webnovel

Penyatuan antara Roh dengan Raga

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Perempuan berjubah putih itu kelihatan seperti tidak sanggup pergi tetapi Zhang Xuan tahu ini bukan masanya untuk memujuknya. Oleh itu, dia sekadar memaksa dia pergi bersamanya.

Putong!

Mereka berdua jatuh ke dalam tasik. Sebaik sahaja dia melihat dua orang itu jatuh ke dalam tasik, Serigala Salji telah berenang ke tempat mereka.

"Baik kita cepat lari. Jika tak, sudah pasti kita akan mati nanti!"

Zhang Xuan menyerang Serigala Salji dengan satu tangan dan menarik perempuan berjubah putih dengan satu tangan lagi lalu berteriak dengan cemas sambil dia berenang ke pendalaman tasik tersebut.

Dia telah meneliti binatang roh itu dengan teliti dan mendapati yang ia tidak mahir dalam bertarung dalam air. Mereka akan jauh lebih selamat di dalam tasik tersebut berbanding di darat.

Bukan itu sahaja, tasik itu bersambung dengan sebatang sungai jadi terdapat kemungkinan untuk mereka melepaskan diri apabila berbuat demikian.

Hula!

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com

Chương tiếp theo