webnovel

That's Not My Problem

วัยรุ่น
Ongoing · 43.9K Views
  • 95 Chs
    Content
  • ratings
  • NO.200+
    SUPPORT
Synopsis

"That not my problem!" Pfft! Yalah! Elok niat dia tak nak menyibuk urusan dan masalah orang lain, balik-balik masalah sendiri yang mahukan dia! Pergi mampus dengan istilah tu! Rasa macam nak maki je semua orang dekat dunia ni sekarang! Apa isu mereka dengan dirinya?Tak boleh ke mereka jauhkan diri dari dia dan tidak libatkan sebarang masalah berkaitan dengan dia? Macam sh*t je! Hera Xiana, gadis remaja yang sering terlibat dengan masalah. Sama ada dia yang cetuskan sendiri atau orang yang libatkan diri dia dengan masalah tu. Dia tidak mahu menyibuk. Tapi dirinya ikut terpalit. Dia di tuduh, dipersalahkan, di aniaya oleh keluarga sendiri. Tapi dia tidak balas. Sebab apa?Sebab dia tahu sekiranya dia melawan, orang lain bakal menjadi pajakan untuk masalahnya nanti. Mahu tak mahu Hera terpaksa mengalah dan akur. Dia terima semua tuduhan tu. Sudi di persalahkan. Sehingga la suatu masa dia dibuang oleh ibubapanya untuk tinggal Bersama maksu dia yang merupakan dekan sebuah institute Pendidikan. Dari situ la dia bertemu dengan Kayden Daniel. Si jejaka muda tampan yang dua kali lima saja perangainya dengan Hera. Mr Bully bertemu dengan Ms Gangster. Buku bertemu ruas. Siapa yang mengalah dulu? Mula 21/3/2021-13/4 April 2021

Chapter 1Bab : 1

🌷Salah Faham🌷

Dua tubuh tercampak ke atas lantai dengan serentak.

Sementara pelajar yang lain hanya memerhati kejadian yang berlaku di koridor itu di tepi. Mereka tidak berani hendak masuk campur apatah lagi menghalang orang yang sedang berdiri mengepal penumbuk di hadapan dua orang pelajar lelaki tersebut.

Dua pelajar lelaki tadi bingkas bangun dari lantai lalu berdiri menghadap perempuan yang menendang mereka tadi. Masing-masing berkerut muka keberangan!

"Berani kau masuk campur kan?"tunding Joshua ke arah Hera.

"Kau ada masalah kau sendiri!Asal tak uruskan aje masalah kau tu!"sampuk Alan pula.

Hera Xiana, si gadis berambut perang brunet kerinting halus yang diikat satu ke belakang hanya berdiri memandang mereka tanpa sebarang ekspresi sewaktu dirinya di pandang oleh Joshua dan Alan. Mereka masing-masing memegang muka dan perut yang sakit akibat serangannya tadi.

Mereka pandang tidak puas hati ke arah Hera.

Hera melentokkan kepala sedikit saat mendengar kata-kata itu.

"Kau yang bawa mulut dekat dekan sampaikan dia dah hantar surat gantung dekat parent kita orang!Puas hati kau sekarang!"bentak Alan hingga tegang urat lehernya.

Senyuman sinis meleret terukir di bibir. Dia mengusap perlahan kepalan penumbuknya yang berasa sengal dek menumbuk dua makeluk menjengkelkan di depannya tadi. Lalu dia bawa tangannya naik menyelak anak rambut yang jatuh menutupi mata kanan ke belakang telinga.

"Serius...aku tak tahu apa yang kau orang anginkan sangat ni?"ujar Hera dengan tenang semasa tunduk mengutip beg sandang yang tergeletak di bawah kaki. Ia terjatuh saat dirinya di serang oleh Joshua dan Alan tadi.

Joshua bergerak hendak mendekati Hera, namun langkahnya terhenti apabila Hera mengerling tajam ke arahnya seakan memberitahu 'kau dekat kau siap' kepada dia ketika itu.

"Jangan pura-pura tak tahu!"marah Joshua.

"Siapa lagi kalau bukan kau yang suka sangat menyibuk dan jaga tepi kain orang lain!"tuduh Alan. Lebam di bahagian kening kanan dan pipi kirinya kelihatan jelas, menunjukkan lelaki itu teruk ditumbuk!

Hera memandang pelik ke arah dua orang di depannya. Sumpah!Dia tidak faham sepatah pun apa yang mereka sibuk katakan sejak tadi.

Beritahu dekan?

Tentang apa?

Jaga tepi kain orang?

Untuk apa?

Adu kepada dekan hingga dapat surat gantung?

Apa yang mereka merepekkan?

Serius!Dia langsung tak ada ingatan tentang apa yang mereka berdua sibuk tuduh kepadanya sejak tadi. Lagipun dia memang bukan jenisnya suka jaga tepi kain orang. Sebab masalah mereka bukan masalah dia untuk di fikirkan!

