Walaupun Asteria merasa bangga kerana dia tidak perlu mengucapkan mantera sihir, bukan seperti orang lain, Asteria sekadar bersikap selamba. Dia tidak mahu terlihat berlagak saat ini.
Perkara yang harus dia fokuskan sekarang ini adalah bagaimana untuk menghadapi Lizzie. Sama seperti Laura, Asteria juga menyimpan dendam terhadap Lizzie.
Laura, Jackson... Tunggu aku kembali dan membalaskan dendam ini... Aku tidak akan lepaskan kau berdua.
Asteria memandang imejnya di dalam cermin. Saat ini, keadaan tubuh Asteria tidak baik. Badannya menjadi kurus kerana tekanan dari pelbagai pihak. Matanya juga mempunyai bentuk hitam di sekelilingnya. Mulutnya terlihat kering dan merekah.
Rambutnya yang sebelum ini lurus dan terjaga, terlihat kusut dan kering. Seolah-olah sudah lama di tidak mencuci rambutnya sendiri.
Lebih teruk lagi ialah sepasang anak mata berwarna biru milik Astaria yang sudah kehilangan sinar kehidupan. Hanya kekosongan yang boleh dilihat dari anak mata itu. Sama seperti perasaan Astaria yang sudah kosong dari semua perasaan kasih sayang dan simpati.
Asteria mengeluh kecil. Siapa yang tidak takut tengok keadaan Astaira seperti ini? Dia seperti mayat hidup. Adakah Astaira hidup seperti ini selama berbulan-bulan?
Berbeza dengan Astaira, setidaknya di dunia sebelum ini, Asteria memiliki orang tua yang masih menyayanginya. Dan Asteria masih memiliki sahabat-sahabat yang masih setia.
Tapi Astaira tidak memiliki sesiapa. Kedua orang tuanya tidak mempercayai Astaria. Teman lelakinya, teman-teman termasuk teman sebilik Astaria juga meninggalkan dia. Sehingga ke nafas terakhir, Astaria bersendirian.
Kerana merasakan perasaan sakit hati dan kesepian Astaria, mata Asteria digenangi dengan air mata. Dia juga merasakan apa yang dirasakan oleh Astaria. Dikhianati dan ditinggalkan...
Aya melihat air mata Asteria. Wajahnya turut menunjukkan rasa sedih. Apa yang dirasakan oleh Asteria juga dirasainya. Saat ini, Aya boleh merasakan rasa kesedihan dan kemarahan yang menggunung tinggi di lubuk hatinya. Kematian pun tidak akan rasa sakit seperti ini.
|Master~|
Dengan segera Asteria mengelap air matanya. Dia menunjukkan senyuman kepada Aya. "Jangan risau, Aya... Saya akan baik-baik saja. Saya lebih kuat berbanding dengan Astaria. Lagipun, saya harus membantu Astaria membalaskan dendamnya juga."
Aya hanya mampu mendiamkan diri. Dia tahu jika api kemarahan di dalam jiwa Asteria sudah semakin besar tapi Aya juga tidak mampu memadamkan api itu. Mungkin hanya dengan membalaskan dendam sahaja, barulah api itu akan terpadam.
Asteria memandang ke arah gunting yang ada di atas meja. Dicapainya gunting itu. Lalu Asteria berjalan menuju ke kamar mandi. Setelah itu, dia berdiri di hadapan cermin.
Dengan sebelah tangan, Asteria mengambil segenggam rambutnya. Tanpa teragak-agak, Asteria menggunting rambutnya sehingga ke paras dada. Rambut Astaria sangat panjang sehingga mencapai paras punggungnya.
Aya hanya memandang Asteria dengan mata terkebil-kebil.
Asteria memandang bayangnya di dalam cermin. Dia menggunting rambutnya kerana rambut Astaria sebelum ini sudah banyak yang rosak. Ini disebabkan oleh rambutnya yang balik-balik putus kerana ditarik oleh para pembuli.
Dengan menggunting rambutnya sehingga paras dada, barulah rambutnya akan terlihat kemas.
Hari ini adalah hari Ahad, hari terakhir pada penghujung minggu mereka. Bermakna keesokan hari, Asteria akan masuk ke Akademi pada pertama kalinya. Dan besok juga akan menjadi hari pertama Asteria menghadapi semua pembuat masalah di Akademinya.
