webnovel

Tempat Kedua… Milik Awak!

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Sejak Song Shuhang dan pelajar berkulit gelap itu memecut, mereka sudah berada satu pusingan di depan atlet lain, mendahului dengan jarak yang besar!

"Ini tidak benar, betul? Sejak bila Song Shuhang berlari dengan begitu pantas dan mempunyai daya ketahanan yang begitu besar?" Lin Tubo orang pertama yang mempunyai keraguan dalam matanya, menjerit dengan melampau.

"Inilah… kuasa cinta!" Gao Moumou menolak cermin matanya ke atas dan sinaran matahari memantul di atas permukaan kanta sejuk itu.

Li Yangde memandang Lu Fei tanpa disedari, gadis yang bersorak untuk Shuhang, yang berada tidak jauh daripadanya.

Di sisi Lu Fei, mata gadis yang berambut panjang sampai bahu tiba-tiba bersinar, "Feifei, pelajar Shuhang ialah lelaki yang menunjuk-nunjukkan ototnya di trek hari tu, kan?"

"Haha, ya… sepatutnya dia." Lu Fei berasa seperti sebuah krisis akan datang. Kepanasan musim panas masih akan berterusan untuk masa lama, jika dia tidak berbuat apa-apa dan lebih banyak orang mendapat tahu kebaikan Shuhang, adakah seseorang itu akan mencurinya? 

"Jika dialah orang yang menunjuk-nunjukkan ototnya pada trek hari tu, maksudnya kelajuan ni masih bukan yang terpantasnya, betul?" gadis berambut panjang sampai bahu itu berkata dengan senyap.

Dia mengingati lelaki pada trek itu berlari sebanyak pusingan yang tidak terkira pada kelajuan memecut?

Pelajar berkulit gelap berasa pandangan dunianya dihancurkan. Selepas memecut untuk masa yang begitu lama, muka budak mainan ini masih tidak kemerahan, dan pernafasannya tidak tercungap-cungap; ianya seperti terlalu mudah untuk dia?

'Tidak mungkin, budak ini mesti sedang memaksa diri sendiri.'

Memecut seperti ini memerlukan banyak stamina. Dia sendiri berasa seperti tidak mampu bertahan lagi, oleh itu budak ini sepatutnya juga akan tumbang tidak lama lagi.

Pelajar berkulit gelap itu mengetap giginya, dan mengurangkan kelajuannya sedikit. Meskipun untuk dia, tidak mungkin dia boleh memecut untuk lima ribu meter.

"Pelajar sekolej, kelajuan awak sudah berkurangan sedikit. Pada kadar ini, awak tak mungkin mendahului saya sebanyak satu jalan," Song Shuhang berkata dengan suara yang tenang dari belakangnya.

"Huff Huff… apa maksud awak?" Pelajar berkulit gelap itu tercungap-cungap seperti lembu.

"Kalau awak mengurangkan kelajuan awak, saya akan mendahului awak." Song Shuhang memberi peringatan mesra. Sambil bercakap, dia meningkatkan kelajuannya sehingga tinggal setengah meter di antara mereka berdua.

"Huff huff, saya hanya sedang melaraskan pernafasan saya. Saya akan menunjukkan kehebatan saya nanti; bukan hanya satu jalan, ia sekurang-kurangnya dua jalan atau lebih," pelajar berkulit gelap itu berkata dengan ganas dan mengetap giginya, memaksa dirinya memecut lagi.

Dia boleh menahannya. Berdasarkan staminanya, memecut selama tiga pusingan dan mengurangkan kelajuan untuk selebihnya untuk berehat boleh dilakukan. Meskipun dia didahului selepas mengurangkan kelajuan, dalam tiga pusingan terakhir, dia sepatutnya boleh mengumpul balik stamina untuk mengambil balik tempat yang pertama.

Sekarang, perkara yang paling penting untuk mendahului budak cantik ini dalam tiga pusingan ini, dan menunjukkan perbezaan di antara mereka—perbezaan di antara seorang ahli sukan dan seorang budak mainan!

"Hooooh." Pelajar berkulit gelap itu memecut dengan cepat lagi, dan air liur berterbangan di sana sini.

