webnovel

Back To Febuary

Tia yang kehilangan seseorang secara tiba-tiba. Tanpa kata tanpa ucap. Membuatkan Tia tertanya-tanya. Kemana dia pergi? Beberapa tahun berlalu. Akhirnya dia muncul kembali dengan perwatakan yang agak berbeza. Tia mula berasa hairan dengan sikapnya. Dia berusaha untuk mendekatinya semula. Tapi sikap barunya yang pura-pura bersahaja membuatkan Tia tiada harapan. Seolah-olah perkara yang lepas tak pernah berlaku antara mereka. Mereka yang berubah sikap dengan sebab yang tertentu. semuanya berlaku hanya di bulan febuari. Bolehkah kita kembali ke febuari yang lalu?

scvrlet · วัยรุ่น
Not enough ratings
60 Chs

Bab 60

Hari ini adalah hari pertama Tia bekerja sebagai pelayan di sebuah cafe. Agak sedikit gemuruh untuk melangkah ke alam dewasa. Apa rasa bila bekerja sendiri? Cari duit sendiri? Siang malam bekerja, balik rumah sekadar berehat sahaja.

Tia menghembus nafas panjang. Kakinya melangkah memasuki ruangan cafe. Dari jauh Tia sudah nampak kelibat pengurus cafe sedang berbual dengan seorang lelaki berbaju hitam. Tia hanya menunggu di satu sudut. Tidak mahu mencelah, hanya memerhati dari jauh sahaja.

"Hai!" Sapa seseorang. Tia terkejut.

"Hai." Balas Tia.

"Dah ready nak kerje?" Tia hanya mengangguk.

"Tapi hari ni saye tak dapat nak teman awak lah." Kata Sham lagi.

"Oh yeke. Kenape?"

"Boss suruh kitorang incharge cafe lagi satu dekat penang."

"Penang? Jauhnye." Tia terkejut.

"Alang-alang teman si Iman bercuti sekali."

"Iman?" Sham memuncungkan mulutnya ke lelaki yang sedang berbual dengan pengurus.

"Ooh..." Baru Tia teringat, mungkin Iman ini yang dalam panggilan semalam. Tia hanya memandang susuk tubuh Iman yang membelakangi mereka. Mesti dia tengah pura-pura kuat.

"Tia?" Panggil Sham.

"Ha? Ye?"

"Awak ok tak?" Tanya Sham bila melihat Tia termenung seketika.

"Ok." Jawab Tia bersahaja.

"Awak boleh simpan beg awak dalam kabinet ni." Beritahu Sham tempat menyimpan barang. Dari tadi Tia terbau minyak wangi yang cukup dia kenal. Hatinya mula berdegup dengan laju. Zafril?

"Awak tunggu jelah sini. Nanti boss panggil la tu." Tia hanya mengangguk.

Tia mula memicit jari-jarinya bagi menghilangkan rasa panik. Dia pernah mengalami panic attack sebelum ini, jadi dia cuba kawal pernafasan dan cuba untuk tidak berfikir ke arah negatif.

"Sham!" Panggil suara seseorang. Suaranya seakan pernah dengar. Tia masih cuba tenangkan diri tanpa memandang ke arah mereka. Sebaik mungkin dia cuba untuk sembunyikan rasa gelisah tersebut.

"Jomlah kita nak gerak dah." Kata lelaki tersebut.

"Haa ok-ok. Bye Tia." Sham melambai. Tia hanya membalas dengan senyuman. Tetapi senyumannya terkedu bila melihat lelaki berbaju hitam tadi seakan-akan Zafril. Tia terus memalingkan mukannya. Hatinya mula gelisah, degupan jantung semakin laju. Perasaannya kini bercampur baur, apa benar itu adalah Zafril? Tapi kenapa dia dekat sini? Sehabis mungkin aku cuba jauhkan diri dari dia. Sehabis mungkin aku campakkan hati dan perasaan sejauh yahg mungkin. Tapi bila terlihat kelibat Zafril, hati aku sedikit terusik. Fikiran mula terganggu. Ya Allah Ya tuhan ku, kau jauhkanlah perasaan sebegini.

"Tia?" Panggil pengurus tadi. Tia terkejut seketika.

"Awak ok?" Tanya pengurus lqgi.

"Ok." Dengan pantas Tia menjawab.

"Kalau macam tu jom kite duduk sekejap. I nak you hafal menu."

"Sure." Tia berjalan perlahan menghampiri meja yang telah di sediakan buku menu cafe tersebut.

"Er-bos." Panggil Tia.

"Ye?"

"Baju hitam tadi siape?" Tanya Tia.

"Hitam tadi?" Dia mula berfikir-fikir.

"Yang cakap dengan bos tadi."

"Oh Iman... Dia barista sini. Tapi sekalang I da suruh die handle cafe baru dekat Penang sane. You kenal ke?" Beritahu pengurus tersebut.

"Tak lah, die nampak familiar." Kata Tia sambil buka menu tersebut.

"Kesian tau die, ayah die baru saje passed away."

"Sakit ke?" Tanya Tia lagi.

"Aah sakit."

Tia termenung seketika. Tak mungkin itu Zafril. Takkan lah ayah Zafril meninggal. Kalau betul meninggal mesti dia da bagitahu. Sekali lagi fikirannya mula terganggu. Walaupun dia sudah pun bernekad ingin melupakan Zafril. Tapi hakikatnya Tia tidak boleh melupakan Zafril.

Hi guys! thanks sebab masih setia membaca cerita ni, walaupun tak aktif seperti dulu. Tapi saya akan cuba cari waktu untuk update next chapter. Maaf ats segala kesulitan. Love from me and Hug!

scvrletcreators' thoughts