webnovel

Suprise (1)

Kereta Buggy yang membawa mereka berdua bersarapan pagi tadi telah sedia menanti mereka di hadapan chalet yang mereka inap.

Setelah kereta diparking, mereka berdua segera keluar.

Mereka disambut pekerja bernama Adam dan Dahlia dengan ramah.

Zein menghulurkan tangannya kepada Jane.

'Hah?' Jane pelik

'Tak nak naik ke?' Zein menunding jari ke arah kereta Buggy.

'Ouh..Heheh' Jane tersengih dengan ke slow an dirinya. Hahah.

Jane menyambut tangan Zein yang masih tetap dihulurkan di hadapannya dengan senyuman.

Dahlia dan Adam saling berpandangan satu sama lain.

'So sweet!'

Zein dengan berhati-hati membantu wanita kesayangannya menaiki Buggy.

Stelelah wanita kesayangannya selamat naik dan duduk barulah Zein masuk dan duduk bersebelahan dengan Jane.

Bahu Jane dipaut.

Risau sangat wanita kesayangan dia tercicir agaknya. Hahaha.

"Let's go!' kata Zein bersemangat.

"Kita nak pergi mana sayang?" soal Jane di sebelahnya.

Zein menatap wajah Jane sambil tersenyum dengan penuh rahsia.

"Eh dia ni... senyum2 pulak... Orang tanya ni jawablah.." dahi Jane berkerut memandang reaksi Zein yang masih tersenyum ke arahnya tanpa sepatah kata.

"Sayang... cepatlah cakap.. Mentang-mentang pernah datang sini.." Jane sudah mula memuncungkan bibirnya tanda merajuk.

"Alalalaaa...Mana boleh bagi tahu... Suprise untuk sayang.. So sabar okay? Hm?" pujuk Zein sambil mengusap kepala Jane.

Wajah Jane yang menunduk dijenguk-jenguk.

Jane segera berpaling ke arah lain.

Cuba untuk tidak cepat cair dengan pujukan Zein itu.

'Suprise? Suprise apa? Omg!! Dia ni kan.. pandang2 aku macam tu.. dahla mata dia comel.. Sabar Jane, SABAR!!' jerit hati Jane.

"Eh, dah kenapa sayang blushing ni... cair le tu... Saya Tau lah mata saya comel.. Kan? Kan..." usik Zein seolah2 tahu kelemahan Jane.

'Membulat mata Jane'

'Dia boleh dengar ke apa bermain dekat otak aku?!' Jane mula gelabah kawal malu sambil pandang ke arah lain setiap Kali Zein cuba bertentang mata dengannya.

"Mana ada, perasan!" tipu Jane.

Zein memegang kedua belah pipi Jane yang semakin memerah kerana malu.

"Panas dah pipi sayang ni.. Malu betul yea kena usik? Saya gurau je.. Dengan awak je saya macam ni Tau" Zein cuba menghilangkan rasa malu gelabah Jane.

Tapi dia Tak tahu, perbuatan dia yang tiba-tiba itu lagi membuatkan jantung Jane nak tercabut.

Dahlia dan Adam (pekerja Japamala Resort) yang menemani mereka itu menahan gelak dengan telatah mereka berdua dari tadi.

Dari chalet hinggalah mereka hampir tiba perbualan Jane dan Zein yang sangat sweet itu membuatkan mereka berdua terasa ingin menjerit dan ingin memberikan mereka berdua privacy.

Hahaha..

'Comel nya mata dia!' jerit hati Jane.

Jane mengeleng kepala berkali-kali. Cuba buang perasaan dia tika itu.

"Kenapa sayang geleng-geleng?" tanya Zein pelik sambil tergelak melihat telatah Jane yang tiba-tiba itu.

Jane mengeleng kepala lagi.

'Nothing'

Mata Jane masih menatap mata comel milik Zein.

Detak jantungnya masih laju. Bukan semakin tenang.

'Tak boleh jadi ni. BAHAYA!'

Tangan Jane dengan automatiknya menutupi kedua belah mata Zein.

"Sayang? Dah kenapa pula tutup mata Saya ni?" Zein semakin pelik dengan tindakan Jane yang tiba-tiba itu.

Belum sempat menjawab, kereta Buggy itu berhenti.

'SELAMAT!' jerit Jane lega.

Tangan Jane yang menutupi kedua belah mata Zein dialihkan.

"Kita dah sampai Encik Zein dan Cik Jane" maklum Adam yang sudah turun dari Buggy itu.

