webnovel

Zhang Xuan Kembali

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Pilih syarat yang lain!"

Luo Qiqi yang tahu lelaki itu benar-benar berminat dengan mereka terus berkerut dan melambai tangannya tidak setuju.

Jika bukan kerana lelaki itu seorang tuan muda dari Dewan Binatang, dia pasti sudah menamparnya kerana berfikiran tidak senonoh sebegitu.

Mereka berdua sudahlah guru sarjana 5 bintang, malah Yu Fei-er ini puteri Empayar Hongyuan ini, berani betul seseorang yang berpangkat 4 bintang ini sahaja cuba untuk mengambil kesempatan ke atas diri mereka?

Tapi walau apa pun, kedua-dua mereka tidak tahu apa-apa mengenai penjinakan binatang dan lelaki itu nampaknya seperti seorang pendendam yang bakal mengapa-apakan mereka kembali jika mereka cuba untuk menidakkan kehendaknya. Jadi, Luo Qiqi memilih untuk menahan dirinya kembali.

"Pilih syarat lain?"

Qin Zhong berkerut, langsung tidak menyangka yang kedua-dua wanita itu bakal menolak pelawaan menjamah hidangannya.

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com

Chương tiếp theo