Jarak di antara dia dengan Shuhang sekali lagi dilebarkan sehingga satu meter.

Mata Song Shuhang mengandungi kepuasan. Dia mengikuti belakang pelajar berkulit gelap itu sekali lagi dan memecut sehingga sampai kelajuan yang sama, mengekalkan jarak satu meter, tidak lebih tidak kurang.

"Aduh, kenapalah lelaki berkulit gelap itu dan Shuhang memecut dengan pantas dari permulaan? Dengan kadar ini, mereka tidak akan dapat tahan selama lima ribu meter, betul?" Rakan sekelas Shuhang bertanya dengan ragu-ragu.

"Cara larian lelaki berkulit gelap itu sangat menjijikkan."

Pelajar berkulit gelap itu memecut dengan resah seperti rusa gila, dan air liurnya yang berterbangan membuatkan dia kelihatan seperti dia berbuih-buih di mulut.

Tidak lama kemudian, mereka sudah berlari selama tiga pusingan.

Pelajar berkulit gelap itu berasa staminanya sudah sampai ke tahap kritikal, tetapi apabila dia bermusing, dia masih melihat budak mainan itu mengikut ketat di belakangnya dengan jarak satu meter, langsung tidak ketinggalan.

"Mana mungkin, huff huff, kenapa awak masih mampu mengikut saya?" pelajar berkulit gelap itu hilang kawalan diri, "Seorang budak cantik seperti awak, huff huff~ kenapa awak masih belum tumbang lagi? Cepat tumbang!"

Kenapa budak ini berlari dengan begitu bagus? Dan kenapa staminanya begitu kuat?!

"Pelajar sekolej, lebih tiga pusingan telah berlalu, masih ada beberapa pusingan lagi, kenapa awak memperlahankan diri?" Song Shuhang berulang sekali lagi.

"Jangan bergurau, awak sepatutnya sangat letih, huff huff~ jangan memaksa diri, cepat tumbang!" pelajar berkulit gelap itu menjerit.

"Saya tidak akan tumbang, saya berasa saya masih mampu berlari untuk lama lagi." Song Shuhang tersenyum dengan mesra, "Lagipun, awak masih ada stamina lagi. Mahu saya menolong awak?"

"Awak maksud awak? Huff huff~ anak bangsat." Pelajar berkulit gelap berkata dengan marah, dia berasa seperti diperli.

Song Shuhang menarik nafas dan mengaktifkan tenaga mentalnya, dan menggunakan penindasan terhadap pelajar berkulit gelap ini. Teknik mudah ini digunakan untuk menakutkan pihak lawan. Tetapi, Song Shuhang mengawal tahap penindasan mental—ia tidak akan sama seperti sebelum ini di mana cikgu cantik itu ditakutkan sehingga dia hampir patah jiwa.

Pada masa ini, pelajar berkulit gelap itu berasa seperti seekor binatang jahat sedang mengejarnya dan berniat untuk memakannya.

"Ahhhh." Dia menjerit dengan pelik, dan memecut dengan sedaya upaya.

'Sangat menakutkan, sangat menakutkan!'

"Seperti yang dijangkakan awak masih boleh berlari, dan berlari dengan cepat. Orang selalunya ditahan oleh kemalasan, apa yang membuatkan orang berhenti bukan keletihan badan, tetapi kesedaran mereka yang memberi 'batasan' kepada badan mereka. Mereka berasa mereka hanya boleh memecut untuk jarak tertentu, oleh itu mereka memperlahankan diri. Dalam realiti, mereka masih boleh berlari dengan sangat cepat." Song Shuhang mengikuti pelajar berkulit gelap dari belakang, dan memberi satu penilaian 'profesional'. 'Saya membuat satu lagi perkara baik, gembiranya?'

"Cepat, buat yang terbaik, awaklah lelaki yang akan mendahului saya sebanyak satu jalan." Song Shuhang bersorak untuk pelajar berkulit hitam dari belakang.

"Ahhhh!" pelajar berkulit hitam menjerit. Air mata, bendalir hidung, dan air liur mengaburkan mukanya, membuatkannya kelihatan sangat sengsara.

Dan, Shuhang masih mengikutinya dari jarak satu meter dari belakang.

