webnovel

You and Me Never

วัยรุ่น
Completed · 144.7K Views
  • 87 Chs
    Content
  • ratings
  • N/A
    SUPPORT
Synopsis

Sambil bernyanyi kecil sewaktu keringkan rambut dengan tuala, Aster berjalan keluar dari bilik air lalu ke meja solek untuk keringkan rambut. Duduk je dia dekat kerusi, hair dryer dipasang pada plug sebelum capai sikat. Baru je dia nak pegang hair dryer itu, mata dia terarah pada cermin depannya. Dan melihat apa yang dipantulkan semula, menjerit terkejut Aster dibuatnya. "Argh!"jerit dia sampai jatuh tergolek ke belakang kerusi meja soleknya sebab terperanjat sangat. "Buahahahahahahahah!!!"suara orang ketawa kedengaran sejurus itu. What the hell! Siapa tu? Aster bangun dari jatuh dia dengan susah payah sebelum berdiri menghadap katil dimana orang asing tu sedang baring melunjur ketawa terbahak-bahak. "Siapa kau ni!"soal Aster sambil acu sikat ke arah lelaki di katil dia. Hei...siapa-siapa pulak masuk bilik dia ni! Lelaki yang tengah peluk bantal golek Aster tu perlahan-lahan berhenti ketawa sebelum duduk bersila menghadap Aster. Sambil ketawa menyeka air mata dari tepi mata dia berkata. "Serius?Takkan la dah lupa aku?" "Siapa kau sampai aku perlu ingat?" Aster pandang pelik. Macam mana lelaki ni ada akses untuk masuk ke rumah dia, siap duduk atas katil dia lagi tu. Mama dengan papa dia takkan tak perasan. "Baik kau keluar dari sini sebelum aku call polis!"halau Aster semasa gerak ke telefonnya yang ada dekat meja belajar menghadap tingkap. Dengan cekap, lelaki tu lompat turun dari katil dan mendarat di lantai sebelum cepat-cepat ke meja belajar itu dan rampas telefon tu terlebih dahulu sebelum Aster sempat sentuh. Menahan nafas terkejut Aster bila tangan tu muncul dari sisi dia dan merampas telefonnya sekelip mata macam apa. "Hei!"marah Aster semasa memandang terkejut ke pencerobohnya itu. "Na'ah..not so fast princess."sengih lelaki itu dengan boyish. April 2020

Tags
2 tags
Chapter 101.

KNOCK!KNOCK!

"Aster Faith!"

KNOCK!KNOCK!

"Mama kira sampai tiga kamu tak bukak pintu mama tinggalkan kamu ya!"

Terpisat-pisat dia dekat katil dengar suara tu. Hairan dia macam mana mamanya itu sekali pun tak pernah tinggal dari kejutkan dia setiap pagi. Malas betul nak bangun awal. Lagi-lagi tengah cuti macam ni. Memang tak la!

KLIK!

Bunyi pintu terbuka tak lama lepas tu.

"Ya ampun!Kamu masih tidur lagi!Dah pukul berapa ni. Kamu kata kamu bertugas awal hari ni!"

Mula dah!

Dari mana mama dia dapat kunci spare ni!Bukan ke dia dah sorokkan semua kunci spare yang ada.

"Bangun sekarang!"selimut yang menutupi badan itu direntap tarik lalu tangan yang berada di atas mata itu ditarik. "Cepat!"

Dengan malas dia bangun dari baringnya dengan mata terpejam. Well...tipikal jadi anak dara yang baru menginjak usia 19 tahun...sesiapa yang ada dekat tempat dia akan rasai perkara yang sama. So jangan judge dia okay!

"Apa ni Ma...."rungut dia sambil garu belakang telinga kerimasan.

"Mama nak pergi kerja ni..kamu lambat nanti untuk ke perpustakaan... Papa kamu dah bertolak awal hari ni...tak ada siapa nak hantar kamu..."

Oh sh*t!

"Hah!"terbutang luas mata dia lepas dengar.

"Kamu bertugas awal hari ni..dah jam berapa dah kamu nak lambat-lambat macam ni..."

