webnovel

Leylin membunyi loceng pintu yang bergantung pada pintu itu. Bunyi loceng yang kuat kedengaran, berikutan dengan bunyi jejak kaki.

"Hai! Siapa awak? Adakah awak mempunyai temujanji?" Seorang pelayan rumah yang kelihatan cermat muncul di hadapan Leylin.

"Leylin Farlier, saya datang untuk melawat pemilik villa ini!" Leylin tersenyum.

Pelayan rumah itu dengan jelas kelihatan tertekan sambil berkata, "Tuan, untuk pengetahuan kamu, tuan saya, Murphy, seorang cendekiawan yang terkenal. Jadualnya sangat sibuk setiap hari, mungkin…"

Ketika inilah seorang orang gaji perempuan gegas berlari dan berbisik dalam telinga pelayan rumah itu.

Wajah pelayan rumah itu bertukar serta-merta dan menunduk, "Tuan saya menjemput awak ke ruang tamu!"

Leylin tersenyum sambil menyambut semula gelombang tenaga yang telah keluar.

Sewaktu memasuki villa itu, koridornya penuh dengan pelbagai seni-seni seperti lukisan dan pelbagai lagi lukisan minyak serta spesimen seni lain yang menyenang mata tertayang pada dinding berwarna kuning pucat.

Apabila melihat ruang tamu itu, ia dengan jelas sebuah rumah yang luas.

Hiasan di dalam bilik itu sangat estetik. Walaupun tiada kilauan barangan emas, perak atau permata, kepingan seni ini mempunyai sejarah dan memberi perasaan keanggunan yang sederhana.

Di sebelah unggun api di dalam ruang tamu itu, seorang cendekiawan berkening putih dan berjanggut panjang duduk di atas kerusi merah gelap.

Mata orang tua itu kelihatan kabur dengan tanda kebijaksanaan yang sedikit di dalamnya.

Orang tua yang matanya mengecil tiba-tiba membesar sambil memandang Leylin. Dia berdiri dan menyebar lengannya seolah ingin berpeluk, "Selamat datang, kawan muda saya!"

Leylin melangkah ke depan untuk memeluk orang tua itu, "Ia satu penghormatan untuk berjumpa Tuan. Saya harap tuan akan suka hadiah yang telah saya bawa!"

Anna melangkah ke depan dan memberi topi yang cantik itu kepada pelayan rumah.

"Saya suka bulu ekor burung helang malam itu. Ia mewakili keamanan!" Orang tua itu melambai tangannya, "Lille, awak boleh keluar, saya ingin berbual rapat dengan kawan saya ini!"

"Awak juga boleh keluar!" Leylin berkata kepada Anna yang ada di sisinya.

Selepas menyapa salam, beberapa orang gaji itu, dan pelayan rumah pun melangkah keluar, sambil menutup pintu. Dengan sekelip mata, hanya Leylin dan orang tua itu yang berada di dalam ruang tamu itu.

"Baik, biar kita memperkenalkan diri masing! Murphy, Pembantu paderi tahap 3! Saya sudah menetap di Bandar Extreme Night selama 3 tahun…" Mata orang tua seolah mengingat kembali peristiwa terdahulu.

"Jadi, tetamu dari tanah jauh, bagaimana dengan awak?"

"Leylin Farlier, pembantu paderi tahap 3 dan seorang pengembara Magus. Saya telah sampai di Bandar Extreme Night beberapa hari yang lalu dan ingin menetap di sini untuk beberapa tahun." Leylin tersenyum dan membuat tundukan golongan Magi.

"Saya mengesan tanda-tanda kemudaan di dalam tubuh awak. Untuk menjadi seorang pembantu paderi tahap 2 pada umur ini, awak amat berkebolehan!" Murphy berkata dengan kagum.

"Saya hanya bernasib baik…" Leylin mendesak. Walaupun tubuh badan orang tua itu sudah merosot, gelombang tenaga yang dikeluar oleh seorang pembantu paderi tahap 3 secara logik tidak harus dibuat ejeken oleh sesiapa.

"Cip A.I., mula imbasan!"

[Murphy. Kekuatan: 1.5, Ketangkasan: 1.4, Daya Tahan: 2.9, Kuasa rohani: 8.5, Kuasa ajaib: 8. Status: Sihat. Penilaian: Pembantu paderi tahap 3, agak berbahaya!]

Cip A.I. dengan taat menayang angka-angka ke penglihatan Leylin.

Sebagai seorang pengembara pembantu paderi tahap 3, rangkaian sihir ajaib Murphy dengan pasti melebihi kebolehan Leylin. Lebih-lebih lagi, dia mesti mempunyai muslihat yang sukar untuk menangani keselamatan nyawanya.

Tapi, Leylin melawat dengan niat yang baik. Daripada imbasan Cip A.I., jumlah pembantu-pembantu paderi yang menetap di Bandar Extreme Night tidak ramai. Murphy antara golongan mereka yang mengeluarkan gelombang-gelombang tenaga yang terkuat.

