya dengan sepenuh hati.

Selain dari heteroseksual dan homoseksual, dalam dunia ini turut ada aseksual.

Aseksual bukanlah satu penyakit dan ia tidak bermakna orientasi seksual yang tidak jelas atau ketakutan keintiman. Secara ringkasnya, ianya 'kekurangan minat terhadap seks'.

Disebabkan keadaan ini, ibunya telah mendesak Lu Jingli untuk meletakkan dadah dalam minuman abangnya lima tahun yang lalu…

"Ini mestilah apa yang disebutkan orang ramai sebagai dua keberkatan. Jadi, bila saya boleh minum wain perkahwinan kamu?" Qin Mufeng mengusik.

"Saya sedang usahakan." Lu Tingxiao yang selalu kelihatan tidak dapat dikalahkan, keraguan mewarnai wajahnya.

Qin Mufeng terkejut. "Masih belum berlaku? Saya ingat CEO Besar Lu sudah tentu berjaya melakukannya. Wah, gadis yang berjaya mencuri hatimu ini mesti bukan gadis biasa. Jadi, adakah ini sebabnya kamu minta saya datang ke sini, untuk mengajar kamu bagaimana memikat hati perempuan? Walaupun realitinya saya tidak sebagus Tuan Kedua, tetapi secara teori saya cukup baik!"

Kenapa semua orang mahu ajar bagaimana memikat hati perempuan?

Wajah Lu Tingxiao bertukar gelap, "Tak perlu, saya hanya ingin sahkan kesan kehadirannya kepada Si Cilik, itu sahaja."

Qin Mufeng kembali serius selepas selesai bergurau. "Macam ini. Ada dua keadaan dalam setiap perkara. Ia mungkin bagus untuknya, tapi kamu telah beritahu Si Cilik telah menghancurkan rumah semata-mata untuk melihat gadis itu. Jadi, sebahagian besar bergantung pada bimbingan kamu.

Sama ada atas kepentingan diri atau tidak, hakikat menjemputnya tinggal di bawah bumbung yang sama buat masa ini memang pilihan yang baik. Saya cadangkan langkah seterusnya ialah untuk meminta gadis itu untuk luangkan lebih masa dengan Si Cilik di luar rumah, malah menghantarnya ke sekolah apabila masanya tiba nanti. Ini akan perlahan-lahan membawa dia masuk semula ke kehidupan normal. Gadis ini mungkin boleh capai apa yang tidak boleh saya capai selama dua tahun ini…"

"Saya faham. Saya akan cuba."

Di lot studio.

Semua bisikan terhenti apabila Ning Xi berjalan masuk ke set penggambaran. Semua orang sedang melihatnya.

Sudah jelas, gosip itu telah tersebar.

Dalam satu sudut, seseorang bercakap dengan nada pelik. "Dia ingat dia itu siapa? Orang baru macam dia datang lambat. Dia tak perasaan Cikgu Ning sudah sampai lebih awal?

Sebenarnya, Ning Xi tidak lewat, cuma Ning Xueluo yang datang awal.

"Cikgu Ning, kamu dan Ning Xi datang dari syarikat yang sama. Adakah gosip dalam internet itu benar?"

"Ramai orang mengatakan dia tidur dengan semua orang dalam pasukan penerbit untuk mendapatkan watak ini!"

"Tidak malu! Adakah Syarikat Hiburan Cahaya Bintang tidak peduli tentang persaingan tidak adil ini?"

…  

Berhadapan dengan semua soalan kru filem, Ning Xueluo kelihatan tidak berdaya dan mengeluh, "Semua orang mempunyai cara tersendiri, syarikat tidak akan mengatakan apa-apa…"

Selepas berkata begitu, dia kelihatan tiba-tiba tersedar dia telah mengatakan sesuatu yang salah, dan membetulkan dengan cepat, "Saya bukan kata Junior Adik Ning telah melakukan semua perkara itu. Gosip di internet memang tidak boleh dipercayai!"

Cara dia jelaskan seperti dia cuba menyembunyikan sesuatu, dan ini menyebabkan semua kru itu menganggap bahawa gosip itu sebenarnya benar.

Hanya selepas Pengarah Guo datang dan menggesa semua orang untuk mula berkerja, barulah semua orang beredar.

Wajah tidak terdaya pada muka Ning Xueluo turut hilang, dan dia terus memanggil pembantunya datang dan bertanya perlahan, "Macam mana?"

"Jangan risau, Kak Xueluo. Semuanya sudah diaturkan! Kamu beritahu dia alah kepada metalik, kan? Saya sudah letak serbuk metalik dalam alat solek artis tanpa siapa tahu. Apabila dia memakainya nanti, seluruh wajahnya akan hancur…"

Chương tiếp theo