"Tidak..." Asteria menunjukkan sebuah sengihan sinis. "Saya tidak akan berjumpa mereka secepat ini. Badan ini masih lemah untuk saya melawan mereka. Saya harus pastikan saya cukup kuat untuk menghadapi mereka dengan serentak."
Untuk menghadapi Lizzie, Asteria tidak boleh menunjukkan kelemahannya sama sekali. Kerana ulah Lizzie, Astaria yang dahulunya seperti sang puteri yang dijaga rapi kini jatuh ke bawah menjadi seorang pengemis jalanan.
Rupa bentuk Astaria yang sebelum ini cantik dan mempesona hilang digantikan dengan imej buruk dan menakutkan. Asteria harus mengembalikan imej asal Astaria dahulu. Dan Asteria perlu berlatih keras untuk meningkatkan tingkat kekuatannya. Dia tidak akan membenarkan sesiapa pun membulinya lagi selepas ini.
"Aya, awak cakap ada dua jenis gelombang yang awak rasa dalam badan saya. Salah satunya ialah Healing. Dan satu lagi apa?"
|Master, saya tidak tahu. Gelombang itu sangat kecil dan susah untuk saya periksa. Tapi gelombang ini tidak berbahaya. Gelombang ini muncul setelah Master masuk ke badan ini.|
"Hmm..." Asteria mengetukkan jarinya ke atas meja. "Saya akan cari jawapan itu nanti. Saya harus fokus untuk meningkatkan kekuatan saya dulu."
Setelah selesai menggunting rambutnya menjadi pendek, Asteria kemudian membuang semua sisa rambut tadi. Kemudian, dia membersihkan dirinya.
Setelah memakai pakaian, Asteria segera mencari duit yang dipegang oleh Astaria. Melihat duit yang dimilki oleh Astaria tinggal sedikit lagi membuatkan Asteria mengeluh.
Sejak Astaria difitnah oleh Lizzie, duit poketnya dikurangkan menjadi separuh. Walaupun dikurangkan menjadi separuh, Astaria masih boleh membeli makanan dan keperluan hariannya di akademi.
Tapi kerana dia dibuli, semua duit yang dipegangnya dirampas. Yang tersisa hanyalah duit yang masih disimpan di bank.
Kenapa Astaria tidak melawan balik walaupun dia dibuli?
Ini kerana Astaria mempunyai hati yang lembut dan baik. Sifatnya yang terlalu baiklah sehingga orang mudah mempergunakan dia.
Sementara Asteria pula, perasaan benci dalam jiwanya yang telah mengubah perasaan sayang Asteria menjadi dendam.
Asteria mahu keluar untuk membeli makanan kerana dia belum mengisi perutnya. Malah Astaria juga sengaja mengosongkan perutnya kerana ingin membunuh diri.
Satu-satunya cara adalah pergi ke bank dan nembeluaekan duit yang masih ada di sana.
"Terpaksa saya keluar ke bank..."
Setelah bersiap-siap, Asteria keluar dari bilik. Untuk mengelakkan daripada bertembung dengan pembuli di kawasan dorm tersebut, Asteria menggunakan pintu belakang.
Sesampainya Asteria di bank, Asteria mengeluarkan sisa duit yang masih ada di dalam. Selesai mengambil duit, Asteria menuju ke restoran yang sederhana untuk mengisi perutnya.
Kemudian, Asteria membeli beberapa keperluan yang akan membantu Asteria mengembalikan kecantikan wajahnya. Walaupun di dunia mereka tidak memiliki losyen atau krim muka yang pernah dihaslikan di dunia asalnya, tapi Asteria menjumpai beberapa jenis krim muka yang boleh membantu merawat kulit wajahnya yang kering dan kusam.
Nasib baik pada hari itu, kumpulan pembuli itu tidak datang dan menganggu Asteria. Jika tidak, rancangan Asteria pasti akan tergendala.
Pada malam itu, Asteria tidur lebih awal kerana dia memerlukan lebih tenaga untuk keesokan hari.
Keesokan harinya...
Asteria bangun lebih awal, seawal jam 5 pagi, untuk pergi bersenam. Dia berjoging di sekeliling kawasan taman yang terletak di tepi kawasan dorm mereka.
