webnovel

MR VAMPIRE & ME

Author: Im_Raimah
สยองขวัญ
Ongoing · 7K Views
  • 1 Chs
    Content
  • ratings
  • N/A
    SUPPORT
Synopsis

Menceritakan tentang Krystal Yoo yang mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan makhluk halus bertemu dengan seorang lelaki Vampire Son Hyun Woo yang melarikan diri dari diburu oleh Organisasi Penyiasat Vampire,

Chapter 1Strange Stranger

DUNIANYA tidak pernah terasa sepi. Hidupnya sentiasa dikeliling dengan orang-orang yang tidak dikenali datang mahu meminta pertolongannya. Tetapi apakan daya dia tidak mampu untuk membantu mereka kerana enggan dihukum oleh nenda yang sedang memerhatinya dari rumah.

Kalaulah orang sekeliling tahu siapa dirinya yang sebenar. Mereka pasti sudah lari bertempiar kerana takut. Dia sendiri takut dengan rahsia yang selama ini dia simpan. Mana mungkin wujud manusia seperti mereka.

"Hari ni rasanya dah cukup barang-barang dapur kita untuk seminggu" kata Miera. Tangannya sunuh menjinjing plastik berisi buah-buahan tempatan dan import yang akan digunakan untuk menyediakan kek dan jus di kafe mereka.

"Rasanya dah cu kup" ringkas saja Krystal Yoo menjawab. Matanya menjeling tajam ke kanan bia ada satu roh berpakaian putih dengan kesan darah diperut mengekorinya sejak tadi.

"Boleh tak jangan ikut aku?"  pintanya. 

"Tolonglah aku. Kau seorang aje nampak aku dekat dunia ni" pinta wanita itu merayu.

"aku tak boleh tolong kau atau sesiapa. Itu pesan nenda. Jadi lebih baik kau pergi sebelum orang dekat pasar ni kata aku gila cakap seorang-seorang" mata mula meliar memerhati sekeliling. Suasana di pasar tani Shah Alam itu masih lagi sibuk dengan para peniaga dan pelanggan.

"Tapi aku perlukan..." belum sempat wanita itu menamatkan bicaranya. Tiba-tiba suara Miera menegur Krystal yang berhenti di tengah-tengah jalan. Kelihatan muka pekerja dan juga kawannya itu berkerut bila melihat Krystal seperti sedang bercakap dengan seseorang.

"Krystal Yoo kau cakap dengan siapa?" soalnya pelik.

Kyrstal menggeleng dengan senyuman. Kaki diatur pantas merapati Miera yang sudah berada jauh didepan. Wanita tadi masih lagi berjalan disebelahnya dan merayu bantuannya. Begitulah kehidupan yang terpaksa dia jalani. Masa tidurpun ada saja yang datang mengganggu sehingga dia merasakan dirinya jauh berbeza dengan manusia di sekelilingnya.

Ya, dia dan keluarganya memang jauh berbeza dengan manusia-manusia yang hidup di muka bumi ini. Mereka tak merasakan apa yang dialami oleh keluarganya terutama nenda kesayangannya Kim Ji Hyun dan suami yang terpaksa melarikan diri dari Jeju ke Malaysia 45 tahun lepas kerana diburu oleh musuh yang mahu menghampuskan manusia-pontianak seperti mereka.

Manusia-pontianak itulah identiti sebenar keluarga Yoo. Pada pandangan mata kasar, mereka tak ada bezanya dengan manusia-manusia yang lain. Malah kehadiran mereka dalam kalangan manusia juga sukar untuk dikesan. Tetapi ada sesuatu yang membezakan mereka dengan manusia biasa iaitu darah. Mereka perlukan darah untuk meneruskan hidup.

Darah? Bisik hati Krystal.

"Kau nak darah? Aku boleh bagi" jawab hantu perempaun yang ada bersamanya.

"Kau jangan nak merepeklah" menjeling pada hantu perempuan yang tiba-tiba saja muncul di kafe pagi tadi.

"Merepek? Siapa merepek?" sekali lagi sikap pelik Krystal menghairan Miera. Takkanlah diam-diam dia belah saka? Tak mungkin. Kepala menggeleng cuba menafikan sesuatu yang berlegar-legar di ruangan mindanya.

"Min, Min mesej tadi nak suruh aku pajak durian" tersengih. Itu sajalah alasan yang boleh dia berikan pada Miera. Takkan nak cakap yang ada hantu bersama mereka. Nanti tak pasal-pasal budak lemah semangat ni pengsan. Bertambah kerja terpaksa angkat dia ke kereta pula.

