webnovel

Weekend Bersama dan Kejadian Tak Dijangka Berlaku

'Ting'

'Ting'

'Ting'

Pesanan masuk berkali-kali ke telefon pintar Jane. Namun dia masih tidak bangun. Jam locengnya pun di tutup.Itu pun di terpaksa bergerak sedikit disebabkan bingit menganggu tidurnya.

'Zzzzzz'

Tiada apa yang boleh menganggu tidurnya.Terutama sekali pada hujung minggu.

'🎶🎶🎶🎶' -Heartbeat(BTS) nada dering telefonnya berbunyi lama. Jane mencapai dan menyorokannya di bawah bantal.

Sekali lagi berbunyi.

"Haish!!Sape laa kacau aku tidur ni!" baran Jane.

Dia mencapai telefonnya yang masih berbunyi dan segera menjawab nya tanpa melihat siapa yang menelefonnya.

"Aku dah kata berkali-kali kan.Waktu cuti aku JANGAN KACAU. Melainkan kecemasan!Apa yang korang ni tak faham2 lagi hah?!" tinggi suara Jane kepada pemanggil itu.

"...." pemanggil itu terkedu.Mungkin terkejut.

"Hello?!Kau taknak cakap aku end call?" gertak Jane yang masih berselimut.

"Awak...Saya ni" Zein balas perlahan

"WHAT?!" jerit Jane.Terus dia terbangun dari tempat tidurnya.

"Zein? Awak?..Sorry.." gelabah Jane

"Hahahaha..Tak.Tak apa" Zein ketawakan Jane.Dia mesti dah bayangkan reaksi Jane gelabah.

Dengan rambutnya kusut dan berpakaian hoddie peach berseluar pendek Jane mundar-mandir di biliknya.

'Aduhlaaa...Jane!Kau ni Kan.Kalau tidur tak Ingat dunia.Pastu main sembur je orang!' monolog Jane.

"Awak?" Zein memanggil

"Ha?Ye.Ye Saya...Kenapa ya awak call saya? Sorry tau.Saya weekend memang bangun lambat and tak suka orang ganggu saya..Tu saya ingat pekerja saya yang call" jelas Jane tergagap2.

"It's okay Jane.Saya faham.Alang-alang awak da 'segar' ni..Awak buat apa lepas ni?" tanya Zein sambil menyakat.

"Ehehe..Em.." fikir Jane sebentar

"Maybe saya bersihkan rumah kejap and lepas tu saya ke kedai kejap tengok kek.Kenapa awak?"

"Owh...saya datang? Boleh saya tolong kemas-kemas sekali..Lepas tu saya bawa awak le kedai then kita boleh lah date kejap?" tanya Zein lagi

"Datang rumah saya?Bila?Sekarang?!" panik Jane.

"Ye lah sayang...Saya on the way ni..Kebetulan Saya ada kerja sikit tadi.Alang-alang lalu area rumah awak,saya ingat nak singgah.Tu pun kalau boleh" Zein berkata lagi.

"Ha...okaylah.Tapi jangalah awal sangat.Saya tak ready lagi." gelak Jane

"Hahahah..ye sayang..Saya singgah beli coffee kejap awak siap lah" Zein balas.Dia tahu si Jane tak mandi lagi..Lambat bangun kan..

*Tuttt* panggilan dari Zein ditamatkan Jane segera.

Zein mengeleng kepala.

Jane.Jane..

Jane segera berlari ke bilik mandi untuk bersiap sebelum Zein sampai.

15 minit Jane mandi.Laju dia bersiap. Dia segera keluar dari bilik mandi dan memakai pakaiannya.Baju sweat shirts kuning dan seluar leggings kelabu menjadi pilihannya.

Rambut yang basah Tak sempat dikeringkan. Dia membalut rambutnya dengan tuala untuk menunggunya kering sendiri. Dia menyapu sedikit Laniege Lip Sleeping Mask(Berry) di bibirnya, sedikit sapuan foundation di muka dan kemudian memakai sedikit minyak wangi kegemarannya. Setelah memastikan semuanya okay,Jane segera mengemaskan katilnya dan baju kotornya di kumpulkan dan dibawa ke laundry room di tingkat bawah.

Sampai sahaja ke tingkat bawah,loceng rumah berbunyi.

