webnovel

Pangkat 0 Sihir

Editor: EndlessFantasy Translation

"Sudah pasti! Saya akan sentiasa ingat ajaran mentor saya!"

Leylin bergegas mengangguk kepalanya dan mengeluarkan 20 kristal ajaib daripada beg hitam yang tergantung pada pinggangnya.

Dia meletakkan 20 kristal ajaib berwarna hitam di atas meja dan kesemua kristal-kristal ajaib itu berkilau hitam.

"Baiklah! Ini adalah bola kristal yang mengandungi pengenalan model sihir ajaib di dalamnya. Kamu boleh mempelajarinya, tetapi ingat, praktiknya hanya selepas kamu naik pangkat!"

Kroft mengambil keluar sebiji bola kristal bersaiz penumbuk dari rak kayu di sebelah dan serahkan pada Leylin. Perkataan-perkataan berwarna emas kelihatan mengalir di dalam.

Leylin membongkok ke hadapan mengambil bola kristal itu dan kemudian memasukkannya ke dalam poket.

Bola-bola kristal ini adalah peralatan untuk mencatat maklumat, dan mereka mampu menyimpan maklumat lebih banyak berbanding beberapa helaian kertas kulit. Walau bagaimanapun, ianya hanya berguna untuk sekali sahaja, dan maklumat yang disimpan olehnya akan pudar apabila seseorang melihat kandungan di dalam, dan oleh situ, ia agak mahal.

Waktu malam menjelma, Leylin duduk di atas katil di dormitorinya dan memegang bola kristal itu.

"Magi telah menamakan sihir-sihir yang golongan pembantu paderi boleh gunakan sihir-sihir pangkat 0, untuk membezakan dari sihir-sihir yang Magi boleh gunakan."

"Tidak kira jika mereka adalah pembantu paderi tahap 2 atau tahap 3, mereka hanya boleh guna sihir-sihir pangkat 0! Tambahan pula, mereka perlu menjadi Magi kelas pertama untuk mengguna sihir-sihir ini tanpa sebarang kecederaan, dan ini kebiasaannya tanda untuk menjadi Magus secara rasmi!"

"Prinsip model-model sihir ajaib ialah untuk membentuk sebuah model di dalam minda kamu dengan menggunakan daya rohani kamu. Selepas itu, kamu guna sifat daya rohani kamu untuk menarik partikel tenaga luaran dan mengubah mereka secara rumit, menukar mereka menjadi satu sihir!"

"Untuk lebih mudah, daya rohani ialah primer, dan model sihir ialah katalis. Primer akan sentiasa sama, tetapi mengikut efek katalis-katalis yang berlainan, pelbagai jenis partikel tenaga akan ditarik olehnya untuk membentuk sihir-sihir yang berlainan!"

Leylin membuat kesimpulan dan meletak bola kristal itu di tepi.

"Membentuk satu model sihir ialah sesuatu yang rumit. Tambahan pula, daya rohani kamu akan terjejas jika kamu gagal dan kamu memerlukan sekurang-kurangnya setengah bulan untuk sembuh. Ini ialah rintangan sukar yang pembantu paderi kelas kelima akan hadapi. Walau bagaimanapun, aku boleh kurangkan kadar kegagalan aku dengan bantuan Cip A.I.!"

"Selepas menjadi pembantu paderi tahap 3, aku mesti membentuk satu model sihir dan membeli pelbagai model sihir. Ini pasti memerlukan perbelanjaan yang banyak jika bukan disebabkan oleh peningkatan aku dalam Posyen; pembantu-pembantu paderi biasa pasti akan pertaruhkan nyawa mereke beberapa kali sebelum mereka mendapat kristal-kristal ajaib yang mencukupi!"

Daripada ini, Leylin boleh menjangka "harga darah" yang perlu dibayar dalam haluan untuk menjadi seorang Magus.

Jika dibanding dengan bilangan kristal ajaib yang dia peroleh daripada pertaruhan nyawanya sebagai tahap 1 pembantu paderi, dia boleh memperolehi lebih banyak dengan menjual posyen.

