webnovel

Pergaduhan

Seperti yang dijanjikan Jason, dia sudah sampai di hadapan rumah Mei pada pukul 7 pagi. Dengan berpakaian T-shirt Polo putih, jaket hitam dan seluar jeans hitam, dia duduk pada sebuah buaian di halaman rumah Mei sambil menatap telefon pintarnya. Cermin mata hitamnya diletakkan di atas kepala. Kelas mereka akan bermula pada pukul 8.30 pagi.

7.30 pagi.

Mei yang sudah siap dengan berpakaian dress putih susu berlace dan berlengan panjang keluar dari rumahnya. Rambutnya dibun tinggi.

Dia terpandangkan Jason di buaian.

'Lah..dah sampai. Awal betul dia ni'

Bebel Mei yang masih berdiri di hadapan pintu rumahnya.

Jason.

Dia mengalihkan pandangannya ke arah pintu rumah Mei kerana dia merasakan adaa seseorang sedang memandang ke arahnya.

'Mei'

'Cantiknya dia'

Kata-kata yang bermain di fikirannya apabila melihat Mei.

Dia segera bangun dan menuju ke arah Mei apabila Mei memanggil nya.

Matanya masih memandang Mei kagum.

"Hello?" panggil Mei sambil melambai tangannya di hadapan muka Jason yang seakan terpaku memandangnya.

"Ha?Heheh..Jom lah gerak.." kata Jason sambil menarik tangan Mei ke arah keretanya.

Mei mengikuti dari belakang tanpa membantah. Dia sudah terbiasa.

'Jason membukakan pintu kereta buatnya'

"Erk,..awak okay tak ni?" tanya Mei pelik sambil memandang ke arah Jason sebelum dia masuk ke dalam kereta.

'Jason hanya tersenyum memandang Mei dan menyuruh Mei masuk'

'Mei masuk dengan penuh tanda tanya'

'Kenapa dengan dia ni?

'Pagi-pagi dah pelik..Hurm?'

Bebel Mei dalam hati.

"Mei..kita singgah Starbucks kejap boleh?" tanya Jason.

"Coffee? Of course 😊" Mei setuju.

Mereka memerlukan caffeine terutama sekali pada waktu pagi. Kebiasaanya mereka akan beli sahaja air tin coffee di mesin air di luar kelas mereka.

Starbucks 'drive thru'.

Mei memesan Caramel Macchiato (tall) dan Spicy Chicken Pocket. Manakala Jason pula, Caffè Latte tall dan Jumbo Croissant. Usai menerima dan membayar, mereka memandu pergi terus ke Universiti mereka. Kejar masa. Tak lama lagi kelas akan bermula.

Dapat sahaja makanan, Mei mengigit Spicy Chicken Pocket nya sedikit.

Jason menoleh ke arah Mei. Dia tersenyum.

'Dia ni, kalau dapat makan..terus senyap'

'Suka eh, makanan sorang'

"Awak, wah...Tak ajak pula tu." geram Jason.

Mei tersengih serba salah.

"Alah awak kan drive" kata Mei.

Jason diam dan sengaja sentap.

"Seriously? Sejak bila pandai sentap ni?" sindir Mei sambil memandang Jason yang masih diam sambil memandu.

'Senyap'

"Yelah-yelah...Aaa.." Mei menyuakan Jumbo Croissant ke Jason.

Terus tersenyum Jason. Dia mengigit sedikit makanan yang disuap Mei.

Mereka hampir tiba di bagunan kelas mereka.

Jason menghabiskan suapan terakhir Mei.

"Mengada dia ni.." geleng Mei.

Mei menghabiskan makanannya juga.

Mereka akhirnya sampai di bagunan kelas mereka. Turun sahaja dari kereta bersama Coffee Starbucks di tangan mereka, mereka berjalan masuk ke dalam bagunan dan menunggu di hadapan lif.

Jason memandang Mei.

"Mei.." panggil Jason sambil mengisyaratkan jarinya di pipi Mei.

'Comot'

"Hah? Mana?" tanya Mei sambil melihat di dinding pintu lif. Xnampak pula.

Jason menarik tangan Mei.

Badan Mei terdorong dekat ke badan Jason.Hampir saja terlanggar.