"Aku tak tahu apa yang berlaku dekat kau orang berdua.surat gantung?Jaga tepi kain?bawa mulut? Nah!I have no idea about it!" jawab Hera dengan nada bersahaja tidak pedulinya.

Oleh itu, Joshua yang sudah merinding keberangan gerak mendekati Hera dan mencekau kolar baju dress yang dipakai oleh Hera sewaktu itu. "Hei perempuan jalang tak guna!berhenti berlakon macam orang tak bersalah!semua orang tahu perangai bermasalah kau ni perempuan!"deramnya di depan muka Hera.

Hera berdengus, dia dongak memandang Joshua tapi mengedipkan mata. Sikit pun tidak takut akan lelaki lampai di depannya ini. "Kalau betul aku yang beritahu, sediakan bukti yang kukuh. Lepas tu baru kau boleh salahkan aku untuk apa yang menimpa diri kau orang berdua "

Joshua buat muka 'what the f*ck' sebaik mendengar bait kata Hera. Hairan dia dengan perempuan di depannya ini. Macam mana Hera boleh buat muka selamba lepas apa yang Hera lakukan terhadap mereka berdua!Perempuan ni tahu tak situasi apa yang terpaksa mereka hadapi kerana isu ni! Boleh pulak cakap selamba macam orang tak bersalah! Macam sh*t je punya perangai.

"Kau memang nak kenakan!"Alan muncul dari belakang mahu menyakiti Hera.

Tetapi belum sempat Alan hendak berbuat begitu, ketika itu muncul seseorang dari celah pelajar-pelajar di situ dengan mengejut.

"Kenapa kamu semua berkumpul begini?Apa yang telah berlaku?"Puan Deena muncul, Dekan kolej itu ternampak akan Joshua dan Alan berdiri di situ dengan Hera di dalam cengkaman mereka. "Joshua!Alan!"

Kedua-dua kepala itu tersentak. Mereka palingkan kepala ke arah suara itu lalu membutang mata terkejut. tanpa berlengah, Joshua dan Alan cepat-cepat lepaskan Hera dan berdiri tegak.

Sementara Hera di situ pandang silih ganti akan Joshua dan Alan serta dekan di depannya ketika itu.

Dia tertanya-tanya, isu apa yang telah buatkan dua cencorot ni begitu marah kepadanya?

Paling penting....masalah apa lagi yang dia hadapi kali ni?

You May Also Like

Game Over, Mr. Panther!

“Kalau kita dapat bunga yang pengantin lambung, tu maknanya jodoh kita dah dekat. Hahaha! What a nonsensical fact is that?” – IZZ HANA Dia bagaikan air. Dan air selalu menang jika berlawan dengan api. Mempermainkan lelaki adalah satu hobi untuk Izz Hana. Seorang gadis periang dan selamba. Luarannya kelihatan ‘innocent’ tapi hakikatnya ‘killer’ dalam permainan cinta. Tapi, apa yang akan terjadi apabila ‘air’ tidak dapat mengalahkan ‘api’ itu? Dialah Shah Danish, seorang pemuda yang dingin dan senang naik angin. Juga digelar ‘Mr. Panther’ oleh Izz Hana. Dia bukanlah lelaki sempurna yang menjadi dambaan wanita. Tidak lagi sejak dia ditimpa kemalangan yang mengakibatkan kakinya lumpuh. Namun begitu, Izz Hana bukanlah gadis yang mudah bersimpati dengan orang lain. Shah Danish dijadikan peserta seterusnya. Peserta yang dijemput tanpa diundang ke dalam permainan cintanya. Setiap bait yang diucapkan gadis itu hanyalah poin untuk mendapat ganjaran. “Kau ni pekak ke apa? Aku dah cakap, aku tak ada selera nak makan. Itu pun susah sangat ke kau nak faham?” – SHAH DANISH “Encik Shah, tak payah nak berdalih sangatlah. Aku tahu kau suka kek ni kan? Sebab tulah aku buatkan khas untuk kau. Barulah manis sikit senyuman tu. Sejuk mata aku memandang.” – IZZ HANA Setiap kali gadis itu berkata-kata, kali itu jugalah lidahnya kelu. Walau sekeras mana hatinya, akhirnya Shah Danish kalah dalam permainan cinta Izz Hana. Kehadiran gadis itu sudah meniup semangatnya untuk berubah. Tapi, apa yang akan terjadi apabila rahsia gadis itu terbongkar? Selepas enam bulan berlalu, mereka berjumpa semula sebagai pesakit dan doktornya. “Kenapa Encik Shah pandang saya macam tu? Kalau awak tenung saya lagi, nanti saya suruh nurse siapkan pembedahan untuk awak. Daripada kaki tu baru nak elok, baik tak ada kaki terus.”

Sariel_Y · วัยรุ่น
Not enough ratings
6 Chs
Table of Contents
Volume 1

ratings

  • Overall Rate
  • Writing Quality
  • Updating Stability
  • Story Development
  • Character Design
  • world background
Reviews
WoW! You would be the first reviewer if you leave your reviews right now!

SUPPORT