webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · วัยรุ่น
เรตติ้งไม่พอ
78 Chs

Bab 5 : Miss Actor On Set

Bersepah-sepah pelajar dari UNIVERISITI GRAND VALLEY mengisi setiap laman dan ruang yang ada di kawasan berprestij itu. Masing-masing menuju ke destinasi tersendiri memandangkan waktu kuliah sudahpun tamat.

Dah waktu pun hendak masuk senja. Ada yang berbasikal, ada yang duduk melepak menghadap tasik, ada juga yang berlari berkejaran sambil ketawa. Ada juga yang jalan bersahaja sambil berbual dengan rakan di sisi.

Tidak jauh di deretan pokok yang tersusun satu baris sepanjang laluan pejalan kaki tepi tasik buatan itu, kelihatan dua orang sedang duduk di atas palang besi sambil memakan aiskrim. Memerhati orang yang lalu lalang di situ dengan mata helang mereka.

"Mana satu?"soal Sarah.

"Yang baju oren?"jawab Zara.

"Nope to short..."geleng Sarah sambil membuat muka tidak suka.

Mata Zara bergerak memandang ke arah kirinya dimana tiga orang pelajar lelaki berpakaian casual ala-ala kpop. Jaket varsity di balik t-shirt, skinny jean hitam dan kasut highcut berjalan menghampiri laluan mereka.

"Jam 9"aju Zara.

Sarah yang dengar berpaling, dia jengah kepala untuk lihat tiga orang lelaki yang tidak jauh dari tempat mereka sedang duduk.

"Call!"Sarah serahkan kon aiskrimnya pada Zara lalu melompat turun dari palang itu lalu membetulkan pakaiannya. Dengan menggunakan ilmu pengetahuan sebagai pelajar cemerlang Fakulti Persembahan dan Lakonan, Sarah memulakan aksinya.

Zara yang lihat menjilat aiskrim sambil memandang minat ke arah Sarah yang berpura-pura jalan sambil memandang skrin telefon lalu dibawa ke telinga. Dan tidak semena dia bercakap dengan lantang.

"Apa?Seriuslah...habis tu macam mana dengan pass yang aku dapat ni?""soal Sarah dengan muka terkejut saat berhenti betul-betul di depan laluan tiga orang lelaki tadi."Takkanlah aku nak pergi sendiri ke Kelab Burning Sun ni?"soal Sarah sambil menekankan nama kelab.

Seperti yang diduga tiga lelaki itu berhenti berjalan. Mereka masing-masing mula menghantar isyarat sesama mereka sebelum kembali memandang Sarah.

"Fine...kalau macam tu aku suruh dia orang cancel kan jer lah..."rajuk Sarah sambil berdiri menghadap tiga lelaki itu dan memutuskan panggilan. Dengan muka sedih dia angkat muka dan memandang tiga lelaki di depannya.

"Kami boleh temankan awak kalau nak..."ajak lelaki pertama.

Zara yang dengar menarik sengih meleret ke tepi.

"Serius?"soal Sarah dengan muka pura-pura terkejut.

"Yalah...rugi pulak kalau nak batalkan pass tu kan...Burning Sun kot...bukan senang nak dapat masuk ke kelab eklusif macam tu.."ujar lelaki kedua.

Sarah jalan mendekati mereka lalu menyerahkan telefonnya pada mereka. "

"Kalau macam berikan saya nombor telefon awak...saya akan hantarkan awak masa nanti." aju Sarah.

Seperti kanak-kanak diserahkan gula-gula kapas, lelaki ketiga capai telefon Sarah dan mendail nombornya di skrin telefon. Setelah selesai, Sarah mengambil telefonnya semula lalu melambai riang ke arah mereka. Bersama senyuman lebar, tiga lelaki itu melambai semula ke arah Sarah dan beredar dari situ.