'Mata Mei membulat terkejut'

Jason membersihkan pipi Mei yang comot dengan tangannya.

Mei terkaku. Dia membiarkan sahaja perbuatan Jason. Mereka berpandangan sekejap.

Mereka berdua tidak sedar, perbuatan itu tadi dilihat kekasih Mei, Li Sun dengan wajahnya yang bengis.

"Jason!" tengking Li Sun dari belakang.

Mereka berdua terserentak dan segera menoleh melihat siapa.

Mei pucat. Jason serba salah melihat Mei.

Li Sun menghampiri Mei dan menarik tangannya jauh dari Jason.

"Kau.Jauhkan diri dari Mei.Sekali lagi aku nampak,kau siap!" herdik Li Sun.

'Ting' pintu lif terbuka.

Li Sun menarik tangan Mei kasar mengikutinya masuk ke dalam lif.

Mei berkerut sakit.

Dalam lif.

"Awak...Awak jangan salah faham.Saya,Saya dengan Jason tak ada apa-apa hubungan" terang Mei takut-takut sambil memandang muka Li Sun yang bengis itu.

Tangan Mei dilepaskan kasar.

"Kalau tak ada apa-apa, habis tu tadi tu apa? Drama?!" marah Li Sun.

Mei cuba menenangkan Li Sun sambil menggapai tangan nya, namun Li Sun menepis kasar sambil memandangnya dengan bengis. Mei terserentak.

Mereka sampai di tingkat destinasi. Li Sun segera melangkah ke luar dari lif meninggalkan Mei yang masih terkejut.

Mei mengejar Li Sun dari belakang sambil menjerit memanggil nama Li Sun berulang kali. Li Sun sengaja membiarkan Mei begitu.

Mei tiba-tiba tersungkur jatuh semasa mengejar Li Sun. Namun Li Sun tetap berjalan terus mengendahkan Mei yang masih di lantai koridor. Mei menunduk memandang lantai.

Jason memandang Mei dari jauh. Dia ingin mendekati Mei namun dia tak mahu, kerananya keadaan semakin teruk. Dia terus memerhatikan Mei yang menangis. Ramai pelajar yang lalu lalang di koridor memandang ke arahnya. Jason tidak sanggup melihat sahaja, dia menghampiri Mei dan berdiri di hadapan Mei.

Dia mengambil jaket yang dipakainya lalu menutup separuh kepala Mei.

Mei berhenti menangis lalu perlahan-lahan mendongak memandang Jason.

"Bear'ry....🥺" kata Mei perlahan dengan air mata yang masih mengalir.

"Jom.." Jason menghulurkan tangannya mengajak Mei beredar dari tempat itu.

Mei menggapai tangan Jason tanpa teragak-agak.

Jason sampai pada waktu yang sangat tepat. Waktu Mei memerlukannya.

Jason memimpin tangan Mei ke taman di bawah. Sampai sahaja di taman, Jason menyuruh Mei duduk di kerusi yang menghadap sebuah kolam pancuran air sambil menunggunya sebentar. Mei mengalihkan jaket di kepalanya dan memberikannya semula kepada Jason.

Jason mengambilnya semula dan kemudian berlalu pergi.

Mata Mei kembali mengalirkan air mata apabila teringatkan kembali kejadian tadi. Dia tak sangka Li Sun akan memalukannya. Dia cuba menghubungi Li Sun. Tidak berjawab panggilannya. Pesanan ringkasnya juga tidak berbalas. Mei resah.

Tak lama kemudian Jason sampai.

Dia berjalan menghampiri Mei namun langkahnya terhenti apabila melihat Mei kembali sedih.

Dia menghampiri Mei dan memanggilnya.

"Mei.." panggil Jason sambil menyorokkan barang yang dibelinya melalui tempahan online.

Mei segera menyeka air matanya dan memandang Jason.

"Awak pergi mana? Apa yang awak sorokkan tu?" Mei tertanya-tanya sambil cuba mencuri pandang barang itu.

"Jeng2.." kata Jason sambil menayangkan 2 slice kek dan beg plastik yang berisi air. Jason menghulurkannya kepada Mei.

"Woah! Beli dekat mana semua ni?!" kata Mei teruja.

