Armel Maira, nama sudah cantik, rupa paras pun seperti model terkenal, akhlak? Jika boleh dinilai dengan per 10, jadi nilai akhlaknya hanyalah 4/10. Sikap pentingkan dirinya menyakitkan hati semua. Bagi gadis itu, hidupnya tenang sahaja. Dia suka dengan kehidupan sosialnya sehinggalah pada hari jadinya yang ke-22. Thank you layan saya malam tadi. See you soon, Armel Maira. Mahu luruh jantung gadis itu. Hari yang sepatutnya menjadi hari yang sangat bahagia bertukar menjadi suram. Dia dinoda oleh manusia yang tidak dia kenali. Jangan kata kenal, lihat pun tidak pernah! Siapa yang berani buat benda terkutuk padanya? Dia buntu mencari jejak lelaki tersebut. Ingatkan jika sudah turunnya hujan, akan muncul pelangi yang kembali menyinari hidupnya. Rupanya tidak! Abang kepada teman lelakinya merangkap 'Abang paling disayangi' kembali. Tetapi kembalinya lelaki itu membawa ombak 'malang' pada Armel. "Kenapa ye? Salah ke aku nak jadi diri aku? Aku hidup bukan untuk puaskan hati orang." -Armel Maira- Dalam mencari jawapan kepada semua permasalahan, banyak hati terluka, banyak pengorbanan telah dibuat. Biarlah ombak sebesar tsunami datang menghentamnya berkali-kali, asalkan semua bahagia, for now and forever.