⚠️ Before you this story,please follow my account⚠️
"Ahahahahhahaaahah!!!" Koyak semua buku gadis miskin ni!!!" tawa gadis berambut perang, Edora Patrick yang menyuruh anak buahnya untuk mengoyakkan buku-buku Selena. Buku- buku yang dibeli hasil wang simpanan selama berbulan- bulan itu habis punah kerana ulah Edora Patrick. Edora Patrick tertawa tanpa rasa bersalah sedikit pun di sudut hatinya. Ternyata kekayaan telah mengaburkan mata nya sehingga sikap manusiawi hilang.
"..."Selena hanya diam memandang lantai kelas sambil tergeletak di lantai akibat ditolak oleh Edora.
"Huh,dasar gadis miskin!!!"Edora mengoyakkan buku-buku Selena hingga menjadi cebisan kecil lalu menghamburkannya ke udara.
Edora Patrick berjalan ke arah Selena Rosellea Parker yang terduduk di lantai.
" Kau tu tak layak duduk bersama kitorang ni! Kau tu miskin! Bau miskin kau ni buat aku nak muntah,pening, kau tahu tak?" Edora menarik rambut Selena dan menggenggam kuat rambut itu. Dia menonyoh dahi si gadis malang itu berkali- kali sehingga meninggalkan kesan merah.
Selena menahan tangisnya lalu mengutip cebisan bukunya yang dihambur tadi.Semua rakan sekelasnya hanya memandang adegan pembulian itu kerana mereka semua takut dengan geng Edora yang merupakan antara geng paling kuat dan di hormati di sekolah. Hal ini kerana ibu bapa Edora merupakan orang berpengaruh di Bandar A. Ini menjadi seorang Edora Patrick menjadi begitu bongkak hanya dia berkuasa di situ.
Setelah Selena mengutip cebisan buku dia berjalan ke tandas sekolah. Seorang lelaki melihat kejadian itu yang menimpa Selena.Setiap kali dia melihat Selena,jantungnya mula berdegup tidak keruan. Satu perasaan yang rumit timbul. Dia memegang dada.
.
.
.
Selena cuba menahan tangisnya namun air matanya tetap ingin mengalir di pipinya.Wajah cantiknya mula memerah akibat menahan tangis.Selena pun membuang kaca matanya lalu menyeka air mata yang mengalir. Setelah itu dia membuka pili air dan membasuh wajah nan indah itu. Matanya memerah kerana menangis sebentar tadi.
'Kenapa aku harus lalui semua ini?'batin Selena berbicara.Dia menangis semahu-mahunya. Perasaannya berbaur.
Setelah lama Selena melayani perasaannya di dalam tandas,dia mula keluar dari tandas itu dan berjalan menuju ke kelasnya.
"Ha, tu si miskin sial dah datang tu, AHAHAHAHAH," Ujar salah seorang murid yang duduk bersama. Mereka menunjukkan riak wajah yang jijik terhadap Selena disebabkan dirinya seorang yang miskin dan tidak berduit.
Apabila sesampai di kelas,dia melihat banyak sampah di atas mejanya. Sekumpulan lelaki menertawai Selena,iaitu Gerard Parkinson dan gengnya.Gerard merupakan orang berpengaruh di sekolah itu sehingga pengetua juga takut dengannya kerana ayahnya merupakan orang kanan Keluarga Mafia Golden Dragon.
Selena hanya tahu diam dia tidak berani bersuara bahkan melaporkan kejadian buli ini kerana dia tahu akan akibatnya dan keluarganya akan jadi mangsa. Selena tidak mahu ibunya menjadi mangsa dalam hal persekolahan, biarlah hanya dirinya yang terluka asalkan bukan bonda tercintanya.
Setelah selesai membersihkan mejanya,tibalah waktu untuk pulang. Dia mengemas meja nya dan mengambil buku-bukunya untuk pulang. Tanpa dia sedari ada seorang lelaki sedari tadi memperhatikan dirinya termasuk kejadian buli yang terjadi tadi,iaitu Jeremy Lee.Jeremy Lee ialah antara gangster terkuat di situ.Dia merupakan sepupu sebelah ibu kepada anak tunggal Keluarga Hilderson. Senang kata Jeremy Lee mempunyai hubungan darah dengan keluarga Hilderson.
.
.
.
Sesampainya di rumah dia segera memeluk ibunya,Puan Serena yang sedang membasuh pakaian.
"Ibu..."panggil Selena sambil memeluk ibunya dari belakang dan menyandarkan kepalanya di pundak ibunya.