"Memonopoli pasaran boleh menghasilkan untung yang paling banyak!"

"Ini semua tidak berkaitan untuk aku, apa yang aku perlu lakukan sekarang ialah maju ke pembantu paderi tahap 2!"

Seorang pembantu paderi tahap 1 hanya mampu menyimpan amaun partikel tenaga yang sedikit di dalam badan mereka dan mempunyai penentangan ajaib asas. Walau bagaimanapun, penggunaan partikel-partikel tenaga mereka agak cetek, dan oleh kerana itu, mereka tidak mampu untuk guna kuasa ajaib.

Manakala untuk pembantu paderi tahap 2, perbezaan yang paling besar ialah mereka boleh guna sihir-sihir pangkat 0.

Satu sihir pangkat 0 yang diperkuat dengan sebuah model sihir mempunyai efek desktruktif yang lebih kuat berbanding penggunaan partikel-partikel tenaga yang mudah.

"Aku hampir selesai dengan pembentukan 24 rune minda aku. Malam ini, aku akan maju ke pembantu paderi tahap 2!"

Wajah Leylin menunjuk tanda puas hati.

Satu malam telah pun berlalu.

Di dalam dormitori itu, Leylin membuka matanya.

"Akhirnya aku telah maju ke pembantu paderi tahap 2! Aku boleh merasa partikel-partikel tenaga di dalam badanku meningkat beberapa kali ganda berbanding ketika aku masih pembantu paderi tahap 1!"

"Hm? Nampaknya dua hari berlalu lebih pantas daripada yang disangka! Apa yang berlaku?"

Satu skrin dilempar oleh Cip A.I. dan ia penuh dengan garisan lengkungan dan nombor yang banyak. Daripada ini, seseorang boleh melihat kebolehan pemprosesan Cip A.I. yang telah meningkat malam semalam.

"Nampaknya Cip A.I. telah mengalami perubahan-perubahan kualitatif selepas melewati dunia. Sekarang, setelah bersatu dengan jiwaku, sebarang peningkatan daya rohani apabila jiwa aku menjadi lebih kuat secara tidak langsung memberi kesan kepada Cip A.I.!"

Leylin meneka subjek jiwa ialah suatu yang paling susah untuk dibaca. Walaupun Akademi Abyssal Bone Forest dikatakan perintis dalam bidang ini, mereka hanya berjaya mengalami dan menangkap beberapa tingkah laku dan corak makhluk ektoplasma. Tambahan pula, hanya seorang Magus rasmi yang layak untuk melihat maklumat itu. Untuk Leylin, perjalanan itu masih jauh.

"Kebolehan Cip A.I. aku mengandungi keupayaan untuk mewakili daya rohani aku dalam bentuk nombor juga merupakan sesuatu yang bagus. Pamerkan status-status terkini aku!"

[Leylin Farlier, pembantu paderi tahap 2. Kekuatan: 2.2, Ketangkasan: 2.4, Daya Tahan: 2.7, Kuasa Rohani: 4.1, Status: Sihat]

Cip A.I. mempamerkan satu imej 3D di hadapan Leylin dan memaparkan status-statusnya.

"Akhirnya daya rohani boleh ditunjukkan dalam bentuk nombor. Status daya rohani aku bersamaan gabungan 4 orang?"

Leylin melihat imej itu dan bertanya, "Cip A.I.! Selidik kenapa ada penurunan pertumbuhan selepas maju ke pembantu paderi tahap 2!"

[Pengenalan misi, dalam proses pemeriksaan]

[Sebab dijumpai: Hos mempunyai lebih ketahanan!] Suara Cip A.I. bergema.

"Seperti yang dijangka! Penggunaan radiasi untuk peningkatan status-status mempunyai hadnya! Aku hairan apa kaedah-kaedah yang golongan Magi rasmi guna untuk memperkuatkan tubuh mereka?"

Leylin menyentuh dagunya.