'Trett'

'Trett'

"Jane..saya,Zein.Saya dah sampai" kata Zein di luar rumahnya.

'Alamak!' bajunya disumbatkan segera ke dalam mesin basuh dan dia segera membuka pintu.

"Hi...." sapa Zein sebelum memasuki rumah Jane.

"Hi..masuklah.Heheh,sorry lambat." kata Jane.

Zein masih memandang Jane.

Jane mengisyaratkan kepada Zein 'Kenapa?'

'Tu..' tunjuk Zein pada tuala yang masih dia atas kepalanya.

'Pek' Jane menepuk dahinya setelah tersedar kebodohannya

Cepat-cepat Jane membuka tuala tersebut. Rambutnya masih tidak kering.

Zein segera mengambil tuala di tanggan Jane menariknya ke sofa di ruang tamu supaya dia duduk.

Setelah Jane duduk, Zein menggunakan tuala tersebut menggeringkan rambut Jane dengan mengosok-gosoknya sehingga kering.

"Susah-susah je awak ni" kata Jane malu.

"Susah apa... kesayangan saya kan" balas Zein kemudian mencium dahi Jane.

Membulat mata Jane.Terkejut dengan tindakan Zein itu.Memerah pipi Jane.

Usai mengeringkan rambut Jane, Zein segera duduk bersebelahan Jane Dan menghulurkan secawan coffee dan sandwich strawberry berkrim.

"Macam mana awak tahu yang suka sandwich ni?" tanya Jane kepelikan

"Staf awak. Siapa ye nama dia...Hm.." jawab Zein sambil memikirkan nama staf itu

"Adam?" teka Jane

"Ha!Dia lah.." kata Zein sambil memandang tepat Jane.

"Dia tu memang kecoh.Semua dia nk share.Kalah makcik bawang tau" kata Jane sambil tergelak

Zein ikut gelak.Memang Adam seorang yang sangat peramah dan kadangkala mulutnya suka menyibuk hal orang lain.

"Nanti dia" kata hati Jane

Sambil menikmati sarapan yang dibelikan Zein, mereka berdua berborak sambil menonton tv. Hubungan mereka sebelum ini sebagai kawan menjadikan mereka lagi rapat.

Rambut Jane yang sudah kering diikatkan oleh Zein. Oh ya, kebanyakkan lelaki tidak tidak reti ikat rambut wanita.

Jane terpana dengan setiap yang dilakukan oleh Zein. Dia Tak sangka Zein boleh buat benda ini semua.

Semasa Zein mengikat rambutnya, Jane bertanya "Macam mana awak tahu buat benda macam ni?"

"Saya ada adik perempuan..Manja dengan saya.Masa dulu, bila siap-siap pergi sekolah..saya selalu ikatkan rambut dia.Hahahah..Mula-mula memang kelakar.Lama-lama saya dah tahu buat makin dia manja.Sampai lah sekarang" terang Zein.

"Owh...." angguk Jane

"Okay dah siap" kata Zein sambil mengusap kepala Jane.

"Thanks awak😊" kata Jane dengan manja

"No problem.Anyways..besar juga rumah awak.Dah lama ke stay sini sorang diri?" Zein tertanya-tanya sambil mengelilingi tingkat bawah rumah Jane.

"Haah..lama juga.Sejak saya buka Bakery D'licious J'.Mula-mula sewa je.Lama-lama saya beli.Hias sikit and upgrade sikit" jelas Jane sambil mengikuti belakang Zein yang sedang melihat-lihat interior rumahnya.

"Cantik..mesti awak dah target lama Kan?" tanya Zein lagi.

"Thanks 😊..Memang pun.Saya lebih suka independent and usaha sendiri.Bukan apa, tak nak lah susahkan ibu saya lagi" kata Jane lagi.

" Hurm..betul.Kita nak bersihkan dekat mana ni?Saya tengok bersih je.." Zein melilau mencari benda yang ingin dikemaskannya.

"Jom ikut saya" Jane menarik tangan Zein ke bahagian tingkat atas. Bahagian atas terdapat 3 bilik. Bilik yang berdekatan tangga merupakan bilik stor yang mereka perlu bersihkan.

'Krek..' pintu bilik stor terbuka.

