Salam guys...
Pada sahabat yang kini ditimpa musibah. Terutama yang dilanda ribut taufan Rai. Aku, ucap takziah. Moga, ujian kalini memberi jalan mudah untuk kita sama-sama muhasabah diri.
Mungkin ada yang terkorban nyawa, terkorban harta benda...minta Allah perlindungan yang zat.
Jujur aku katakan...ujian yang kita lihat, mungkin kelihatan besar. Tetapi, nikmat Allah...tersangatlah besar. Aku yang berada di sini, masih juga terselubung dengan dosa. Moga, aku dan kamu semua juga menjadi orang-orang yang taat pada Allah, dan bersyukur atas RahmatNya yang Maha Luas. Aminn...
Malam macam ini...aku masih belum lelapkan mata. Sebab, ada sesuatu aku nak share sedikit.
Aku tak boleh nak cerita semua yang berlaku. Cuma, aku nak lepaskan sedikit beban amanah yang baru sahaja aku terima.
Aku tak sangka. Beban amanah itu berat rupanya. Bila aku sendiri yang terima. Semacam ada batu besar yang menghempap dada. Berat sangat..
Aku musykil juga. Tapi...iyalah....🧐🧐🧐
Aku selalunya tak ambil berat sangat. Mungkin, ini pertama kali aku rasa ianya aku perlu tunaikan sebagai penerima amanah. Pada orang yang terima amanah, tak kira apa tugasnya. aku memang salute!
Tabik!!!😎😎😎
Okay...itu je. Kalau berjaya aku selesaikan amanah ini dengan baik. Aku dengan semangat jitunya. Aku akan minta izin kawan aku untuk share selanjutnya. Hope sangatlah...aku ingat. Risau juga, kalau kawan aku ada terbaca...
But, it's okay.
Kawan-kawan aku terlalu rajin nak baca sampai tak jumpa page.😌😌😌