webnovel

Back To Febuary

Tia yang kehilangan seseorang secara tiba-tiba. Tanpa kata tanpa ucap. Membuatkan Tia tertanya-tanya. Kemana dia pergi? Beberapa tahun berlalu. Akhirnya dia muncul kembali dengan perwatakan yang agak berbeza. Tia mula berasa hairan dengan sikapnya. Dia berusaha untuk mendekatinya semula. Tapi sikap barunya yang pura-pura bersahaja membuatkan Tia tiada harapan. Seolah-olah perkara yang lepas tak pernah berlaku antara mereka. Mereka yang berubah sikap dengan sebab yang tertentu. semuanya berlaku hanya di bulan febuari. Bolehkah kita kembali ke febuari yang lalu?

scvrlet · วัยรุ่น
Not enough ratings
60 Chs

Bab 55

Zafril berdiri di tengah hujan. Tia terus berlalu masuk ke dalam tanpa menghiraukan kehadiran Zafril.

"Tia!" Jerit Zafril. Langkah Tia terhenti.

"Balik." Kata Tia dengan ringkas. Sikit pun Tia tidak membuka ruang untuk Zafril membetulkan keadaan.

"Please Tia, dengar dulu ape yang aku nak cakap." Rayu Zafril.

"Dah tak de ape lagi yang aku boleh dengar, lagi-lagi dari mulot orang yang macam kau." Zafril terdiam. Beberapa saat mereka terdiam, hanya titisan hujan yang kedengaran.

"Kenape Tia? Dah tak de ruang ke aku dalam hati kau?" Tia menoleh ke arah Zafril. Senyuman Tia membuatkan Zafril keliru.

"Kau rasa?"

"Aku cuma nak betolkan keadaan..." Tia tergelak kecil.

"Nak betolkan? Kau sedar tak mak dengan ayah aku dah mati... dah takde ape lagi yang nak di betolkan."

"Tia, Mak dengan ayah kau pergi sebab dah memang ajal diorang Tia. Semuenya dah di tentukan... siape kite nak melawan takdir?" Zafril cuba tenangkan Tia.

"Kalau macam tu, keadaan kite sekarang ni pon dah di tentukan. Kau kena terime yang kite sememangnya da takde jodoh." Tia terus melangkah masuk le dalam. pintu di tutup perlahan sementara mulut Tia sempat mengucapkan kata selamat tinggal Zafril.

Zafril sedih bila perluang yang dia inginkan kini hilang. Hati Tia umpama tenggelam di dasar yang amat dalam tanpa mengharapkan pertolongan, hanya di biarkan hatinya tenggelam. Zafril berhenti seketika di taman tempat di mana mereka bertemu. Hujan semakin lebat membuatkan Zafril semakin tak menentu. Betullah orang cakap cinta sememangnya indah tapi di sebabkan cinta jugalah ada yang terluka.

Susahnya nak di ungkapkan dengan kata bila kau berselubung rasa bersalah di tambah pula dengan kesakitan dan kekecewaan.

'Hujan,

Mendungnya langit,

Bunyinya guruh,

Lalu turunnya kau membasahi bumi.

Berdirinya aku di tengah lapang,

Merasakan kehadiran kau datang.

Saat aku menangis,

Kau hadir sembunyikan wajah,

Tanpa ragu kau lebatkan keadaan.

Aku menjerit sekuat hati,

Untuk melepaskan peritnya hati,

Lalu kau bunyikan guruh,

sembunyikan jeritan ku.

Hujan,

Mendungnya langit,

Menggambarkan hati aku,

Terlampau gelap tiada cahaya,

Tapi hujan jugalah lambang pertemuan kita.'

Zafril hanya termenung di bawah pondok. Fikirannya melayang entah ke mana. Pondok ini menyimpan 1001 kenangan. Zafril tundukkan kepala.

***

Tia berjalan sambil memegang dua aiskrim, matanya mula mencari kelibat Zafril. Dia harus cepat semnentara aiskrim masih belum cair.

"Adurh! Mane pulak la die ni pergi? Kang ade aku makan aiskrim ni." Bebel Tia. Mereka buat satu cabaran, di mana cabaran tersebut bawa apa sahaja yang mereka jumpa untuk di tukar sebagai hadiah. Memandangkan mereka berada di taman,Tia tak dapat nak fikir banyak selain pak cik yang jual aikrim di kawasan berhampiran.

Zafril masih lagi mencari ape yang nak di beri pada Tia. Dia terfikir sekuntum bunga yang sesuai sebagai hadiah. Tapi di sebabkan mereka di taman, tak banyak bunga yang sesuai untuk di petik.

"Pupus ke bunga dekat sini? Semuanya da layu." Zafril kebingungan hampir semua bunga yang dia jumpa sudah pun layu. Zafril berjalan hampir ke kawasan tasik. Baru dia teringat, Tia pernah cakap dekat tasik ada bunga teratai. Zafril cuba nasib, harap-harap adalah.

Tia duduk di bangku pondok sambil makan aiskrim. Disebabkan Zafril lama sangat aiskrim yang dia bawa sudah pun di makannya.

"Hai." Tegur Zafril. Tia menjeling.

"Lame ke?" Tanya Zafril dengan muka tak bersalah.

"Kau sesat ke Zafril?" Perli Tia. Zafril hanya tersenyum.

"Dah la nak balik." Tia merajuk. Dia geram sebab aiskrim yang dia ingin hadiahkan sudah pun cair. Zafril menarik lengan baju Tia. Langkah Tia mati seketika. Sebaik sahaja Tia memusingkan badannya, Zafril keluarkan bunga teratai yang di sembunyikam di belakang badannya. Tia tergamam seketika.

"Tera... tai." Tia mula terharu, sebersalah pula bila dia termarah Zafril.

"Kau nangis ke?" Tanya Zafril. Tia memalingkan muka, laju tangannya menyeka air mata. Tia memandang semula pada bunga teratai tersebut, dia tersenyum. Sebaik sahaja Tia ingin mengambilnya. Dahi Tia di jentik oleh Zafril.

"Kau ni!" Jerit Tia. Zafril tergelak kecil.

"Aku bukan pergi mana-mana pun, tak yah lah nangis." Tak tahu kenapa, kata-kata Zafril buatkan jantung Tia berdegup laju. Tia tersenyum.

***

"Susah sangat ke nak maafkan aku Tia?" Tiba-tiba telefon Zafril berbunyi. Tertera nama Bik Mina di skrin telefonnya. Zafril menyeka air mana lalu mengangkat.

"Hello bik, boleh call kejap lagi tak?" Arah Zafril.

"Hallo iman. Aduhh ini man.." Suara Bik mina sedikit cemas.

"Kenapa Bik?"

"Tuan.. dia... dia..." Zafril terkejut, lalu bergegas ke rumah.