Beberapa bulan kemudian, Kiambang melahirkan seorang anak lelaki yang sihat; kedua Kiambang dan anaknya berada dalam keadaan baik dalam penjagaan wanita tua yang lebih dikenali sebagai Nek Yong itu.
"Syukurlah… "
"Hm…ini budaknya…ikut kaulah nak namakannya apa, Merah."
"Eh? Kenapa pula aku? Apa pula katanya Kiambang nanti? Aku pasti dia mahu menamakan anaknya sendiri."
"Tidakkah kamu berdua sudah berjanji, andai anak ini perempuan; ibunya yang akan menamakannya dan andai ianya lelaki, kau yang akan menamakannya… tidak begitu, nak Kiambang?"
"Ya, nek…dik Kiambang minta supaya kanda Merah yang memberikan nama padanya, boleh; bukan?"
"Ah…ya tak ya juga…bagaimana aku boleh terlupa? Kiambang mahu kanda yang menamakannya?"
"Ia….kalau ia tak menyusahkan kanda."
"Hmm…baiklah kalau begitu, bagaimana dengan nama…. Mentari?"
"Mentari?"
"Bagus; bukan nama itu, dik Kiambang, nek?"
"Mengapa Mentari?"
"Supaya hidupnya akan memberi sinar dalam kehidupan orang disekelilingnya…"
"Bukan macam bakanya…"
"…."
"Nek…"
"Nenek ke dapur sebentar."
"Dik, kanda harap adik tidak terkilan dengan apa yang nenek bicarakan itu."
"Tidak mengapa, kanda Merah…adik faham…nenek masih menyimpan dendamnya pada Sultan…Kiambang tidak boleh membuat apa-apa kalau nenek berasa sebegitu rupa."
"…."
"Kanda? Kenapa kanda berdiam diri? Adakah salah dalam bicara adik, tadi?"
"Tidak, Kiambang…kanda hanya berfikir…"
"Ber…fikir? Tentang apa?"
"Perihal Mentari… bagaimana kalau Sultan mencarinya satu hari nanti?"
"Bukankah aku sudah beritahu pada kau supaya mengkhabarkan kepada lelaki itu yang Kiambang dan anaknya telah mati sebaik saja dia sampai kesini; beberapa purnama yang lalu? Tidakkan kau berbuat begitu, Merah?"
"Ya, nek…telah aku tunaikan permintaan kau itu pada sultan dan nampaknya dia percaya akan kata-kataku."
"Jadi, apa yang kau risaukan lagi?"
"…."
"Kanda Merah?"
"Walaupun baginda sultan tampak percaya pada kanda…kanda dapat rasakan yang mungkin dia dapat agak yang kanda sedang berbohong…."
"?!?!"
"Nek, andai ada sesuatu yang terjadi pada aku nanti; aku merayu pada kau, nek…tolong jagakan Kiambang dan Mentari untukku dan jangan benarkan langsung baginda sultan menghampiri mereka berdua…aku mohon, nek…bersumpahlah padaku."
"Kanda! Apa ni…mengapa berbicara sebegitu rupa? Jangan takutkan Kiambang, kanda!"
"Maaf… kanda cuma risaukan kamu berdua saja…nek,boleh; bukan?"
"Haish… baik, aku bersumpah akan menjaga Kiambang dan anaknya serta seluruh keturunannya nanti dari lelaki tu."
"Terima kasih, nek."
"Kanda! Nenek, janganlah dilayankan permintaan merepek kanda ni!"
"Iya…kanda minta maaf…mari, kanda pegang Mentari tu; boleh?"
"Hm… ambillah…dia pun dah tidur."
"Comelnya dia…nanti, Mentari dah besar; jaga ibu baik-baik, ya? Abah takkan sentiasa ada untuk kamu."
"Kanda."
"Maaf…" sekali lagi Merah menundukkan pandangan ke arah bayi yang dikendongnya sejak tadi dengan perasaan serba salah.
"Kenapa tak kahwin saja kamu berdua ni? Naik meluat pula aku." Nada selamba Nek Yong membuatkan keduanya terkedu dan saling berpandangan sebelum mengalihkan pandangan dengan perasaan kekok.
"…"
Selang beberapa tahun selepas itu;
"Ibu, kemana abah? Mengapa abah tak datang untuk jenguk Mentari lagi? Mentari sudah mula rindukan abah…"
"Mentari sayang, abah kamu itu kan sedang bekerja di kota… nanti sampailah dia tu; kamu bersabar ya, nak?"
