webnovel

Cara Membayar Balik

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Semuanya baik? Tak puas hati?" Lu Tingxiao yang berdiri di belakangnya bertanya.

Ning Xi menutup mukanya tidak percaya. " Ini bukannya pasal kepuasan hati…"

"Jadi apa masalahnya?"

"Pengerusi Lu…"

"Guna nama saya."

"Baiklah, Lu Tingxiao. Kamu tak rasa kamu layan saya...terlalu baik?" Lelaki ini terlalu baik padanya sehingga senang untuk dia fikir bukan-bukan.

"Kamu akhirnya sedar saya baik kepada kamu." Lu Tingxiao memandangnya seperti dia seorang pelajar yang berbaloi untuk diajar.

Ning Xi, "..."

Apabila melihat mood gadis itu menjadi suram, mata Lu Tingxiao meredup seketika, namun dia pulih dengan cepat. "Kamu telah selamatkan Si Cilik, dan dia mungkin akan perlukan bantuan kamu untuk jangka masa yang lama. Jika ia menjadi masalah, jadi, kalau saya baik kepada kamu?"

Dia berhenti sejenak, memandangnya dan bertanya, "Ataupun, adakah kamu mahu saya membalas kebaikan kamu dengan cara lain?"

Nampaknya, Ning Xi telah terlampau banyak berfikir. Dia merasakan beban di mindanya berkurangan, dengan cepat melambaikan tangan. "Tak, tak, sekarang dah cukup baik...ia cukup baik…"

Lupakannya, saya tidak perlu dibalas dengan cara lain.

Dia dan Lu Tingxiao berasal dari dunia yang terlalu berbeza. Jika dia tahu berkenaan masa silam hitamnya, dia mungkin akan melarangnya dari melawat Si Cilik selama-lamanya.

"Masih awal lagi, pergilah rehat. Kita akan bersarapan di tingkat bawah nanti."

"Baiklah."

Selepas Lu Tingxiao beredar, Ning Xi berbaring di atas katil besar yang selesa itu. Namun, dia tidak boleh tidur.

Bagaimana dia boleh tidur sambil menunggu berita buruk?

Walaupun pengarah dan pasukannya berpuas hati dengannya, tapi akhirnya, adakah mereka dapat menahan tekanan dari para pelabur?

Saya tidak boleh duduk menunggu tanpa berbuat apa-apa.

Dia bangun lalu menghidupkan komputernya dan log masuk ke MSN.

Kesepian Bagai Anak Panah Tidak Berkesudahan Dalam Kekosongan: Kamu ada di sana?

Raja Peri Jahat: Wow, benarkah Superstar Ning tengah cari rakyat biasa seperti saya?

Kesepian Bagai Anak Panah Tidak Berkesudahan Dalam Kekosongan: Kamu ada duit? Boleh pinjam lapan juta yuan?

Raja Peri Jahat: Apa yang berlaku?

Kesepian Bagai Anak Panah Tidak Berkesudahan Dalam Kekosongan: Jangan tanya kenapa boleh?

Raja Peri Jahat: Saya baru saja melabur dalam kilang wain. Mungkin ambil masa sedikit untuk kumpulkan duit.

Kesepian Bagai Anak Panah Tidak Berkesudahan Dalam Kekosongan: Berapa lama?

Raja Peri Jahat: Tiga hari.

Kesepian Bagai Anak Panah Tidak Berkesudahan Dalam Kekosongan: Terima kasih.

Raja Peri Jahat: Hehe, sayang, ini kali pertama kamu minta pertolonganku.

Kesepian Bagai Anak Panah Tidak Berkesudahan Dalam Kekosongan: Bila kamu balik? Saya akan datang jemput kamu.

Raja Peri Jahat: Ning Xi, kamu jahat!

Apabila ternampak Raja Peri Jahat telah sudah di luar talian, Ning Xi berasa lemas.

Hanya jika terpaksa, dia tidak akan berhutang dengan sesiapa, terutamanya bekas kekasih.

Dia tahu dia telah menyinggung perasaan bekas kekasihnya dengan membuat pertukaran seperti ini. Tapi, dia tiada pilihan lain.

Dia telah mematikan perasaan suatu ketika dulu, dia tidak mahu lagi.

Dia tidak mahu meminjam wang daripada Lu Tingxiao kerana dia sudah banyak melibatkan keluarga Lu dalam kehidupan hariannya. Sebenarnya, dia tidak mahu lebih rapat dengan mereka, terutamanya apabila ia berkaitan dengan masalah kewangan.

Satu jam kemudian, dia akhirnya mendapat panggilan yang dinantikan.

Chang Li.

Ning Xi mengepalkan tangannya. Dia menarik nafas panjang. "Halo?"

"Jangan lupa penggambaran esok bermula pukul sembilan. Fikirkan jalan kamu sendiri untuk sampai ke sana, saya kena jaga Xueluo. Jadi, saya tiada masa untuk kamu. Memandangkan kamu begitu berkebolehan, kamu tidak perlukan saya!" Lidah Chang Li tajam seperti biasa, tapi hari ini, nadanya jauh lebih kasar dari biasa, seperti Ning Xi berhutang wang yang banyak daripadanya.

"Apa dia? Penggambaran?" Ning Xi terkejut.

"Kamu masih tidur lagi? Cepat bangun, jangan lewat pada hari pertama kamu!" dengan tidak sabar Chang Li menjawab sebelum memutuskan talian.

Ning Xi menggenggam telefonnya. Seketika kemudian, dia kembali ke muka bumi.

Apa yang terjadi? Bukankah dia sudah diganti?

Ning Xi bangun dari katil dan berulang-alik dalam biliknya sebentar sebelum akhirnya membuat panggilan kepada pengarah. "Halo, Pengarah Guo, saya minta maaf kerana mengganggu kamu di awal pagi lagi. Tetapi saya perlu tanya sesuatu!"

"Adakah ini mengenai isu Pengerusi Ning ingin kamu digantikan?"

"Ya." Ning Xi segera berasa bimbang. Ning Yaohua memang betul telah melakukannya.

Chương tiếp theo