Yalah!Dia lupa yang hari ni dia bertugas awal sehinggala cuti musim panas dia tamat. "Kenapa mama tak bangunkan As awal-awal.." bebel dia yang kalut turun dari katil lalu bergegas masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

"Mama dah terpekik terlolong macam apa sejak tadi...kamu tu yang tidur mengalahkan badak sendiri."bebel mama Aster sebelum keluar dari bilik tu.

Sepuluh minit macam tu baru la Aster keluar dari bilik air dalam keadaan berkemban. Dah serupa macam ninja, Aster ke sama sini merentasi bilik tu untuk bersiap.

Sekejap dia berdiri depan cermin solek kering rambut, sekejap dia kenakan pakaian ke badan. Sekejap dia kemas katil. Sekejap dia dandan rambut pulak.

Dekat 10 minit kemudian dia keluar dari bilik terus ke dapur di mana mama dia sedang bercakap melalui telefon.

"Ya Ma...nanti saya pesan dekat dia."ujar mama Aster sewaktu menyerahkan segelas jus oren pada Aster."As...nenek kamu kirim salam." maklum dia.

Sambil gigit roti bakar dekat mulut dan memegang gelas, Aster bersuara. "Miss you too nenek!"laung dia dengan mulut penuh.

"Okay Ma...saya nak hantar Aster dulu. Kita borak lain kali."

Aster teguk jus oren tu sampai habis sebelum gerak ke sinki dan cuci gelas tu sambil gigit roti bakar dekat mulut.

Sementara mama Aster sudah pun bergerak keluar dari dapur.

Seusai cuci gelas tu, Aster lari gegas ke depan pintu. Dia sarung kasut dengan kalut sambil ditemani mama dia depan pintu tu.

"Itu la...lain kali lock alarm..."bebel mama Aster semasa memerhati anaknya itu kalut uruskan diri.

Aster terlompat-lompat sarung kasut sewaktu memandang mamanya. "Orang balik lambat kan malam tadi...lagi pun hari ni hari sabtu...siapa pergi perpustakaan awal-awal.."

"Itu la tahunya kamu...bila orang tua nasihat..menjawab...tak boleh ke kalau di nasihatkan dengar?"

Aster berdiri tegak dengan muka mengah lepas siap pakai kasut. Dia pandang mama dia dengan muka tak bersalah. "Nanti singgah starbuck okay mama...As nak beli Frappuccino favourite As..."ajunya semasa gerak keluar dari situ.

"Frappucino je la yang kamu suka...kencing manis nanti baru tau.."bebel mama Aster lagi masa kunci pintu.

Aster yang dengar hanya jalan mendekati kereta dan masuk ke dalamnya.

You May Also Like

YES IM YOUR BOSS!

IMANI SANGGUP DI BENCI DI BUANG KELUARGA DEMI MENUTUP AIB ARWAH KAWAN KARIBNYA AISYAH AISYAH MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH DAN MENINGGAL KETIKA MELAHIRKAN ANAK YANG DIKANDUNGNYA IMANI SEBAGAI SEORANG SAHABAT SANGGUP MENUTUP AIB ARWAH SAHABATNYA IMANI MENGAKU KEPADA KELUARGANYA BAHAWA ANAK ITU MERUPAKAN ANAKNYA KELUARGA IMANI MEMBUANG IMANI KERANA MERASAKAN IMANI TELAH MENCONTENG ARANG DI MUKA MEREKA IMANI REDHA DENGAN KETENTUAN ILAHI DIA MULAKAN HIDUP BARU BERSAMA ARSYAD PADA SUATU HARI SYARIKAT DI TEMPAT IMANI BEKERJA TERPAKSA DI TUTUP KERANA TELAH MUFLIS IMANI DIBERIKAN PAMPASAN TETAPI DUIT ITU TIDAK CUKUP MENAMPUNG HIDUPNYA DIA TERPAKSA MENCARI KERJA YANG LAIN DIA PERGI KE SEBUAH SYARIKAT YANG BESAR DAN IMANI TERKEJUT DENGAN TAWARAN GAJI YANG DI BERIKAN OLEH SYARIKAT ITU SEDANGKAN HANYA JAWATAN YANG DI BERI SEBAGAI PA TEA LADY SAHAJA SETELAH BEKERJA LAMA DI SITU BARULAH DIA TAHU BAHAWA SIAPA YANG BEKERJA DI SITU TIDAK AKAN LAMA KERANA TIDAK TAHAN DI CACI MAKI HAMPIR 2 MINGGU BEKERJA BARULAH IMANI TAHU SIAPA CEO ITU IA MERUPAKAN EX KEPADA ARWAH AISYAH YANG DIGELAR IMANI BUAYA JADIAN MULUT ZARIL ZAFRAN TIDAK CUKUP PEDAS BUAT IMANI KERANA MULUT IMANI 10× GANDA PEDAS MEMBUATKAN ZAFRAN TIDAK TAHAN DENGAN MULUT IMANI YANG ADA SAHAJA JAWAPAN DIA PADA SUATU HARI ZAFRAN MEMINTA IMANI PULANG KERJA LAMBAT KERANA DIA AKAN PULANG LEWAT PADA HARI ITU DAN MENYURUH IMANI MEMBUATKAN DIA KOPI UNTUK BERJAGA SAMPAI MALAM TETAPI ADA KEJADIAN LAIN YANG TERJADI DI MANA IMANI DAN ZAFRAN TERPAKSA KAWIN DAN PERKAHWINAN ITU TIDAK BOLEH DI SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN HANYA KELUARGA TEDEKAT SAHAJA YANG TAHU KORANG JANGAN MENGHARAPKAN APA APA. AINA TAHU PENULISAN AINA MEMANG BERTERABUR SEBAB PERTAMA KALI MENULISKAN . KALAU TYPO MINTAK MAAF DAN CERITA INI AKAN DI UNPUBLISHED SELEPAS SEMINGGU TAMAN OKAY UNTUK BAIK PULIH