Penuh. Penuh dengan kotak, ada yang kotak kosong,ada yang belum berbuka lagi. Hadiah yang diterima daripada pertandingan-pertandingan yang diikutinya dahulu sebelum membuka bakerynya sendiri, banyak lah barang dia.Penuh. Kebanyakannya mungkin dibuang. Almari ber rak besi dibeli dari IKEA ditunjukkan kepada Zein dan memberitahunya untuk memasangnya nanti.

Jane sebenarnya memerlukan bantuan orang untuk melakukan kerja sebegini kerana dia allergic terhadap habuk. Dengan bantuan Zein, kerja dilakukannya akan mudah dan tak akan terdedah terlalu lama pada persekitaran berhabuk. Jane memakaikan mask kepada Zein dan dia menggunakan penutup muka khasnya.

Zein tak banyak bertanya kerana sepanjang mereka berkawan dan kini bercinta,dia semakin kenal perangai Jane.

Mereka memulakan tugas mereka dengan mengasingkan barang yang ingin disimpan, dibuang atau diberikan kepada orang lain kedalam 3 buah kotak besar. Setelah 1 jam berpenat, barang-barang tersebut selesai dikemaskan. Kini, mereka hanya perlu mengvakum menggunakan Corvan Cordless Anti-tangle miliknya. Jane menyuruh Zein berehat sebentar sebelum dia memasang rak yang dibelinya itu. Mudahlah kerjanya untuk mengvakum bilik stor jika Zein tiada di situ.

Zein turun ke tingkat bawah dan mengambil air minuman (air sejuk dalam botol) untuk mereka berdua dan kemudian kembali ke tingkat atas.

"Yang" Zein panggil Jane yang ralit mengvakum.

"Tak dengar pulak.." Zein mendekati Jane dan menepuk perlahan bahu Jane.

"Mak!!" jerit Jane.

Hahahahah... Zein tergelak melihat Jane.

"Awak! Terkejut saya lah..." marah Jane

"Sorry..nah minum dulu..Ralit sangat buat kerja tu." pujuk Zein

Jane menyambut botol yang dihulurkan sambil menjeling ke arah Zein.Geram.

Zein masih tersengih-sengih.

Selepas reda marah Jane. Zein memasang rak yang dibeli untuk dipasang didalam bilik stor.Tak lama kemudian rak tersebut siap terpasang.Rak tinggi berbentuk L memuatkan kesemua barang yang akan disimpan nanti.

Usai menyusun kembali kotak-kotak Dan barang yang ingin disimpan,mereka membawa turun kotak-kotak yang lain.

Semasa menuruni tangga, Jane tiba-tiba mengalami kesesakan nafas di sebabkan alahan yang dialaminya sejak dia remaja.

Kotak yang dipegangnya terlepas dari pegangan dan dia hampir terjatuh pengsan disebabkan pening.

"Sayang!" jerit Jane apabila menyedari Jane sedang kesakitan dan akan terjatuh.

Ketika Jane hampir terjatuh dari tangga Zein menyambutnya.

Zein memanggil-manggil Jane berkali-kali apabila Jane tidak memberi sebarang reaksi tetapi tetap tercungap-cungap. Tak lama kemudian Jane pengsan di pangkuan Zein.

Zein panik.Dia segera membawa Jane ke keretanya, mengunci pintu dan dengan cepat dia memandu ke hospital berdekatan.

Jane disebelahnya masih tidak sedarkan diri.

Tak lama kemudian,mereka sampai di wad kecemasan dan Jane segera dirawat.

Jane ditempatkan di emergency room terlebih dahulu sehingga keadaannya stabil.

Doktor memaklumkan kepada Zein yang Jane mengalami allergic.Dan keadaan dia teruk disebabkan terdedah terlalu lama.Nasib baik dia cepat dibawa ke hospital.

Setelah diterangkan mengenai keadaan Jane, Zein segera menemaninya. Jane terpaksa memakai bantuan pernafasan.Zein yang masih terkejut dengan kejadian tadi memegang erat tangan dan mengusap kepala Jane.

"Cepat sihat sayang..Saya tak suka awak sakit..." bisik Zein dekat telling Jane yang masih terlantar.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Masa berlalu, Zein tetap di sisi Jane.

Doktor kembali memeriksa keadaan Jane.

Selepas doktor memastikan Jane semakin baik, Jane dipindahkan ke wad biasa untuk dipantau.Zein menemani Jane seharian.