"Oh! Tu memang merepek. Durian yang kita beli dah lebih dari cukup" balas Miera. Rasanya bonet kereta Krystal penuh dengan durian. Boleh pengsan siapa yang masuk dalam kereta tu nanti.

"Tahu tak apa" sokongnya dengan senyuman. Kemudian mereka meneruskan perjalanan menuju ke tempat letak kereta. Haripun sudah semakin senja dan mereka juga sudah berjam-jam keluar membeli barangan keperluan kafe. Kini masanya untuk pulang dan bekerja. Kesian Min atau Nazmin terpaksa kerja seorang-seorang dekat kafe.

"Ada aiskrimlah. Kau nak?" mata Miera terbuntang pada gerai aiskrim buatan sendiri yang berada di kanan mereka.

"Nak, ais krim durian ya" tersenyum. Bau aiskrim durian sudah mencucuk ke hidung.

Miera menggeleng jemu. Tak ada perisa lain ke selain dari persia durian dia nak makan? Rungutnya. Rungutan itu hanya mampu diluahkan dalam hati saja. Nak cakap depan-depan nanti tak pasal-pasal gaji dipotong. Biarpun mereka kawan, urusan kerja tetap kerja.

Sementara menunggu Miera kembali dari membeli aiskrim. Mata Krystal mula meliar pantas memerhati sekeliling. Satu persatu wajah manusia di situ dia renung. Manalah tahu ada manusia jahat yang menyedari identitinya dan cuba mengambil loket hati miliknya.

"Mana pergi hantu perempuan tadi?" dia berpusing 360 darjah cuba mencari kawan hantunya. tetapi dia sepertinya telah pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal pada Krystal.

"Kau cari aku ke?" bisik satu suara dekat di cuping telinga. Meremang bulu roma saat disapa oleh suara halus itu. Perlahan-lahan dia menoleh ke kiri. Bijih mata hampir tercabut keluar bila wajah hantu perempuan yang menyeramkan itu terasa begitu dekat.

"Kau ni! Buat aku terkejut. Kenapa tak pergi lagi?" gumamnya. Bibir diketap geram. Sempat juga mata memerhati persekitaran. Manalah tahu ada mata-mata sedang memerhati perangai peliknya bercakap seorang-seorang.

"Aku memang nak pergi. Tapi aku nak bagitahu kau ada seseorang yang lebih kuat dari kau ada berhampiran tempat ni" tersenyum sinis menunjukkan gigi yang putih umpama iklan ubat gigi.

Seseorang lebih kuat dari aku? Maknanya dia bukan manusia biasa? Dia macam aku? Tapi aku berbeza dari mereka atau mungkin dia musuh yang nenda pernah cerita sebelum ni? Persoalan itu mula berlegar-legar di ruangan minda. Mata masih memerhati sekeliling sambil tangan menyembunyikan loket ke dalam baju supaya tak dilihat oleh seseorang itu. Namun tak ada apa-apa yang mencurigakan di situ.

"Nah aiskrim durian kau" Miera kembali bersama aiskrim.

"Terima kasih bossku" ucapnya sambil ketawa. Tak ada manisan yang lebih menyegarkan selepas letih berkerja melainkan aiskrim dan kek.

Mereka meneruskan langkah menuju ke tempat letak kereta yang berada di luar pasar tani tersebut. Dekat depan sana ada pasar malam, rasa macam nak singgah kejap beli makanan untuk makan malam. Dah lama tak pekena sayap ayam bakar ni. Dari jauh lagi dia sudah dapat menghidu bau pelbagai hidangan dari pasar malam. Mungkin ini adalah kelebihan yang dia miliki sebagai pontianak.

"Oh ya bossku, aku lupa nak cakap" Miera ketuk dahi kerana hampir terlupa untuk memberitahu perkara penting itu kepada bosnya.

"Cakap apa?" soal Krystal sambil menikmati aiskrimnya.

"Err... sebenarnya boyfriend aku dah tunggu aku. So, boleh tak aku balik awal? Aku janji esok awal-awal pagi lagi aku datang bersihkan kafe, buat persediaan apa yang patut. Please bagilah aku date malam ni" rayunya sebelum Krystal memberikan sebarang jawapan. Dari riak wajah Krystal dapat dia lihat, Krystal tidak begitu gembira.

"Err..." Kerystal berfikir sejenak sambil sepasang kaki yang memakai kasut sport itu berjalan setapak demi setapak ke hadapan. Sesekali dia menjilat aiskrim yang kini tinggal separuh untuk habis. Lama benar memikir nak bagi ke tak Miera balik awal hari ni.