Selepas menukar beberapa salam sopan, Leylin dengan segera menyata sebab utama lawatan dia.

"Jadi ia begini! Saya berharap untuk menetap di Bandar Extreme Night secara kekal, dan juga membuka kedai bahan-bahan. Sudah tentu tuan tahu, langkah-langkahnya sangat sukar, dan saya perlukan seorang pemastautin tetap sebagai penjamin saya…"

"Jadi kamu datang berjumpa dengan saya?" Murphy tersenyum dan menghirup teh merah dari cawannya yang terletak di atas meja.

"Secara jujur, sebagai seorang Magus yang bercita-cita dan ingin mengetahui kebenaran, syiling emas dan serupanya tidak patut mempengaruhi kita. Walaupun saya tidak tahu mengapa kamu mencapai kesimpulan sebegini, secara kemungkinan? Atau untuk sebab yang lain? Bagi saya, ini hanya perkara yang kecil!"

"Secara kebetulan, saya mempunyai hubungan yang mesra dengan Tuan Bandar Extreme Night. Salah satu anaknya berada di bawah pimpinan saya. Lebih-lebih lagi, mana-mana tuan bandar tidak akan menolak permintaan seorang Entiti Yang Bermisteri… Langkah-langkah penetapan di Bandar Extreme Night, serta permit kedai, semua boleh urus dengan mudah." Murphy membuat jaminan.

"Dengan itu, saya harus berterima kasih kepada kamu!" Leylin mengangguk kepalanya, "Kalau ada apa-apa perkara yang saya boleh membantu, jangan rasa malu untuk meminta!"

Walaupun ini hanya untuk memenuhi kehendak etika, kedua-dua Leylin dan orang tua itu tahu ia hanya sebagai tanda sopan.

Pengendalian prosedur penetapan mungkin sukar untuk seorang manusia biasa. Tapi, kepada cendekiawan yang terkenal seperti Murphy, ia hanya persoalan beberapa perkataan. Biarpun Leylin ingin menangani prosedur ini dengan sendiri, dia mesti luangkan lebih banyak masa dengan orang tua ini.

Bagi kedua-dua Murphy dan Leylin, perkara ini hanya satu cara untuk menjalin persahabatan asas yang bermanfaat antara mereka.

"Bandar Extreme Night sebuah tempat yang sunyi dan aman. Kalau kamu berharap untuk mempunyai hari-hari yang aman maka tempat ini pasti memenuhi keperluan awak. Selepas ini, saya akan memperkenal awak kepada beberapa kawan saya. Tapi, terdapat beberapa adat asas yang perlu dipatuhi… Jangan risau, ia semua amalan biasa, contohnya, seseorang tidak boleh membunuh rakyat ataupun perkara sebegitu!"

Saya bersetuju!" Leylin datang ke Bandar Extreme Night untuk mengelak daripada peperangan dan persoalan. Tentu dia tidak akan lakukan sesuatu yang akan menarik perhatian terhadap dia.

Leylin dan Murphy kemudian berbincang mengenai banyak persoalan Magi, daripada kestabilan sebuah model sihir untuk tahap maju kepada beberapa pengalaman Murphy tersendiri.

Walaupun Murphy hanya seorang pembantu paderi tahap 3, pengalaman dia banyak kerana telahpun berada di tahap ini untuk masa yang lama. Ini membuat Leylin berasa lega lawatan ini tidak sia-sia.

Sebaliknya, pengetahuan Leylin yang luas dan peringatan yang jelas mengejutkan Murphy.

Kedua mereka sesal tidak bertemu dari awal lagi. Mereka juga makan tengah hari bersama-sama sampai ke waktu petang sebelum Murphy membenarkan Leylin pulang. Apabila mereka mengucap selamat tinggal, mereka telahpun membuat temujanji yang seterusnya.

"Mengikut kata-kata Murphy, ahli-ahli sihir di Bandar Extreme Night semua bertahap pembantu paderi. Seorang Magi rasmi agak jarang dijumpa oleh sesiapa walaupun di sekitar bandar-bandar yang berdekatan yang juga menjadi tempat ini sangat sesuai untuk pembantu paderi menetap!"

Penyiasatan yang dia buat hari ini membuat Leylin berasa lega, yang membolehkan dia bergerak dalam rentak yang lebih perlahan dan tenang.

"Murphy hanya tidak menghiraukan sepenuhnya mengenai kes kelayuan tumbuhan dan pokok-pokok. Lagipun, dia sudahpun tua dan tidak ingin mengambil risiko…"

Dua tiang lampu menyala dengan api malap kuning, yang membolehkan Leylin melihat jalan yang ada di hadapan.

