webnovel

Bab : 1

🌻Fake Princess🌻

🍃       Real love is blind.     🍃

Fake love,  you'll see right through it

Princess Luana.

Sebut saja nama ini ramai boleh ingat.

Tapi tiada siapa boleh tahu bagaimana rupa sebenarnya Puteri Mahkota dari kerajaan Marmelow ini.

Ramai yang khabarkan puteri mahkota ini adalah seorang gadis terencat akal, ada juga yang beritahu bahawa puteri mahkota ini terlalu hodoh kerana itu puteri ini perlu di kahwin dengan segera.

Disebabkan khabar angin aneh yang selalu tersebar, ramai lelaki dari golong bangsawan serta putera dari negeri lain takut hendak melamar. Namun setelah di war-warkan mana-mana lelaki dari mana-mana pangkat mahupun latar belakang yang sudi menerima Puteri Luana sebagai isteri mereka, maka mereka akan di kurniakan darjat tinggi dan kemewahan yang melimpah ruah, berderet-deret calon datang menghadap ke istana menghulur lamaran buat puteri ini.

Ada yang kaya, ada yang miskin, ada yang kacak, ada yang biasa-biasa, ada yang tua ada yang muda datang seorang demi seorang mahu menemui puteri mahkota ini.

Ramai yang memasang harapan tinggi kerana memikirkan Puteri Luana pasti seorang yang cantik dan lemah lembut orangnya.

Sebaliknya semua harapan itu bertukar menjadi mimpi ngeri setiap calon yang hadirkan diri setelah datang bertemu dengan tuan puteri itu sendiri.

Seorang demi seorang calon suami datang bersemuka, namun setiap seorang hanya di sapa dengan random wanita yang entah siapa-siapa mewakili tuan puteri mereka.

Ada wanita bertubuh gempal ada yang muka berjerawat. Ada yang bergigi jongang, ada juga yang berambut kerinting mengerbang. Semuanya di hadapkan kepada setiap calon yang ada dan mereka semua serta merta tolak keinginan untuk berkahwin dengan Puteri Luana ini. Sampai ada yang gelar bahawa puteri yang mereka khabarkan cantic adalah Fake Princess yang berpura-pura cantik walhal tidak seindah dari khabar yang diberitahu.

Tidak semuanya, ada juga siapa yang bertuah mereka akan menemui Puteri Luana yang real. Tapi mereka yang temui Puteri Luana pasti akan keluar dari istana itu dalam keadaan marah atau menangis dek di buli dengan puteri mahkota ini.

Dari sejak itu, ianya menjadi satu cabaran buat Raja Issak sendiri kerana perlu kerah ramai perutusan untuk pergi ke serata negeri dan daerah bagi menyebarkan berita mengenai perkahwinan buat anak saudaranya.

Tujuan perkahwinan ini diadakan adalah untuk naikkan Puteri Luana ke taktah. Oleh kerana Puteri Mahkota mereka masih muda dan tidak boleh menjadi raja, mereka perlukan seorang lelaki untuk jadi pasangan Puteri Luana agar penyerahan takhta warisan ini dapat dilakukan. Namun ianya tidak semudah yang mereka sangkakan.

         "Apa semua ini?"tanya calon suami yang berasal dari golongan bangsawan yang terkenal apabila melihat wanita yang mengenakan pakaian diraja tapi rupanya tidak menepati citarasanya. "Tuanku bergurau dengan saya ke?"

Dayang wanita yang diarahkan untuk berpakaian sebagai tuan puteri itu tundukkan kepala kerana berasa malu sebab dirias seperti wanita bergigi rongak dan hitam serta rambut diikat dua kanan dan kiri.

          Raja Issak yang sendiri terkejut dengan apa yang dilihat sudah tidak tahu hendak katakan apa lagi. "Ini bukan tuan puteri sebenar...ini adalah dayangnya"beritahu dia dengan muka susah hati. "Dimana puteri mahkota??"

Semua di situ menggeleng kepala memberi isyarat pada Raja Issak yang puteri mereka telah buat hal sama sekali lagi.

          "Serius?Kalau dah tak nak kahwin kenapa hantar lamaran?Buang masa betul la semua ni.."marah lelaki itu sebelum berpaling keluar dari balairung itu bersama langkah kaki berangnya.

Raja Issak kaku dekat situ sebelum pandang ke dayang yang menjadi mangsa anak saudaranya. Tangannya mencekak pinggang hendak naik angin. Namun bila di fikirkan semula, tiada guna dia memarahi semua orang dalam istana ini. Buang air liur dan naikkan tekanan darahnya saja, tangannya di jatuhkan ke bawah semula.

          "Sesiapa...tolong dapatkan tuan puteri kamu tu sekarang...beta tidak peduli kamu dapatkan dia bagaimana, kalau perlu ikat, ikat la...bawa dia kembali ke istana secepat mungkin."lafas Raja Issak sebelum terduduk di kerusi dan picit dahi kerana pening menghadap semua ini. Malu dia dengan semua calon yang hadirkan diri untuk menghadap dia beberapa minggu ini. Semuanya terkena dengan nasib yang sama.

           "Baik tuanku!"sambut mereka semua di situ dengan serentak.

           "Apa nak jadi dengan kamu ni Puteri Luana?"keluh Raja Issak sendirian di situ.

ตอนถัดไป