Terdapat wilayah kecil di antara Kawasan Akademik dan Kawasan Perdagangan. Ia adalah sebuah tempat di mana akademi menjual barang-barang bertahap tinggi. Walaupun item-item itu mempunyai set standard, harganya lebih mahal. Perkhidmatan pelanggan di sana juga teruk dan mereka bersikap dingin.

Leylin menuju ke hadapan sebuah kaunter. Di sebalik kaunter kaca itu, terdapat seorang perempuan tua yang serius tanpa sebarang ekspresi seolah-olah Leylin berhutang kristal ajaib yang banyak dengannya.

"Maaf menganggu!" Leylin tunduk sedikit. Dia merasai gelombang-gelombang tenaga seorang tahap 3 pembantu paderi dipancar oleh perempuan tua itu.

"Cip A.I.! Periksa!"

"Apa yang kamu mahu?" Suara perempuan tua itu kedengaran. Suara itu seperti angin yang suram dan sejuk, malah seperti sisik ikan berkilauan yang sejuk, dan menyebabkan seseorang itu seram sejuk mendengarnya.

[Beep! Nama: Tidak diketahui. Kekuatan: 2.0, Ketangkasan: 2.1, Daya Tahan: 3.5, Kuasa Rohani: 7.6, Status: Sihat]

Dengan bantuan Cip A.I. membekalkan maklumat itu, dia mengesahkan perempuan tua itu adalah pembantu paderi tahap 3, tetapi daya rohaninya agak rendah seolah-olah seperti dia pernah mengalami kecederaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, ia sesuatu yang mudah untuk dirinya berurusan dengan Leylin.

"Cip A.I. sudah boleh periksa status-status pembantu paderi dan organisma hidup yang lain. Tetapi ia masih tidak boleh melepasi abiliti-abiliti pertahanan seorang Magus!"

Leylin melempar sebuah senyuman yang paling lebar dan manis, "Benarkan saya melihat model-model sihir asas itu?"

"Ambil ini!" Perempuan itu melempar senaskhah buku besar yang berhabuk kepadanya dan kelihatan sedikit pun tidak kisah jika dia ingin membelinya atau tidak.

"Aku tak marah! Aku tak marah!" Leylin menyediakan diri dan membuka buku itu.

Satu model sihir dan pengenalan yang sepadan muncul di penglihatannya.

"Tenaga Bola Api Sekunder. Deskripsi: Memanggil satu bola api yang berbahaya untuk menyerang musuh-musuh kamu. Kursus-kursus wajib: Tenaga Negatif Asas, Pembentukan Model-Model Sihir."

"Sfera Bayangan. Deskripsi: Menggunakan Tenaga Bayangan untuk membentuk satu sfera rahsia. Kursus-kursus wajib: Pembelajaran Ilmu Hitam, Pengubahan Bentuk."

"Tembakan Akua Berasid. Deskripsi: Mencipta satu bola berasid yang mempunyai sifat menghakis yang banyak. Mampu untuk membetulkan sedikit trajektori. Kursus-kursus wajib: Tenaga Negatif Asas, Psikologi."

"Tangan Umbra. Deskripsi: Kebolehan menggunakan Tenaga Negatif untuk membentuk satu tapak tangan diselubungi oleh bayangan-bayangan untuk serangan. Sangat berahsia. Kursus-kursus wajib: Pembelajaran Bayangan, Pembangkitan Asas."

"Kesemua ini ialah sihir-sihir paling asas sekali, adakah di antara mereka yang boleh ditingkat lebih lanjut?" Dahi Leylin berkerut.

"Tiada! Kami hanya membekalkan jenis-jenis sihir asas sahaja di sini. Untuk yang lain, kamu kena dapatkan daripada mentor kamu!"

"Berikan saya model sihir untuk Tembakan Akua Berasid dan Tangan Umbra!" Leylin menarik nafas dalam.

"Satu berharga 10 kristal ajaib!" Perempuan tua itu kelihatan menjengkelkan.

