Sudah pukul 1.30 petang. Zafril dan Sham keluar dari cafe untuk berehat. Mereka berjalan menuju ke surau terlebih dahulu sebelum membeli makanan.
Sesudah itu, mereka menuju ke food court yang ada di pasaraya tersebut. Orang mula ramai memandangkan hari ni adalah hujung minggu. Jadi mereka hanya membeli makanan yang senang untuk di makan di kaki lima.
"Kau serious ke kau tak kenal budak perempuan tu tadi?" Tanya Sham. Zafril menghela nafas perlahan. Dia malas nak jawab soalan yang berkaitan dengan Tasya.
"Entahlah." Jawab Zafril perlahan.
"Die ex kau ke?" Keinginan Sham untuk lebih tahu semakin membuak-buak.
"Bukanlah."
"Habis tu?" Tanya Sham lagi. Zafril jadi semakin menyirap dengan kawannya.
"Tu kawan Tia... Aku tak pernah rapat pon dengan die." Jelas Zafril.
"Oh... dah tu kenape tibe-tibe die nak bagi nombor die dekat kau?" Tanya Sham lagi.
"Manelah aku tahu..."
"Semue tak tahulah kau ni." Bebel Sham.
Mereka menuju ke bangku yang berada di luar pasaraya. Ia berdekatan dengan tempat letak kereta. Memang di situ menjadi tempat biasa untuk mereka berehat ataupun hisap rokok.
"Kalau die kawan Tia, kenape kau tak rapat dengan die?"
"Kenape aku nak kena rapat dengan die pulak?" Tanya Zafril semula.
"Yelah, mane tahu kau boleh tanye die pasal Tia ke?" Cadang Sham.
"Malas la aku."
"Eh, nak seribu daya tau..." Pesan Sham.
Zafril malas hendak mendengar cadangan yang mengarut tu. Dia dapat rasakan yang Tasya mempunyai niat yang tidak baik.
"Hai." Seseorang menyapa. Sham melihat perempuan yang sama di cafe tadi, kini berada di hadapan mereka berdua. Zafril mengeluh perlahan.
"Boleh saye join?" Tanya Tasya. Zafril hanya membisukan diri manakala Sham hanya tersenyum melihat kecomelan Tasya.
"Awak yang amik order tadikan?" Tasya ajukan soalan pada Sham.
"Aah." Sham meng-iyakan.
"Saya Tasya. Kawan Zafril." Zafril tersenyum sinis.
"Sejak bila pulak kita kawan?" Zafril bangun dari tempat duduk ingin beredar dari situ.
"Eh, nak ke mane tu?" Sham terkejut bila Zafril tiba-tiba sahaja ingin pergi.
"Nak masoklah." Zafril cukup tidak selesa dengan Tasya. Kedatangan Tasya buatkan hati Zafril betul-betul meluat. Dia seolah-olah cuma berpura.
Tasya mula sakit hati dengan layanan Zafril terhadap diri dia. Tasya jadi buntu, macam mana nak dapatkan perhatian dari Zafril? Macam mana cara untuk dia jadi lebih rapat dengan Zafril? Tasya mula gelisah dan dia mula menggigit kuku.
"Zafril?" Panggil Tasya. Kaki Zafril terhenti seketika.
"Boleh kite borak sekejap?"
"Pergilah kejap man. Kesian pulak aku tengok die." Sham mula simpati dengan Tasya. Dengan terpaksa, Zafril kembali berjalan semula ke arah Tasya lalu duduk di bangku tadi.
"Cepatlah cakap." Kata Zafril. Tasya melabuhkan punggungnya di bersebelahan dengan Zafril.
"Awak dah boleh lupekan Tia?" Zafril tergelak kecil. Soalan yang di tanya oleh Tasya sudah dapat di agak dalam fikirannya.
"Kenape tanye?" Tasya mula menundukkan mukanya. Jari jemarinya mula berpaut antara satu sama lain.
"Saye paham kalau awak still tak boleh lupekan Tia..." Zafril hanya mendengar apa yang cuba di sampaikan oleh Tasya.
"Tapi boleh tak... kalau awak buke ruang untuk terime orang lain dalam hati awak Zafril?"
"Ape maksud kau sebenarnye ni?"
"Terime saye sebagai pengganti Tia." Kata-kata Tasya buatkan Zafril betul-betul kecewa dengan sikapnya Tasya yang sekarang.
"Kau tak rase ke yang kau ni sebenarnye dah khianat kawan kau sendiri?" Tanya Zafril. Tasya mula ketawa.
"Kawan? Kawan macam ape die tu? Die tak pernah pikirkan perasaan seorang kawan... Yang cume ade dalam kepale otak die cume Zafril! Zafril! Zafril!" Zafril terkejut.
Creation is hard, cheer me up! VOTE for me!
Have some idea about my story? Comment it and let me know.