Bukan apa kerja di kafe tu berlambak lagi. Min pasti keletihan kerana bekerja seorang diri sejak pukul 2.00 petang tadi. Tetapi pada masa yang sama tak sampai hati pula dia katakan 'tidak' pada permintaan Miera.

"Boleh ke tak?" ulang Miera. Tak sabar rasanya nak dengar jawapan Krystal.

"Err... Mestilah boleh. Tapi esok janji datang awal" syarat sebelum dia memberikan kizinan.

"Aku janji" Miera angkat kelima-lima jari tangan kanan sambil tersenyum. Lima pagipun dia boleh datang asalkan Krystal benarkan dia keluar dating dengan teman lelaki tercinta malam ini.

"Okey. Kalau macam tu kau pergilah. Tapi teman aku hantar barang di kereta dulu. Boleh tak?" soalnya. Matilah kalau dia angkat semua barang itu sendiri ke tempat parkir kereta yang boleh tahan jauh. Dahlah sebelah tangan masih makan ais krim.

"Boleh. Jom" pantas Miera menjawab.

Mereka sama-sama mengatur langkah menuju ke tempat parkir kereta. Si hantu masih lagi mengekori Krystal dan sesekali cuba untuk menjilat ais krim di tangannya. Tetapi cepat-cepat dia mengelak sambil tersenyum sinis. Takkanlah nak kongsi ais krim dengan hantukan?

Sikap pelik Krystal yang selalu bercakap seorang dan sengih-sengih menyebabkan Miera merasakan bos dan kawannya itu tak normal. Tetapi Min pun tak jauh bezanya. Senang cerita keluarga Yoo ini memang pelik.

"Su Jeong ada pontianak lain di sini" tegur satu suara.

Krystal menoleh ke kanan. Bulat mata bila Cik Atu iaitu hantu perempuan yang sudah lama mengikut ke mana sahaja dia pergi.

"Alahai, satu pergi satu lagi datang" gumamnya.

"Apa datang?" soal Mira hairan.

"Uh? Tak ada apa-apa" Krystal menggeleng.

Tolonglah diam! Jangan ganggu emosi aku ekarang? Nanti tak pasal-pasal orang dekat sini fikir aku mental sebab cakap seorang-seorang. Cukup Miera ni yang rasa aku tak waras. Bebelnya dalam hati.

"Dia datang" kata Cik Atu sambil tersenyum lalu menghilangkan diri. Serentak dengan itu, dia merasakan badannya bahunya tertolak ke belakang dan ais krim di tangan jatuh ke tanah bila seorang lelaki melanggarnya dari arah belakang.

Langkah lelaki itu turut mati bila aiskrim jatuh di atas kasutnya. Mata mereka sama-sama tunduk memandang ke arah kasut lelaki yang tak dikenali itu.

"Ya Allah, ais krim aku!" gumamnya sambil bibir diketap. Muka sudah bertukar merah padam kerana marah. Kemudian perlahan-lahan dia melarikan pandangan pada lelaki didepannya.

"Auch! What is this?" muka Hyun Woo berkerut sambil tangan menutup hidung kerana tak tahan dengan bau durian yang kuat.

Gelagat lelaki itu menyebabkan Krystal ketawa. Namun reaksinya berubah sebaik sahaja mata mereka bertemu. Marah, geram dan cuak itulah yang dia rasakan sekarang bila melihat wajah lelaki kacak. Tetapi poyo. Boleh pula dia dengan selamba bertanya kalau-kalau Krystal ada tisu? Semakin mnyiraplah darah gadis yang gila akan durian itu.

"I'm asking, do you have tissue? I hate the smell" ulang Hyun Woo sambil menggosok-gosok hidungnya.

Krystal ketap bibir lalu melarikan pandangan ke tempat lain. Dia cuba bersabar dan menahan dirinya dari bertindak kurang sopan di tempat awam. Nanti tak pasal-pasal dia juga yang viral dan jika itu berlaku nenda pasti akan menghukumnya.

"Please apologize to me first than I will give you tissue" balasnya. Lelaki itu belum minta maaf. Tapi dah minta macam-macam pula. Tak beradab langsung.

Hyun Woo memabalas kata-kata itu dengan senyuman sinis. Dia mengerling jam di tangan lalu melihat sekeliling. Dia kejar masa dan perlu cari seseorang. Jadi ada baiknya dia selesaikan perkara itu dengan segera.

Tanpa berkata apa-apa Hyun Woo hanya menundukkan kepala dan beredar dari situ tanpa sedikitpun kata maaf. Sikap dingin Hyun Woo menyebabkan kemarahan Krystal semakin membuak. Bibir dia ketap lalu memandang lelaki yang berjalan semakin jauh darinya.