"Ada apa, Selena?Sekolah kamu macam mana?"tanya Puan Serena kepada Selena.
"Baik!Semua rakan-rakan amat baik..."tipu Selena kerana tidak mahu ibunya risau tentangnya dan kes pembulian yang dihadapi oleh Selena sekarang. Selena tersenyum penuh keterpaksaan namun tetap terlihat manis kerana dia mempunyai wajah yang cantik hanya kerana dia terlihat hodoh apabila memakai kaca matanya yang besar itu. Namun apabila membuang kaca matanya,dia akan terlihat lebih cantik sayangnya Selena tiada keyakinan diri untuk memperlihatkan sisinya yang jelita. Biarlah Selena menjadi dirinya yang sekarang yang lebih rendah diri.
.
.
.
"Aku harap akan ada malaikat yang akan membantu ku mengharungi segala penderitaan ini suatu hari nanti."ujar Selena setelah selesai mandi dan berpakaian. Dia kemudiannya nelabuhkan badan ke atas katil usang yang lusuh lalu memejamkan matanya.
Dia yakin suatu hari nanti hidupnya akan berubah sesuai TAKDIR. Tetapi adakah takdir sebaik yang disangkakan?
.
.
.
Puan Serena memasak dengan ahlinya di dapur. Kemudian Selena masuk untuk turut membantu sang ibu menyediakan juadah makan malam mereka.
" Ada yang boleh Ena bantu tak, ibu?" Tanya Selena sambil memandang sekeliling dapur mereka. Rambut yang menghalangi wajahnya diselitkan di belakang telinga.
" Ha, nak kalau nak tolong, tolong ambil makanan ni letak atas meja, ambil pinggan tu," ujar Puan Serena sambil menunjukka tangan ke arah perkakas makan.
Selena dengan patuh mengambil apa yang disuruh ibunya. Sememangnya Selena seorang yang patuh dan ini menyebabkan dia mudah untuk dibuli ketika dia berada di sekolah. Walaupun sering dibuli, dia tidak pernah ingin membalas perbuatan mereka.
Lauk-lauk yang dimasak dihidangkan ke atas meja kayu dan dua beranak itu duduk bersedia untuk menikmati makan malam mereka.
" Makanan ibu memang terbaik!" Ujar Selena sambil mengunyah masakan ibunya.
" Yelah, memanglah sedap sebab ibu ni kan memang pandai masak sebab tu ayah suka-..." Balas Puan Serena lalu berhenti. Kunyahan Selena dan Puan Serena terhenti di situ. Selena memandang wajah sang ibu. Muka Puan Serena menunjukkan riak wajah yang terkejut. Dia tidak menyangka dia sendiri telah menyebut tentang ayah Selena.
" A,ayah?" Selena bingung dengan ibunya kerana secara tiba-tiba menyebut tentang ayah.
" Tak ada apa-apa lah Ena, makan,makan!" Balas Puan Serena dengan cemas. Lalu mereka diam saat itu tanpa berkutik. Masing- masing diam membisu tidak mahu bersuara.
Selena hanya membiarkan hal itu. Dia tahu ada sesuatu yang disembunyikan oleh ibunya yang tidak ingin diketahui oleh nya. Mungkin belum saatnya untuk dirinya tahu tentang ayahnya. Selama ini dia sering bertanya kepada ibunya tentang aang ayah namun respon ibunya sentiasa ingin mengalihkan topik. Sejak itu dia tidak pernah bertanya lagi dan membiarkan itu berlalu seperti angin malam.
Pada suatu malam yang lepas, Selena pernah melihat Puan Serena menangis sambil memegang gambar namun setelah melihat kelibat dirinya yang memasuki ruangan itu, Puan Serena menyorokkan gambar tersebut lalu menyeka air mata yang bercucuran turun ke pipi tua itu.
Selena tertanya- tanya gambar gerangan mana yang ditangisi oleh ibunya bahkan sang ibu tidak ingin langsung memberitahunya. Dia yakin bahawa orang itu semestinya penting bagi dirinya dan juga sang ibu. Jika tidak mengapa ibunya mudah- mudah menangis terhadap orang yang tidak dikenali oleh mereka?
.
.
.
Psst,votes and comments are free ✿ ♡
Ini merupakan novel aku yang kedua,jadi kalau korang ada idea untuk bab yang seterusnya,korang komen sahaja di ruangan komen!
Dan..jangan lupa untuk baca novel pertamaku yang berjudul
Justice World:Legend Come Back
Selamat menikmati!!!