AINAKHAILEEDA · วัยรุ่น
Not enough ratings
6 Chs

Game Over, Mr. Panther!

“Kalau kita dapat bunga yang pengantin lambung, tu maknanya jodoh kita dah dekat. Hahaha! What a nonsensical fact is that?” – IZZ HANA Dia bagaikan air. Dan air selalu menang jika berlawan dengan api. Mempermainkan lelaki adalah satu hobi untuk Izz Hana. Seorang gadis periang dan selamba. Luarannya kelihatan ‘innocent’ tapi hakikatnya ‘killer’ dalam permainan cinta. Tapi, apa yang akan terjadi apabila ‘air’ tidak dapat mengalahkan ‘api’ itu? Dialah Shah Danish, seorang pemuda yang dingin dan senang naik angin. Juga digelar ‘Mr. Panther’ oleh Izz Hana. Dia bukanlah lelaki sempurna yang menjadi dambaan wanita. Tidak lagi sejak dia ditimpa kemalangan yang mengakibatkan kakinya lumpuh. Namun begitu, Izz Hana bukanlah gadis yang mudah bersimpati dengan orang lain. Shah Danish dijadikan peserta seterusnya. Peserta yang dijemput tanpa diundang ke dalam permainan cintanya. Setiap bait yang diucapkan gadis itu hanyalah poin untuk mendapat ganjaran. “Kau ni pekak ke apa? Aku dah cakap, aku tak ada selera nak makan. Itu pun susah sangat ke kau nak faham?” – SHAH DANISH “Encik Shah, tak payah nak berdalih sangatlah. Aku tahu kau suka kek ni kan? Sebab tulah aku buatkan khas untuk kau. Barulah manis sikit senyuman tu. Sejuk mata aku memandang.” – IZZ HANA Setiap kali gadis itu berkata-kata, kali itu jugalah lidahnya kelu. Walau sekeras mana hatinya, akhirnya Shah Danish kalah dalam permainan cinta Izz Hana. Kehadiran gadis itu sudah meniup semangatnya untuk berubah. Tapi, apa yang akan terjadi apabila rahsia gadis itu terbongkar? Selepas enam bulan berlalu, mereka berjumpa semula sebagai pesakit dan doktornya. “Kenapa Encik Shah pandang saya macam tu? Kalau awak tenung saya lagi, nanti saya suruh nurse siapkan pembedahan untuk awak. Daripada kaki tu baru nak elok, baik tak ada kaki terus.”

Sariel_Y · วัยรุ่น
Not enough ratings
6 Chs

ratings

  • Overall Rate
  • Writing Quality
  • Updating Stability
  • Story Development
  • Character Design
  • world background
Reviews
Liked
Newest

SUPPORT