"Huh! Tak guna" plastik yang dia pegang dia lepas jatuh ke tanah dan berjalan mengejar lelaki itu.

"Hoi, kau nak ke mana?" Miera menghalang Krystal dari mencari masalah.

"Aku nak kejar mamat poyo tu! Muka je handsome ala-ala artis K-Pop tapi perangai macam hantu!" marahnya. Pegangan tangan Miera dia tepis.

"Hey you, stop there! I said stop!" jerit Krystal dengan geram. Langkah kakinya semakin laju menapak ke hadapan mengejar lelaki poyo.tetapi kacak itu.

"I said stop" ulang Krystal bila dia semakin hampir.

Hyun Woo menghela nafas panjang lalu berhenti melangkah untuk yang kesekian kalinya. Kenapalah dia terpaksa berhadapan dengan situasi ini saat dia sedang mengejar masa untuk mencari seseorang.

Pelrahan-lahan dia pusingkan badan ke belakang. Kelihatan gadis tadi sedang merenungnya dengan renungan tajam. Tengok dari gaya macam nak terkam diapun ada juga. Tak cukup lagi ke dia dah minta maaf tadi?.

"Apologize to me right now" pinta Krystal. Bukan main garang lagi.

Hyun Woo melihat sekeliling sebelum kembalikan pandaang pada Krystal. "Me?" jari telunjuk dituding pada diri sendiri.

"Ya. Who else?" Krystal angkat kening. Bibir tersenyum sinis.

"Huh! Apologize? For what? I have do nothing on you. Huh! Michin yeoja" jawab Hyun Woo yang diakhirkan dengan Bahasa Korea.

Mi... Michin yeoja? Rasa seperti nak tercabut anak mata bila dia mendengar lelaki poyo itu memanggilnya 'perempuan gila' dalam Bahasa Korea dan paling memeranjatkan adalah lelaki kacak ala-ala artis K-Pop itu sememangnya lelaki Korea. Padanlah kacak. Tetapi perangai macam hantu raya!

"Wow! Korean?" Krystal angguk lalu sengih.

Hyun Woo juga balas sengihan itu dengan sinis. Kemudian dia menapak beberapa tapak ke hadapan lalu muka ditolak sedikit ke hadapan begitu dekat dengan muka Krystal.

"You are the one who should apologize to me. Can you see my shoes?" kaki dia angkat untuk menunjukkan kasut yang kotor terkena ais krim durian Hara. Bau ais krim durian itu juga sudah cukup menyakitkan hidung dan kepalanya.

Senyuman dan renungan mata Hyun Woo hampir membunuh jantung Krystal. Dapat dia dengar degupan jantung berdetak pantas seolah-olah dia sedang menyertai pertandingan pecut 2000 meter.

"Huh! Dia yang langgar aku. Aku pula kena minta maaf. Poyo!" gumamnya. Bibir dah muncung ke depan tak ubah seperti serombong kapal.

Tiba-tiba matanya terpana pada hantu perempuan yang tiba-tiba muncul di belakang Hyun Woo. Cik Atu nama manja hantu yang selalu bersamanya sedang memeukul-mukul kepala Hyun Woo dengan geram. Kerana telah membuli kawan baiknya.

"Hei" gumamnya memanggil si Cik Atu.

Alahai Cik Atu ni. Dia buat macam tu pun bukannya Mamat Poyo ni dapat rasa pun. Buang tenaga aje. Dia menggeleng sambil mengetap bibir memerhati gelagat Cik Atu.

Sementara itu Hyun Woo berasa hairan bila gadis didepannya tak berkata apa-apa. Tetapi melihat ke satu arah. Dia menoleh ke belakang. Tetapi tak ada apa-apapun yang menarik di sekeliling mereka melainkan orang awam sedang membeli belah.

"Krystal Yoo!" suara Miera menyedarkan Krystal dari lamunannya. Cik Tutu juga menghilangkan diri bila Miera mendekati mereka.

Krystal menoleh. Kelihatan kawan baiknya itu berjalan terhoyong hayang menjinjing plastik di tangan. Cepat-cepat dia membantu Miera dan bila dia memandang kembali ke depan lelaki poyo itu telahpun hilang dari pandangan mereka.

"Dia dah hilang?" mukanya berkerut sambil mata liar memerhati sekeliling.

"Dia menusia ke hantu?" soal Miera yang turut terkejut bila melihat lelaki itu hilang dari pandangan mereka. 

You May Also Like
Table of Contents
Volume 1

ratings

  • Overall Rate
  • Writing Quality
  • Updating Stability
  • Story Development
  • Character Design
  • world background
Reviews
WoW! You would be the first reviewer if you leave your reviews right now!

SUPPORT