Asteria tahu untuk membantunya meningkatkan kekuatannya, Asteria harus memiliki tubuh yang sihat dan kuat.
Selain mendapatkan nutrisi yang sihat, Asteria juga harus melakukan senaman yang mencukupi.
Setelah selesai bersenam, Asteria kembali ke biliknya dan bersedia. Setiap pagi, para pembuli itu akan mencari Asteria di Akademi untuk menganggunya. Untuk mengelak dari mereka, Asteria harus bergerak awal ke Akademi.
Setelah memakai uniformnya yang berwarna biru gelap, Asteria keluar dari bilik. Setelah memastikan pintu sudah dikunci, dia berjalan seorang diri ke Akademi yang terletak tidak jauh dari kawasan dorm.
Sebelum ini, Astaria mempunyai teman-teman yang akan berjalan ke Akademi bersamanya. Tapi sejak Lizzie memfitnahnya, Astaria sudah tidak mempunyai teman.
Asteria tidak kisah jika dia tidak mempunyai teman. Lagipun, dia tidak mempercayai sesiapapun di dunia ini. Setelah dikhianati sekali, sulit untuk Asteria mempercayai orang lain lagi.
Kawasan jalan yang dilusuri oleh Asteria terlihat kosong. Jam masih menunjukkan jam 7 pagi ketika Asteria meninggalkan kawasan dorm.
Kelas mereka akan bermula pada jam 9 jadi masih ramai pelajar yang masih berada di dorm. Hanya ada beberapa orang pelajar saja yang ada di jalan tersebut tapi kebanyakan dari mereka tidak mempedulikan Asteria.
Asteria mengambil kesempatan ini untuk bersarapan di kafeteria Akademi. Selepas ini, dia harus mencari tempat yang tenang dan sunyi untuk bersembunyi sementara menunggu loceng berbunyi.
Dia yakin kumpulan pembuli itu pasti akan mencari dia di serata kawasan akademi nanti.
"Tempat apakah yang sesuai untuk saya pergi jika saya mahukan ketenangan dan boleh nampak seluruh suasana Akademi?"
Ujar Asteria lalu menyumbat telur goreng ke dalam mulutnya.
Setelah keluar dari kafeteria, Asteria memandang ke seluruh kawasan Akademi. Dia mahu mencari bangunan yang paling tinggi di Akademi ini.
Dari kejauhan, Asteria melihat menara jam yang dibina di bahagian Timur bangunan Akademi. Asteria merasakan tempat itu sesuai untuk dijadikan tempat persembunyiannya.
Langkahnya pun diatur menuju ke arah menara tersebut.
Asteria menemukan sebuah pintu kecil yang membenarkannya keluar ke atas atap menara jam itu. Asteria keluar dari pintu itu dan pemandangan dari menara jam itu membuatkan Asteria kagum.
Asteria boleh melihat seluruh kawasan Akademi. Malah pintu utama Akademi juga boleh dilihatnya dengan jelas.
Asteria meletakkan beg yang dibawa ke tepi. Dia melabuhkan punggungnya ke tepi atap dan memerhati setiap gerakan pelajar yang masuk ke dalam Akademi melalui pintu utama tadi.
Saat itulah dia melihat Lizzie sedang berjalan bersama dengan sekumpulan lelaki. Bila diperhatikan, kumpulan lelaki itu adalah James dan rakan-rakannya.
Melihat James dan Lizzie bercerita dengan penuh gembira tanpa rasa bersalah membuatkan api kemarahannya kembali membara. Setelah apa yang dilakukan oleh mereka kepada Astaria, mereka malah berbual dengan mesra.
Aya tiba-tiba keluar dari dalam dada Asteria. Dia menutup mulutnya yang menguap. |Master, apa yang terjadi? Saya boleh rasa perasaan marah Master menjadi bertambah lagi.|
Asteria memandang Aya dengan wajah dingin. "Kau baru tahu nak muncul sekarang?"
Menyedari suara Asteria yang berubah dingin itu membuatkan Aya yang masih mamai menjadi segar terus. Dia memandang wajah Asteria yang nampak merah.
Asteria mengabaikan Aya dan terus-menerus memandang Lizzie dan James sehingga mereka hilang dari sebalik bangunan. "Ketawalah sepuas hati kau, Lizzie. Kerana selepas ini, kau hanya akan rasakan hari-hari kau seperti neraka. Kau takkan aku lepaskan!"
