webnovel

Asli atau Palsu!

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Hakikatnya, Ling Lan tidaklah begitu naif untuk mempercayai yang mereka boleh merahsiakan lokasi sebenar ibu pejabat mereka daripada semua orang. Seperti mana Ling Lan mampu mengingati lokasi banyak ibu pejabat akademi ketenteraan lain, lokasi ibu pejabat mereka mungkin sudah dihafal oleh orang lain juga.

Jadi, biarpun Ling Lan telah menyusun pelbagai rancangan sejak awal yang mampu menipu orang lain, pertahanan ibu pejabat di Kawasan G17 tidaklah selemah yang disangka.

Jiang Shaoyu sangat gembira melihat dengan hanya satu pusingan serangan daripadanya, mereka berjaya menyebabkan pasukan tempur peronda daripada Akademi Ketenteraan Lelaki Pertama berlari pulang untuk "mengadu pada mak" mereka. Dengan gembira dan bangga dia berkata, "Gerak!"

Saat itu, bunyi desup tiba-tiba kedengaran di hadapan mereka—bunyi misil ditembak.

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com

Chương tiếp theo