Nampaknya, Kakak Senior Ye dengan gembiranya membawa Song Shuhang bersama dan meninggalkan 'Bandar Bawah' di Bandar Waktu.
Chu Chu tidak ikut bersama. Walaupun dia sangat tertanya-tanya tentang sehingga tahap apa hubungan Song Shuhang dan Kakak Senior Ye telah berkembang, dia tidak mahu dikatakan sebagai menjaga tepi kain orang.
Selain itu, sebelum pergi bersama Song Shuhang, Kakak Senior Ye mengajar Chu Chu tentang teknik pedang bermisteri.
'Teknik Pedang Bayang-bayang, sebilah pedang dalam sebilah pedang'. Apabila pedang dilibaskan, ada aliran pedang qi yang terdapat dalam libasan tersebut yang sangat sukar untuk dikesan semasa perlawanan.
Oleh itu, Chu Chu mula berlatih teknik pedang misteri ini dengan gembiranya.
Cik Chu Chu merupakan seorang gadis yang agak mudah berpuas hati.
❄️❄️❄️
Lebih kurang lima minit kemudian.
Kakak Senior Ye dan Song Shuhang meninggalkan 'Bandar Bawah' di Bandar Waktu.
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com