Zein memandang pelik ke arah Jane cuba meminta penjelasan kenapa dia bertindak seperti itu tadi.

"Jom sayang! Kata awak ada suprise? Mana? Cepatlah..." Jane cuba berdalih sambil menarik-narik tangan Zein. Dia cuba mengelak dari menjawab soalan yang bermain di pandangan Zein yang penuh tanda tanya itu.

Zein mengalah dengan telatah Jane itu.

Dia mengikuti tarikan tangan Jane itu.

"Okay sayang, saya akan tutup mata awak pakai kain ni.. bukan dengan TANGAN tau (lol sempat menyakat tu). But don't worry, saya akan lead jalan.. Trust me okay.." kata Zein sambil memusingkan tubuh Jane menghadap ke hadapan.

Jane mengejek Zein sambil menjelirkan lidahnya.

Kain hitam yang dipinta dari pekerja itu di ikat kemas. Zein melambai-lambai tangannya dan menyoal berapa bilangan jarinya.

Dia bersedia memimpin tangan Jane ke lokasi suprise itu.

"Let's go Sayang! Hold my hand. Belive me okay" arah Zein lembut.

Jane mengenggam erat tangan Zein.

Mereka perlahan-lahan setapak demi setapak ke lokasi suprise yang di arah Zein.

"Sayang, kenapa sunyi je area ni? Tak kanlah orang dah balik chalet masing-masing? Tak bosan ke terperap je? Kata holiday.." bebel Jane yang masih terkial-kial berjalan dengan mata bertutup.

Langkah mereka terhenti.

Zein melihat ke arah pekerja-pekerja itu.

'Apa nak jawab ni?' isyarat Zein kepada mereka berdua.

Pekerja itu mengangkat bahu 'Tak tau'

"Sayang? Kenapa stop? Ada ular ke? Ha? Jomlah kita patah balik...Sayang? Ish dia ni senyap lak!" panik Jane.

"Eh Tak, takde pun... Pelancong lain pergi makan kot... Sayang ni, celupar betul mulut.. Nanti cik u keluar siapa nak tolong kita?" bebel Zein.

Langkah demi langkah akhirnya sampai juga.

"Okay sayang. Kita dah sampai..." kata Zein teruja sambil membukakan kain yang menutupi mata Jane itu.

'Jane memandang ke arah sebuah kemah kecil terletak di tepi pantai yang dihiasi dengan lampu-lampu yang digantung bersambungan dengan pohon berdekatan '

Di hadapan kemah itu terhampar sehelai kain dan juga sebuah box ais dan barangan lain.

Oh ya, di atas kawasan yang beralaskan kain itu diteduhi dengan kain yang ditahan dengan tiang besi (taklah panas nanti, redup).

'Dia berpaling semula memandang ke arah Zein dengan riak tidak percaya'

"Sayang ke yang buat semua ni?" soal Jane sambil menatap wajah Zein.

"Of course...untuk sayang kan.." jawab Zein bangga.

"Cantiknyaaa... thank you sayang." kata Jane sambil melentok manja di bahu Zein.

"Tapi... bila sayang buat semua ni? Kita kan keluar tadi?" tanya Jane pelik.

"Masa sayang bersiap pagi tadi.. sempat lah juga saya siapkan. Of course, Adam dengan Dahlia tolong sama." kata Zein tak lupa pada kedua orang pekerja yang membantunya menyiapkan suprise itu.

"Thank you guys..." kata Jane terharu.

Adam dan Dahlia menganguk tersenyum.

Mereka berdua kemudian meninggalkan Jane dan Zein.

Memberikan privasi buat mereka berdua.

Jane merangkul lengan Zein.

Mereka berdua beriringan menuju ke kemah itu.

Jane membuka kasut dan terus duduk di atas kain bercorak petak yang dialas di atas pasir pantai itu.

Dia menepuk perlahan tempat kosong di sebelahnya sambil memandang ke arah Zein. Menyuruhnya segera duduk di sebelahnya.

Zein segera duduk bersebelahan dengan Jane.

"Sayang.. malam nanti Kita lepak sini nak?" ajak Zein.

"Boleh je.. asalkan dengan awak." kata Jane manja.

Zein menguit manja hiding comel milik Jane.

"Jom mandi laut?" ajak Zein lagi sambil mengangkat keningnya ke arah Jane.

"Nak mandi macam mana... Kita Mana ada baju spare. Tak Kan nak pakai ni pulak" balas Jane.

