webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · วัยรุ่น
เรตติ้งไม่พอ
78 Chs

Bab 13 : Senior Daniel?

"Kamu sure tak nak saya hantar...dah lewat malam ni..."soal Emily semasa mengunci pintu kafe sewaktu Zara berdiri di sisi menemaninya.

Zara menggeleng kepala sambil tersenyum."Ya..saya boleh jalan balik sendiri. Lagipun bukannya jauh mana pun."tolaknya dengan baik.

Emily jalan mendekati kereta sambil diikuti Zara di sisi.

"Risau saya kalau kamu lewat balik malam macam ni sendirian..."ujar Emily.

Zara yang dengar tersenyum. Emily ni risaunya mengalahkan Sarah. Disebabkan dia telah bekerja lama di restoran itu sejak umur 16 tahun lagi, Emily sudah dianggap sebagai kakaknya sendiri. Bukan sahaja baik, malah lemah lembut orangnya. Seorang bos yang paling Zara sukai dalam dunia ni.

"Jangan risau...saya ada otot-otot ni."gurau Zara sambil mengangkat tangan kanan dan tunjukkan otot bicep imaginasinya.

Emily menampar lembut lengan Zara dengan senyuman kecil.

"Ada-ada saja la kamu ni..."gelengnya. "Ya sudah kalau kamu tak mahu. Hati-hati masa balik nanti."Emily memeluk kejap badan Zara lalu berpisah. "Esok macam biasa. Habis sahaja kelas terus ke kedai ya..."pesannya sambil membuka pintu kereta.

Zara mengundur sedikit kebelakang menjauh dari kereta itu saat memerhati Emily masuk ke dalam kereta dan menutup pintu kereta lalu menurunkan cermin kereta untuk memandangnya.

"Dengar tak tu?"

"Ya...tahu."balasnya sejurus itu.

Emily memberi senyuman nipis sebelum mula memandu kereta pergi dari situ. Meninggalkan Zara yang melambai di tepi jalan memerhati kereta itu menjauh.

Setelah bayang kereta Emily menjauh, Zara berpaling dari situ. Dia mula jalan melintasi deretan kedai dan premis yang sudahpun gelap dan tutup memandangkan jam sudahpun masuk 12 malam dengan senyap.

Perjalanan untuk balik dari kafe ke hostel tidaklah ambil masa yang lama hanya 20 minit sahaja kalau berjalan kaki. Zara jalan sendirian melalui laluan pejalan kaki sambil ditemani lampu jalan. Dari pohon ke pohon di lintas malam itu tanpa menunjukkan sebarang reaksi resah atau takut.

Setiba dia di perkarangan hostel, Zara ternampak sesuatu berlaku tidak jauh dari tempat dia sedang berjalan.

Tiga orang lelaki sedang menyepak tendang sesuatu atau seseorang di bawah lampu jalan hujung laluan pejalan kaki itu. Menyedari orang itu dalam masalah Zara terus berlari ke arah orang itu.

"Hoi!"panggil Zara dengan lantang.

Mengejutkan tiga orang tadi yang mana terus melarikan diri dari situ setelah mengutip sesuatu di atas jalan dan mencampaknya semula ke arah orang yang sedang terbaring itu.

Risau sekiranya sesuatu menimpa orang itu, Zara terus melutut mendapatkan orang itu.

"Uhuk!Uhuk!"batuk orang itu sambil melingkar memegang dada.

Zara memegang bahu orang itu sebelum menahan nafas terkejut.

"Senior Daniel?"soal Zara dengan kening berkerut. "Apa yang dah berlaku?"bisiknya sambil membantu lelaki itu bangun dari situ.

Daniel terkapai-kapai seperti mencari sesuatu. Zara yang perasan nampak apa yang dicari oleh lelaki itu terus mencapai cermin mata yang sudah pecah cerminnya lalu dipakaikan untuk lelaki itu.

"Terima kasih.."ucap Daniel sebelum berdesis kesakitan memegang tepi bibir.

Dengan kening berkerut kening kerisauan, Zara pegang Daniel. Tak faham apa yang berlaku.