webnovel

Dibuli, Aku Sangat Benci!

        Kringg.. Kedengaran loceng waktu rehat telah berbunyi. Ramai murid berpusu-pusu menuju ke kantin. "Hoi! kau sini jap.", Farah memangil seorang murid yang sering menjadi mangsa bulinya, iaitu Dayana. Dengan langkah yang lemah, dia menuju pada si pemanggil. Kepalanya ditundukkan ke lantai, pandangannya tepat pada hujung kasutnya.

        "Aku nak duit. Kau ada duit tak?".Dayana menggelengkan kepala. "Kau jangan tipu aku!", terus ditariknya tudung Dayana sehingga anak rambutnya kelihatan. Kedengaran suara kecil menangis teresak-esak saat tudungnya ditarik. Beberapa saat kemudian, dia bersuara, "Aku tak ada duit. Tolong la jangan buli aku lagi".  Bersama tangisan, Dayana kuatkan hati untuk bersuara. Semakin kuat genggaman Farah, semakin kuat esakan si mangsa.

        "Farahhh!", jeritan lantang mengejutkan Farah. Tudung dalam genggamannya dilepaskan lantas bergegas lari menyelamatkan diri. "Dayana okay?". Tiada kata yang mampu diungkapkan, hanya deraian air mata yang berbicara untuknya. Dayana hanya menganggukkan kepala. Maka, Dayana dan Cikgu Salma saling berpelukan untuk menenangkan ketakutan didalam hati Dayana.

        "Assalamualaikum, maaf mengganggu. Boleh saya bercakap dengan ibu atau bapa Farah Syafirah?",  sejurus selepas kejadian, Cikgu Salma mendail nombor penjaga Farah dengan harapan mereka dapat berikan kerjasama untuk menyelesaikan masalah ini."Waalaikumussalam, ya saya. Saya ibu Farah. Kenapa dengan Farah?", kedengaran suara Puan Farisah yang cemas langsung menjawab panggilan itu.

        "Kamu jangan nak malukan Mama depan cikgu-cikgu kat sekolah kamu tu! Mama tak ajar tau kamu biadap, buli kawan-kawan kat sekolah.", tempelak Puan Farisah dengan hati yang sangat marah dan geram. Dia tidak pernah mengajar dan mendidik anaknya untuk menjadi sedemikian rupa.

        Kesal dah kecewa bukan kepalang. 'Adakah ini semua hasil curahan kasih sayang yang tidak mencukupi dariku? Apakah yang kurang disaat mendidik anakku?', Hati Puan Farisah berbolak-balik memikirkan anaknya yang sedang memberontak itu. Kereta dipandunya ditingkatkan keljuan agar segera sampai ke rumah.

        Farah yang berada ditempat duduk penumpang bersebelahan Mamanya diam membisu. Dia memikirkan cara untuk meloloskan diri disaat Papanya pulang dan memarahinya. 'Ahh! Mama mesti report kat Papa. Papa mesti mengamuk teruk ni', desis hatinya yang dilanda kerisauan.

        Sekian lama masing-masing mendiamkan diri, akhirnya Farah bersuara, "Mama, balik nanti Farah terus pergi rumah Nadia. Ada kerja berkumpulan...", belum sempat menghabiskan kata-katanya, Puan Farisah terus membidas idea anaknya untuk mengelak dari bertembung dengan Papanya. "Kamu jangan nak bagi alasan! Mama tak akan benarkan kamu keluar hari ni!"

Farah mendengus tanda tidak berpuas hati dengan Mamanya. 'Ahh Mama ni langsung tak bagi chance kat aku', sambil tangannya disilangkan memeluk diri.

"Dee, Dee okay tak? Ibu risau, kalau ada orang buli anak Ibu". Wah! Sangat sarkastik! Dayana hanya mendiamkan diri di saat Ibunya acah-acah mempedulikan tentang dia. Selepas kehilangan bapa tersayang, Dayana bagaikan kehilangan tunjang utama hidupnya. 'Maafkan Dee sebab tak dapat nak balas budi Ayah', itu sahaja yang terucap dihati saat Dayana rindukan bapanya.

Kehilangan bapa diumur yang sangat muda membuatkan Dayana kekurangan kasih sayang dari seorang bapa. Walaupun Dayana seorang anak tunggal, namun secebis kasih dari seorang ibu tidak pernah dirasa. Setahun selepas kematian suaminya, Puan Haslin terus menikahi bekas teman lelakinya dan kini menjadi bapa tiri Dayana.

Sepanjang perjalanan pulang dari sekolah, Dayana membisu seolah-olah batu berat sedang membebani bibirnya. Memandangkan hubungan Dayana dan ibunya renggang, Puan Haslin juga turut membisu. Kereta yang dipandu Puan Haslin tiba diperkarangan rumah. Dayana melangkah masuk ke dalam rumah tanpa sebarang kata. Encik Harris yang ralit membaca surat khabar diluar rumah juga tidak diendahkan.

"Mama... Adik lapar.", Elisa yang berumur 8 tahun itu merengek manja disaat terlihat ibunya keluar dari kereta. "Sekejap ya, adik. Nanti Mama suap adik ya?", pujuk si ibu dengan nada yang manja. Dayana mencebik tanda menyampah dengan adegan itu dan terus berlalu pergi.

Usai solat, seperti biasa Dayana akan turun ke dapur untuk memasak juadah untuknya. Walaupun ibunya mempelawa untuk makan semeja, bermati-matian Dayana menolak pelawaan itu. Baginya, Dayana seolah-olah tiada keluarga lagi selepas perkahwinan ibunya setelah kematian ayahnya.

Terdapat satu bilik yang mengandungi penuh dengan buku seolah-olah perpustakaan mini di rumah Dayana. Dayana seorang pencinta buku, begitu juga arwah ayahnya. Sejak kematian ayahnya, Dayana jarang sekali menelaah buku-buku di bilik itu. Luka di hatinya bagai berdarah kembali saat terimbas semula tragedi yang menimpa ayahnya.

Akan tetapi, hatinya terdetik untuk meluangkan sedikit masanya di bilik itu. Dibelek satu persatu buku yang tersusun rapi. Dayana cuba melompat berkali-kali untuk mnedapatkan salah satu buku di rak paling atas. Sehingga cubaan kali ketiga, sebuah kotak berukuran sederhana jatuh menimpa kepala Dayana dan mengaduh kesakitan sambil menggosok kepalanya. Kotak itu kelihatan sangat lama dan berhabuk.

Tangannya sedikit demi sedikit menyelak penutup kotak tersebut. Apa yang mengejutkan, terdapat beberapa kepingan gambar milik ayahnya dan beberapa utas surat yang tersimpan rapi bersama sampulnya. Baru sahaja tangannya ingin mencapai sekeping surat, pintu bilik itu dikuak.

Puan Haslin menjenguk ke dalam bilik itu, "Dee, kat sini rupanya kamu. Penat ibu cari tak jumpa-jumpa", ujar Puan Haslin. Lantas, tangan Dayana lincah menyimpan semula kotak tersebut agar tidak diketahui oleh ibunya. "Ohh…". Dengan berat hati, Dayana bangun dan terus meninggalkan bilik itu. Banyak soalan yang masih berlegar-legar di kotak fikiran Dayana. 'Apa sebenarnya yang kat dalam kotak tu?, 'Kenapa gambar arwah ayah pun ada kat situ juga?'.