...
Sementara itu, kumpulan pembuli yang selalu membuli Asteria mencuba untuk mencari Asteria di seluruh kawasan sekolah. Ketua kumpulan itu, Swayde menjadi marah kerana tidak melihat Asteria di mana-mana.
"Kurang ajar! Berani budak tu bersembunyi dari aku! Kalau aku dapatkan dia, aku tak akan lepaskan dia! Memang nak kena budak tu!" Kata Swayde.
Dikepalkan kedua genggaman tangannya saat ini. Giginya dikertap sehingga mengeluarkan bunyi. Marah sungguh dia bila tidak melihat Asteria.
"Kita akan cari dia masa rehat nanti, Swayde. Awak janganlah marah sangat! Mungkin budak tu rasa takut sangat jadi dia bersembunyi!" Laney dengan gaya selamba memeriksa kukunya yang baru sahaja diberikan perawatan sehingga berkilat kelmarin.
"Betul tu, Swayde! Akademi kita ini bukanlah luas mana pun. Lambat-laun kita pasti akan berjumpa dengan dia lagi!" Grace berkata. Dia sedang bersandar di tepi dinding saat bercakap tadi.
Sekarang ini mereka berada di hujung kelas Asteria kerana ingin mencarinya di sini. Sayangnya, Asteria tidak berada di sini. Rakan-rakan sekelas Asteria yang lain sudah pun merasa gerun dengan kedatangan Swayde.
Siapa tidak kenal dengan mereka. Pembuli terkenal di Akademi mereka. Malah Swayde juga merupakan salah seorang dari sepuluh pelajar yang ditarafkan sebagai pelajar terkuat.
"Marilah kembali ke kelas dulu. Nanti kira cari budak tu masa rehat nanti. Kelas pertama kita adalah bersama dengan Miss Tracey. Dia akan denda kita jika kita terlambat sekali lagi ke kelas dia," ujar Hattie.
"Tsk!" Kata Swayde tidak puas hati.
Piper yang sedari tadi hanya diam tiba-tiba mendekati salah satu pelajar yang ada di kelas itu. Ditariknya kolaj baju pelajar lelaki itu. Lalu ditolaknya dengan kasar ke dinding.
"Kau dengar sini! Bagi tahu perempuan tu untuk berjumpa dengan kami masa rehat ni. Cakap jangan cuba nak larikan diri sebab akibatnya akan lebih teruk jika dia melawan!" Piper memberitahu dengan nada kasar.
Pelajar lelaki itu terlihat ingin menangis kerana diserang oleh Piper secara tiba-tiba.
"Kalau dia tak datang, aku akan cari kau. Kau faham!?"
Pelajar lelaki itu segera menganggukkan kepalanya. Bergegar lututnya saat ini kerana mendapat ancaman dari Piper. Sekali mereka katakan, memang akan mereka lakukan.
Jane yang melihat keadaan pelajar lelaki itu yang sudah ketakutan dan hampir terkecing di seluarnya, mentertawakan pelajar itu.
"Sudahlah, mari pergi. Tinggal lima minit lagi sebelum loceng berbunyi!" Kata Hattie.
Setelah melepaskan pelajar lelaki itu, Piper mengikuti kawan-kawannya yang lain keluar dari kelas itu.
Ketenangan kembali ke kelas itu setelah kumpulan pembuli itu berlalu. Beberapa orang pelajar mendekati pelajar lelaki tadi dan mencuba untuk menenangkannya.
Saat itu juga, Asteria masuk ke dalam kelas tersebut. Langkahnya terlihat tenang dan raut wajahnya terlihat kosong. Seluruh auranya memberitahu jika Asteria terlihat berbeza hari ini.
Rakan sekelas Asteria yang melihat Asteria tercengang melihat ada yang lain dari Asteria hari ini. Malah mereka yang ingin memberitahu tentang ugutan Piper juga tidak dapat mengeluarkan suara setelah dipandang oleh Asteria dengan pandangan mata yang tajam.
Mereka membiarkan Asteria melabuhkan punggung ke bangkunya tanpa ada yang bersuara. Maka berlangsunglah kelas pada pagi itu dengan tenang.