Beberapa jam berlalu..Waktu menunjukkan pukul 5 petang. Zein tertidur di sisi katil Jane dengan beralaskan lengannya sendiri.

Jane perlahan-lahan membuka mata.Sedar.

"Aku dekat mana ni?" Jane mamai memandang sekelilingnya dan menyedari dia berada di hospital.

Kemudian dia terpandangkan Zein di sisinya.Lalu dikejutkan dari lenanya.

"Awak...Zein.." Jane memanggil nama Zein sambil menggoncang bahu Zein.

Zein tersedar terus memandang Jane.

"Awak! Awak dah sedar.." kata Zein gembira.

Jane tersenyum.

"Saya okay.. Don't worry okay?" kata Jane.

"Awak buat saya risau tau..Kenapa Tak bagi tahu awal-awal...Boleh saya kemas sendiri.." kata Zein

"Tak kan lah saya nak buat boipren saya macam pembantu rumah bila first time datang rumah" usik Jane

Mereka berpandangan kemudian tergelak.

"She's okay now.I love this girl.Dia tetap happy je even dia sakit" kata hati Zein

Zein memanggil doktor untuk memeriksa keadaan Jane. Setelah diperiksa, doktor membenarkan Jane pulang berehat di rumah dan melarangnya terdedah lagi dengan habuk.

Mereka menganguk. Sejam kemudian setelah membayar bil rawatan, Jane discharge dari hospital dan pulang ke rumahnya.

-Di rumah Jane

"Awak lepas ni jangan mengada-ngada nak mengemas macam tadi lagi.Bahaya.Saya risau." nasihat Zein

"Nak kemas ke panggil je orang kemaskan..tak pun saya pun boleh tolong.Apa gunanya saya kan..Kata kekasih awak?" bebel Zein lagi.

Jane hanya menganguk dan tidak mahu membantah kata Zein.Nanti Makin melarat bebelan dia.

Jam menunjukkan pukul 7 pm.Zein masih menemani Jane di rumahnya.

Jane tertidur sekejap di sofa ruang tamunya.Manakala Zein sibuk di dapur membuatkan Jane sedikit bubur ayam dan fresh orange. Selepas siap memasak dia menjeguk sebentar Jane yang sedang terlena.Kemudian dia duduk memerhatikan Jane.

Ketika ralit memandang Jane, Zein semangkin mengantuk dan dia pun tertidur di sisi sofa Jane terlena itu.

"Sayang...Zein.Wake up..Kita makan jom.." kejut Jane.

"Ha..awak dah bangun." Zein mengeliat dan bangun.

Zein menghulurkan tangan kepada Jane untuk memimpinnya ke dapur.

Jane hanya menuruti tingkah Zein.

Makanan yang dimasak Zein dimasukkan ke dalam mangkuk dan jug air fresh orange sejuk dibawa bersama ke meja makan.

Mereka duduk bersebelahan menikmati makanan itu sambil berbual.

Usai makan Zein meminta diri memandangkan hari sudah malam.

Dia memesan sekali lagi supaya tidak terdedah dengan habuk.

Jane hanya menganguk. Dia memesan Zein supaya berhati-hati memandu dan memberitahu nya apabila tiba di rumah.

Zein menganguk.

Mereka kemudian melambai tangan satu sama lain sebelum Zein berlalu pergi

Jane mengunci pintu dan berehat di ruang tamu sambil menonton tv.

Ubat yang diberi doktor ditelannya.

Sejam kemudian pesanan masuk dari Zein mengatakan dia sudah tiba di rumah dan mengucapkan selamat malam.

Jane membalas.

Beberapa ketika kemudian,Jane merasa mengantuk. Dia menutup tv dan berlalu ke biliknya untuk mandi.

Setelah mandi dia mengeringkan rambut dan memakai produk kecantikanya.

Selesai semuanya,dia menutup lampu dan berbaring di katilnya.

Jane terlena.

Di luar rumahnya, sejak Zein sibuk membantunya mengemas,ada sebuah kereta memarkingkan kereta di kawasan berdekatan rumahnya.Pemandu itu sibuk mengintip tingkah Jane. Dia berniat jahat terhadap Jane.

"Damn!" hentak tangannya di stering kereta.

Namun memandangkan dia tahu keadaan Jane yang tidak sihat,dia membatalkan hasratnya dan memandu pergi.

ตอนถัดไป