Anna mengikut Leylin dari belakang dengan sunyi. Sebagai seorang orang gaji yang cemerlang, dia dengan jelas tahu untuk tidak mengganggu Leylin yang sedang berfikir dengan mendalam.

Selepas Leylin melaksanakan simulasi rancangannya sekali lagi, mereka berdua telahpun sampai di tempat penginapan.

"Tuan Muda!""Tuan!"

Si Tua Welker, Greem dan Fraser melangkah keluar untuk menjemput mereka.

Leylin mengangguk kepalanya, "Selepas makan malam, kesemua kamu datang ke bilik saya. Terdapat banyak perkara yang saya ingin maklumkan kepada kamu semua mengenai rancangan masa depan saya!"

Salad sayur, sup kambing dan juga kepingan biskut kering terhidang sebagai makanan malam. Selepas Leylin habis makan dan membenarkan Anna untuk membersih ruang makan, orang-orang utama di kalangan pengikutnya memasuki bilik Leylin.

Leylin duduk di atas kerusinya yang perbuat daripada kulit binatang buas sambil mendengar laporan mereka.

"Welker, bagaimana dengan pencarian tempat kediaman?"

"Tuan Muda, Si Tua Welker telah menghubungi seorang Satria yang sedang bersedia untuk bergerak ke Daerah Sage. Dia sudi menjual sebuah rumah kecil di Bandar Extreme Night kepada tuan." Si Tua Welker melaporkan. Biarpun tua, dia berasa bersemangat selepas berjaya mencari mereka sebuah tempat kediaman.

"Baik sekali, kawasannya macam mana? Adakah rumah itu boleh memuatkan kita semua? Berapa harganya?" Leylin bertanya.

"Sila tenangkan diri, Tuan Muda. Si Tua Welker, saya telah melawat rumah itu hari ini. Kawasannya besar dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk muat seratus orang. Lebih-lebih lagi,terdapat juga sebuah hutan kelapa sawit, kolam ikan, dan kilang. Satria Victor asalnya membinanya mengikut tahap seorang baron. Dia tidak jangka akan bertukar pemiliknya dengan begitu cepat. Satria Victor telah menetap harga 5000 syiling emas!"

"Tidak mahal sangat, syiling emas bukan satu masalah!" Leylin memutar jarinya. Barang-barang keduniaan seperti syiling emas tidak penting kepada seorang Magus. Mereka hanya mengambil berat tentang kristal ajaib, bahan-bahan gred-tinggi, dan pengetahuan sisa kuno.

Leylin mempunyai kristal ajaib gred-tinggi sendiri. Sebiji darinya boleh bernilai lebih daripada jumlah syiling emas yang diminta ini. Tapi, Leylin tidak sanggup berbuat demikian. Lagipun, kristal ajaib sukar diperolehi. Kalau dia betul-betul tidak mempunyai syiling emas yang mencukupi, maka dia akan meminjam daripada Murphy sebagai pertukaran untuk beberapa posyen-idea yang boleh diterima.

"Baik!" Mari kita lihat esok. Kalau kedua-dua harga dan kawasannya sesuai, kita boleh menandatangani perjanjian dengan serta-merta." Leylin mengangguk kepalanya sambil berkata, "Selain itu, pergi buat tinjauan di jalan-jalan dan cari sesuatu untuk saya. Kebelakangan ini, bekalan herba-herba di Bandar Extreme Night semakin menurun. Dengan pasti adanya kedai-kedai bersaiz kecil yang tidak lagi berupaya untuk berniaga. Pergi siasat mereka dahulu!"

"Maafkan saya kerana bertanya, tapi Tuan Muda, adakah kamu berharap untuk membuka kedai herba? Permit untuk perniagaan sebegitu mempunyai syarat yang agak sukar…" Fayern berkata.

"Mengenai itu, tidak ada apa yang perlu kamu semua risau. Saya telah membuat pengaturan. Permit itu akan siap dalam beberapa hari lagi."

Selepas mendengar kata-kata itu, Fayern dan Si Tua Welker terkejut. Untuk menjamin sesuatu seperti itu dengan mudah, identiti Leylin sebagai seorang bangsawan telahpun ternyata.

"Di dalam Kerajaan Poolfield, kaum bangsawan mewakili kemajuan dan harapan!"

Dengan ini dalam fikiran, pandangan mereka terhadap Leylin lebih tinggi.

Fayern menggenggam tangannya dengan senyap. Salah seorang daripada mereka yang mempunyai harapan, dia tahu dalam hatinya dia tidak lagi boleh bekerja sebagai seorang askar upahan untuk lama lagi. Kebanyakan askar upahan membawa sekali banyak kecederaan dan parut-parut dengan mereka ke dalam kubur tanpa mengetahui erti kesenangan dalam hidup mereka yang singkat. Tapi, untuk diterima oleh Tuan Leylin sebagai askar khasnya adalah cara terpantas untuk selamatkan diri dari kegiatannya.