Selepas menyerahkan 20 kristal ajaib kepada perempuan itu, Leylin mendapat dua buah buku yang tebal yang diperbuat daripada kertas kulit. 'Tangan Umbra' tertulis pada permukaan buku di bahagian atas, di dalam bahasa Byron.

Kaunter itu ternyata dibina di mana kakitangan jualan sentiasa duduk di posisi lebih tinggi daripada pelanggan-pelanggan. Leylin agak bengang kerana terpaksa mendongak untuk melihat perempuan tua itu.

Dia membawa kedua-dua naskhah itu dan pusing ke belakang, tidak sabar untuk pergi dari situ.

"Leylin!" Dalam perjalanan pulang, satu suara kedengaran dan Leylin menghentikan langkahnya.

Seorang lelaki memakai perisai kulit berlari ke arahnya, "Sebentar tadi, aku nampak bayang seseorang seperti kamu, dan ternyata memang kamu. Kita dah lama tak jumpa!" Kaliweir menegurnya.

Perisai kulit yang dipakainya agak rosak dan kelihatan agak menyedihkan kerana ia masih belum dibaiki.

"Kau sedang... beli model-model sihir?" Kau dah maju ke pembantu paderi tahap 2?" Kaliwier melihat Leylin yang sedang memegang dua buah buku sihir, kelihatan terkejut.

"Ye! Aku baru sahaja maju! Jadi, aku beli buku-buku ini untuk mempelajarinya!" Leylin menjawab.

"Cip A.I., periksa Kaliweir!"

[Beep! Kaliweir. Kekuatan: 2.6, Ketangkasan: 2.8, Daya Tahan: 3.1, Kuasa Rohani: 4.1, Penilaian: Pembantu paderi tahap 2]

"Nampaknya Kaliweir maju tidak lama sebelum aku, data ini menunjukkan status-status seorang pembantu paderi yang baru maju!"

Leylin menilai secara diam-diam.

"Sejak insiden yang lepas, kumpulan kita telah mengambil beberapa misi. Raynor juga telah maju ke pembantu paderi tahap 2 baru-baru ini dan cuba nak belajar satu model sihir. Sayangnya dia masih belum lulus beberapa kelas teori asas selepas gagal beberapa kali..."

Kaliwier memasukkan tangannya ke dalam poketnya, ternyata ingin kelihatan lebih bergaya.

Selepas melihat jubah kelabu baru Leylin, dia berkata, "Kau memang layak menjadi seorang pelajar Posyen, mempunyai duit yang banyak!"

Leylin senyum. Bukan sahaja jubah kelabu pembantu paderi mempunyai sihir untuk menyingkirkan kotoran, tetapi fabriknya juga bagus. Keupayaan pertahanannya juga sama jika dibandingkan dengan perisai kulit, jadi harganya agak mahal. Kebanyakan pembantu paderi tidak berupaya untuk membeli jubah yang baru selepas set jubah mereka rosak.

Tetapi, Leylin berbeza, dia mempunyai dua set di dalamnya almarinya.

"Akhir-akhir ini, kadar kejayaan aku telah meningkat sedikit dan aku mendapat lebih banyak kristal ajaib. Walau bagaimanapun, setelah membeli model-model sihir ini, aku telah belanjakan semua sekali lagi!" Riak muka Leylin kelihatan redha.

"Ye! Setiap kos di dalam Akademi Abyssal Bone Forest ini terlalu tinggi!" Riak muka Kaliweir juga tidak berapa bagus. Dia datang daripada keluarga ahli bangsawan kelas pertama Pulau Chernobyl, tetapi dia dapati dia juga sebenarnya pokai apabila sampai di sini.

"Bercakap tentang ini, selepas kita semua maju ke pembantu paderi tahap 2 dan mahir menggunakan sihir-sihir kita, patutkah kita semua membuat satu misi?" Leylin bertanya.

"Serius? Itu sangat bagus!" Kaliweir sangat gembira. Nampaknya dia telah memikirkan tentangnya untuk jangka masa yang lama.