"Iyalah…entah-entah abah dah tak sayangkan Mentari…sebab itulah abah tak datang untuk berjumpa dengan Mentari lagi."
"Haish, kamu ni…tak baik cakap macam itu pasal abah kamu, tahu? Kamu tahu abah tu sayang sangat pada kamu, bukan? Ibu percaya, kalau tak ada halangan; abah pasti datang bertemu dengan kita."
"Iyalah cu… abah kamu tu sanggup pertaruh nyawa untuk kamu, tahu? Dah, janganlah muncung sangat mulut tu… mari ke sini dengan nenek…nenek ada benda nak tunjukkan pada kamu."
"…" dari memberikan reaksi, budak berusia 10 tahun itu hanya membatukan diri sambil memuncungkan mulutnya dengan perasaan tak puas hati.
"Kenapa duduk lagi tu? Pergilah…nenek dah panggil tu."
"Ya, nek…Mentari datang…" walaupuan ternyata dia tak rela, Mentari masih bangun dari situ dengan langkah malas menuju ke ruangan dalam rumah usang itu mendekati Nek Yong yang dari tadi tercongok disitu.
"Kamu masuklah kedalam dahulu, Mentari…nanti nenek akan menyusul."
"Baik…Mentari tunggu nenek didalam."
"Budak ni… sayang betul dia pada abahnya itu… sedangkan baru saja beberapa hari yang lepas abahnya datang menjenguk kita; dah ditanyanya lagi." Kiambang menggeleng-gelengkan kepalanya melihatkan gelagat anaknya itu.
"Dia saja yang rindu? Kau?"
"?!?! Sa…saya? Mengapa pula dengan Kiambang, nek?" Kiambang yang dari tadi kelihatan tenang mulai berubah reaksi cemas; makin merah wajahnya dengan usikkan wanita tua itu.
"Kau kata, anak kau yang rindu…kau, tak rindukan si Merah tu? Beberapa hari ni aku tengok kau asyik saja termenung…kau teringatkan Merah, ya?"
"Hah? Ap…apa yang nenek merepek ni…ya, Mentari; ibu datang ni!" bagai ingin melarikan diri dari topik perbualan tadi, Kiambang bangun dari situ dengan kadar segera menuju ke ruangan dalam rumah dimana Mentari berada.
"Kau ingat aku tak boleh baca wajah kau, Kiambang?..?!!?"
"Nenek?" suara garau yang tiba-tiba kedengaran dari arah luar beranda tempat mereka duduk tadi menarik perhatiannya ke arah seorang lelaki yang kelihatannya berdiri tegak tak jauh dari situ.
"Merah! Kau dah datang? Panjang umur kau; baru saja disebut Mentari dan Kiambang tadi."
"Iya nek…Merah datang… aku ada kerja diluar negeri dan perlu tinggal disana untuk beberapa purnama. Sengaja aku datang untuk singgah sebelum berangkat pergi." Terangnya selari mula duduk ditangga beranda selari
"Minumlah dulu, Merah… kamu kata….Titah Sultan?"sampuk nenek selari menghulurkan secawan air sejuk yang telah sedia terhidang disitu.
"Terima kasih nek…Malangnya, ya;… ini pun, aku tak boleh lama disini." Mencapai cawan yang dihulurkan wanita tadi, Merah bersuara semula selepas meneguk seteguk dua air untuk menghilangkan dahaga kerana berjalan sejak tadi.
"…" Nenek Yong terdiam mendengarkan penjelasan Merah itu.
"Nek, katanya tadi nak tunjukkan sesuatu pada Mentari…tapi nenek tak datang pula…?!?!?" Mentari yang kelihatannya tak puas hati kerana lama menunggu di dalam sejak tadi muncul dimuka pintu hadapan sebelum terhenti dengan reksi terkejut apabila menyedari kehadiran Merah disitu.
"Mentari?" sebaris senyuman dilayangkan lelaki itu selari bangun dari situ menghadap kanak-kanak tadi.
"Abah!" tanpa berfikir panjang, Mentari terus berlari mendapatkan Merah dengan perasaan girang sebelum memeluk lelaki dewasa itu.
"Pfft…hahahah! Kamu begitu rindukan abah? Bukankah kita baru sahaja berjumpa beberapa hari yang lepas?"
"Memanglah…tapi, Mentari sunyi bila tiada abah disini…ibu pun bukan mahu bermain dengan Mentari; Mentari di biarkan bermain sendirian…ni, ada abah; boleh abah temankan Mentari bermain dalam hutan nanti, kan?"