"Rahsia.." kata Jason sambil mengenyitkan matanya ke arah Mei.

Mei tersenyum gembira.

"Lah...satu je garfu dia bagi kita." kata Jason hampa sambil mencari-cari di dalam beg plastik itu. Sebenarnya, Jason sengaja mengatakan yang garfu diberikan itu satu sahaja, padahal awal-awal tadi dia yang membuangnya ke dalam tong sampah.

"It's okay..Kita share je garfu ni.." pujuk Mei sambil memandang kek favoritenya dengan teruja.

"Wah awak..Tak sabar yea bila dah nampak kek favorite depan mata." usik Jason sambil memandang Mei yang tidak sabar itu. Dia tersenyum suka apabila Mei tidak kekok berkongsi garfu dengannya.

Mei memandang Jason sambil tertawa.

Jason lega dapat menghilangkan rasa sedih Mei.

'She smiling"

Mereka menjamah kek itu sambil berborak dan bergelak tawa.

Kek yang dibeli itu telah habis dijamah.

Tiba-tiba.

"Jason!" tengking Li Sun.

Terserentak mereka berdua. Mereka menoleh ke belakang.

"Li Sun.." kata Mei takut-takut.Dia Tak mahu berdepan dengan keadaan Li Sun yang bengis seperti kejadian di dalam bagunan tadi. Mereka berdua berdiri memandang ke arah Li Sun yang kelihatan sangat marah.

Li Sun menghampiri mereka dan tiba-tiba menumbuk Jason.

"Jason!" jerit Mei terkejut apabila melihat Jason ditumbuk Li Sun secara tiba-tiba.

Li Sun menghampiri Jason yang jatuh terduduk dan kembali menumbuk Jason berkali-kali.

'Dush!'

'Argh!' suara Jason mengerang sakit.

Mei cuba meleraikan mereka berdua namun tak terdaya malah Li Sun menolaknya berkali-kali sehinga dia terjatuh.

"Get lost!" herdik Li Sun.

Melihat Mei dilayan begitu, Jason meradang. Dia menendang Li Sun kuat dan membalas pukulan tadi.

"Hormat sikit perempuan!" jerit Jason pada Li Sun yang terbaring kesakitan apabila ditumbuk berkali-kali.

Jason cuba menarik Mei untuk berlalu pergi dari situ apabila melihat Mei ketakutan. Namun pergerakan mereka ditahan Li Sun apabila Li Sun juga menarik sebelah tangan Mei.

Mei memandang mereka berdua silih ganti. Dia serba salah. Antara Li Sun dan Jason. Dia memandang Li Sun lama dan kembali memandang Jason.

Dia membuat keputusan menarik tangannya dari kedua-dua lelaki itu. Dia tidak mahu mereka bergaduh lagi disebabkan dirinya.

"Enough please!" kata Mei. Dia kemudian membuka langkah berlalu pergi. Tak sampai beberapa langkah..

Pada saat Mei menarik tangannya dari genggaman tangan Li Sun, lelaki itu cuba melakukan perkara di luar jangkaan.

Li Sun berdiri dan menjerit namanya.

"Mei! Back here now!" arah Li Sun.

Langkah Mei terhenti. Dia menoleh ke arah Li Sun. Mei terkejut apabila melihat Li Sun memegang sebatang kayu dan menghampiri Jason yang berjalan pergi dari situ.

Mei kaget apabila menyedari Li Sun cuba memukul Jason dengan kayu itu dari belakang Jason.

"Jason!" jerit Mei.

Jason menoleh ke arah Mei yang sedang berlari semakin menghampirinya. Dia memandang Li Sun yang sedang menghayunkan kayu.

Dia segera berlari ke belakang Jason dan menghadang Jason dari dipukul Li Sun dengan kayu itu.

'Pakk!' bunyi kayu patah.

Kayu yang dihayunkan Li Sun itu mengenai belakang kepala Mei.

"Mei!" teriak Jason apabila menyedari Mei dipukul.

Jason menyambut Mei yang perlahan-lahan hilang kesimbangan dan pengsan di pangkuannya.

Jason panik apabila melihat darah banyak yang keluar dari luka kesan pukulan itu. Dia menekup luka itu dengan sapu tangan miliknya.