Satu pusingan selepas satu pusingan; satu lagi pusingan, dan satu lagi pusingan!

Ketakutan boleh merangsangkan batasan fizikal seseorang; pelajar berkulit gelap telah melepaskan kesemua potensinya. Lima ribu meter tidak begitu jauh dengan tambahan yang bernama ketakutan.

Semua orang merenung pelajar berkulit gelap yang memecut seperti binatang gila, dengan mulut ternganga.

Kalau dia berterusan macam ini, adakah dia akan memecahkan rekod dunia?

Semasa memecut, kakinya tidak mengetahui keletihan—pelajar berkulit gelap berasa kakinya sudah menjadi kebas. Dan ketidakselesaan abdomennya menyebabkan dia berasa hendak muntah.

Ini juga merupakan kali pertama yang dia berlari paling cepat seumur hidupnya. Ianya juga kali yang paling meletihkan dan paling menyakitkan.

Tetapi, kerja keras selalu membawa hasil; tinggal hanya separuh pusingan lagi.

Dialah pemenangnya. Dia lebih cepat daripada budak cantik itu! Walaupun hanya lebih satu meter!

Pelajar berkulit gelap itu hampir berbuih-buih di mulut.

Ia hanya beberapa langkah sebelum sampai ke garisan akhir. Dia sudah mendahului atlet tempat ketiga sebanyak tiga pusingan; inilah rekod yang amat mengejutkan.

"Sayalah pemenang utama!" pelajar berkulit gelap itu mengumpulkan semua tenaga yang tertinggal, memecut diri seperti serigala yang lapar ke garisan akhir.

Hanya tinggal beberapa dozen meter, jarak yang sesuai untuk memecut.

Hasil kemenangan berada di dalam tangan.

Pada masa ini, apabila dia hampir sampai ke garisan akhir, sebuah bayangan memecut mendahuluinya, 'whoosh' melepasinya seperti ribut taufan.

Ketangkasan yang hebat!

Ia terlalu cepat; dia pun tidak nampak siapa orang itu.

Dia hanya nampak siapa orang tersebut selepas orang itu berdiri di garisan akhir dan meninggikan kedua-dua tangannya ke udara.

Pelajar berkulit gelap itu merasa sakit di dalam hatinya.

Rupanya budak cantik itu!

Pada waktu terakhir, pihak lawannya telah berlari dengan kuat dan tenang, dan sampai ke garisan akhir lebih cepat daripadanya.

"Pada mulanya saya berasa tidak kisah jika bagi awak mengambil tempat yang pertama, tetapi saya berjanji kepada kawan saya yang saya akan menang, oleh itu malangnya, saya tak boleh bagi awak tempat pertama ini." Pada garisan akhir, budak mainan itu memusingkan kepalanya dan ketawa dengan kuat, memberinya tanda isyarat bagus dengan ibu jarinya, "Tapi awak merupakan lawan yang hebat, tempat kedua ini kepunyaan awak!"

Tempat kedua, tempat kedua… kepunyaan awak. Kepunyaan awak!

Pada masa ini, pelajar berkulit gelap itu berasa dirinya hancur.

"Ough!" dia tidak dapat menahan ketidakselesaan yang ada di dalam abdomennya. Pada masa yang sama, apabila dia kehilangan tempat pertama, kakinya menjadi lemah. Memecut dengan begitu cepat, dia tidak memijak lantai dengan betul, dan tersandung dan jatuh ke tanah! Di bawah momentum pecutan, seluruh badannya tertarik ke hadapan sedikit…

Pada masa ini, pelajar berkulit hitam itu hanya tiga hingga lima langkah daripada garisan akhir!

Tetapi, jarak ini seperti jarak di antara syurga dan bumi sekarang, jarak yang tidak dapat dicapai.

Song Shuhang menggaru kepalanya dan mengeluh, "Kasihannya. Seperti burung hijrah yang tidak tumbang semasa perjalanan, tetapi tumbang di pantai sebelum destinasi terakhir… dia merupakan lawan yang hebat."

Mata pelajar berkulit gelap itu akhirnya menjadi gelap, dan dia pengsan.

Chương tiếp theo