'Zein bangun dan masuk ke dalam kemah'

'Jane hanya memandang gerak Geri Zein'

Tak lama kemudian Zein keluar sambil membawa dua beg kertas.

"Jeng2...." kata Zein teruja sambil menghulurkan beg kertas pink itu kepada Jane.

"Apa ni?" soal Jane pelik sambil menyambut beg yang dihulurkan Zein.

'Bukalah..' suruh Zein

"Baju? Untuk Mandi? Wah memang dah plan ke awak ni sayang?" kata Jane teruja.

Tak sangka yang Zein sudah pun merancang apa yang akan mereka lakukan bersama.

Zein berdehem bangga.

"Saya tukar baju dulu, lepas tu awak then Kita boleh Mandi!! Yuhuuu!" jerit Jane teruju sambil berlalu masuk ke dalam kemah' untuk menukar pakaian.

Tak lama kemudian, Jane keluar setelah siap menukar pakaian.

Zein segera masuk ke dalam kemah dan tak lama kemudian dia sudah pun siap menukar pakaian.

Mereka berdua mengenakan T-shirt lengan panjang orange bercorak kartun Pokemon dan berseluar sukan yang sama.

Sebelum Mandi mereka sempat mengambil gambar di hadapan kemah.

Kenangan sebelum basah lecun lah katakan..

Mereka tak buang masa dan terus kejar mengejar di tepian pantai seperti kanak-kanak. Saling simbah air laut. Gelak mereka memenuhi kesunyian kawasan itu.

Pada mulanya, Jane takut untuk bermandi manda di laut.

Namun dengan ajakan dan percayakan Zein akan sentiasa memastikan dia selamat, dia beranikan diri.

Lagi-lagi apabila melihat kegembiraan yang terpancar di wajah Zein ketika itu.

Setelah penat Mandi Manda, Zein menuju kembali Dan berehat di kemah sambil memerhatikan Jane yang sedang mengutip cengkerang dari jauh.

Dari jauh Jane memandang ke arah Zein yang berseorangan di kemah.

'Nae namja' bisik hati Jane.

'Eh stop it! Speak Malay lah Jane oiii!'

Bebel Jane. Dia kemudian berdiri dan membersihkan kotoran pasir di seluarnya.

Jane berjalan mendekati Zein sambil melambai tangan ke arah Zein.

Zein membalas lambaian itu dengan senyuman yang makin lebar.

'Dia berjaya buat wanita yang dia sayang tersenyum bahagia di sisinya'

"Eh dah banyak ke awak kumpul cengkerang tu sayang?" tanya Zein sambil mengusap pipi Jane yang comot dengan pasir pantai itu.

"Tak pun.. saya tinggalkan dekat sana tu.. Biar kering sikit" balas Jane sambil menunjuk ke arah tempat tadi dia mengumpul cengkerang.

"Jom makan.. lapar.." rengek Jane.

"Alo Sian Sayang Saya ni...Awak tukar baju then Kita pergi makan yea..." kata Zein sambil mengusap manja kepala Jane.

Jane menganguk tersenyum dan kemudian berlalu masuk ke dalam kemah untuk menukar pakaian.

Mereka berdua kemudian meninggalkan kawasan itu untuk makan tengahari.

Kali ini mereka berdua berjalan kaki menikmati pemandangan alam semulajadi yang dipenuhi bunyi-bunyi burung, ombak, ungas dan banyak lagi semasa menuju ke cafe memandangkan kawasan itu tidak jauh dari cafe.

Setibanya mereka berdua di cafe, Jane dan Zein segera mengambil makanan memandangkan makanan disediakan ala buffet.

Ayam masak merah dan nasi minyak dah macam orang kawin.

Cendol sejuk dan cheese cake Menjadi pilihan mereka berdua.

Rambang mata sekejap. Lapar sangat lah katakan.. Heheh.

Mereka menikmati makanan yang diambil sambil melihat semula gambar2 yang diambil dari pagi tadi.

Dari kejauhan, ada sosok tubuh yang sedang memerhatikan tingkah mereka berdua.

Sesorang yang tidak mahu mereka berdua bersama.

Sesorang yang tidak sedar diri.

Sanggup ye dia ikut Jane dan Zein sehingga ke tempat ini.

Obses yang amat!

Scary!

Hi korang! Sorry lambat update..Hehe.

Baru habis intern. Hope korang still suka novel ni. Stay tuned okay.

Jangan lupa stau happy, healthy and safe okay.

JH_Dreamcreators' thoughts
ตอนถัดไป