Li Sun ketawa melihat Mei terjatuh longlai. Dia berasa puas hati. Berjaya menyakiti Mei dengan kedua tangannya sendiri. Dia sengaja mengumpan Mei dengan mencuba mencuri memukul Jason.

Dia kemudian berlalu pergi meninggalkan mereka berdua dengan kayu yang berdarah di hujungnya.

"Mei! Bangun Mei!" Jason berulang kali memanggil-manggil Mei yang semakin lemah itu.

"Don't leave me Mei!" rayu Jason. Dia kemudian mengangkat Mei dan berlari anak ke keretanya. Bajunya sedikit basah dengan darah.

Orang di sekeliling mereka menjerit terkejut apabila melihat ada orang cedera.

Jason mengabaikan mereka. Yang penting Mei selamat. Dia tak sanggup kehilangan Mei lagi.

Usai meletakkan Mei di seat belakang, Jason kemudian memandu keluar dari kawasan university nya dan menuju terus ke hospital berdekatan.

Hospital.

Keretanya diparkirkan di hadapan Emergency dan mengendong keluar Mei menuju ke dalam Emergency Room.

"Doktor! Doktor! " panggil Jason cemas.

Beberapa nurse dan doktor menghampiri mereka berdua dan membantu merawat Mei.

"Tolong selamatkan dia doktor. Please.. Please!" Jason cemas apabila melihat situasi doktor berusaha merawat Mei.

Nurse mengarahkan Jason menunggu di tepi sahaja semasa mereka merawat Mei.

Jason menunggu di tepi.

Dia meraup mukanya. Dia terperasankan bajunya yang sedikit kotor dengan darah Mei. Dia teresak. Dia takut. Takut kehilangan Mei.

Beberapa lama kemudian.

"Encik." panggil doktor yang merawat Mei tadi.

"Yes doktor? Mei? How's she?" tanya Jason cemas..

"Dia okay..cuma dia kehilangan banyak darah. Luka di belakang kepalanya dijahit. Kita tunggu dia sedar barulah Kita jalankan pemeriksaan lanjut. Dia ditahan wad selama beberapa hari untuk pemantauan. Don't worry. " terang doktor itu sambil menepuk bahunya perlahan.

"Thank you doktor, thank you" kata Jason gembira sambil berjabat tangan dengan doktor itu.

Doktor itu berlalu pergi.

Dia menghampiri katil Mei.

Dia sedih melihat Mei terbaring lemah .

"Mei, thank you and I'm sorry" kata Jason perlahan sambil menatap wajah Mei yang pucat.

"Bangun cepat sayang. Please" rayu Jason yang duduk di samping katil pesakit .

Jason setia menemani Mei.

Jason menelefon ahli keluarga Mei Dan memaklumkan kejadian itu.

Beberapa jam kemudian.

"Sayang!" jerit satu suara cemas wanita.

Mama Mei sudah sampai bersama-sama papa dan abang Mei.

Mereka bertiga sangat terkejut melihat keadaan Mei.

Mereka tidak sangka yang Li Sun akan bertindak begitu sekali.

Reda kerisauan mereka.

Mama Mei menghampiri Jason dan memeluknya erat.

"Mesti kami terkejut sangat kan?" kata mama Mei sambil menepuk perlahan belakangnya.

Jason teresak-esak.

Mereka bertiga menghampiri Jason dan memujuknya.

Reda sahaja tangisannya dia berlalu ke bilik air untuk menukar pakaiannya yang kotor dengan darah Mei itu.

Nasib baik dia sempat memesan kepada mama Mei supaya membawa sehelai pakaian buatnya.

Waktu berlalu tetapi Mei masih belum sedar. Doktor yang datang memeriksa Mei mengatakan itu perkara biasa dan meminta supaya mereka bersabar.

Mereka berempat menunggu Mei dengan sabar seharian namun Mei masih begitu.

Doktor mengatakan mungkin disebabkan Mei kehilangan banyak darah, Mei mengambil masa untuk sedar.

Jason menyuruh keluarga Mei pulang berehat. Biar dia sahaja yang menjaga Mei.

Mereka bersetuju memandangkan mama dan papa Mei keletihan.

ตอนถัดไป