webnovel

Back To Febuary

Tia yang kehilangan seseorang secara tiba-tiba. Tanpa kata tanpa ucap. Membuatkan Tia tertanya-tanya. Kemana dia pergi? Beberapa tahun berlalu. Akhirnya dia muncul kembali dengan perwatakan yang agak berbeza. Tia mula berasa hairan dengan sikapnya. Dia berusaha untuk mendekatinya semula. Tapi sikap barunya yang pura-pura bersahaja membuatkan Tia tiada harapan. Seolah-olah perkara yang lepas tak pernah berlaku antara mereka. Mereka yang berubah sikap dengan sebab yang tertentu. semuanya berlaku hanya di bulan febuari. Bolehkah kita kembali ke febuari yang lalu?

scvrlet · วัยรุ่น
Not enough ratings
60 Chs

Adakah dia?

23 Febuari 2008.

Jam menujukkan pukul 11:00 am. Aku menunggu di sebuah pondok yang terletak di taman. Beberapa minit sudah berjalan. Bayangnya masih lagi tidak kelihatan.

01:00 pm.

Apa dia lupa? Dua jam aku menunggu. Tapi masih lagi tak muncul. Dengan berat hati. Aku melangkah kaki untuk pulang.

Barangkali ada urusan agaknya.

***

26 Febuari 2008.

Hari ni aku fikir dia datang sekolah. Tapi bayangnya masih tak nampak. Semalam pun sama. Dia sakit ke?

Berjalan menuju ke perpustakaan. Kelihatan kelasnya baru sahaja selesai pembelajaran di situ.

"Amir. Nanti bagikan buku ni pada Zafril." Cikgu Adlin menghulurkan sebuah buku padanya.

"Maaf Cikgu. Zafril dah pindah. Guru kelas kami maklumkan pagi tadi." Beritahu Amir. Cikgu hanya mengangguk faham.

Pindah? Tapi kenapa? Secepat itu dia pergi. Hanya di bulan Febuari saja aku mengenali kau. Tapi penghujung Febuari, pengenalan kita sudah pun berakhir.

Mengeluh.

***

4 Febuari 2010.

Bayang dia masih segar di ingatan walaupun sudah dua tahun yang lalu. Bau dia yang manis. Senyuman dia. Masa dia sembunyikan muka dia yang malu. Aku masih ingat. Mungkin sampai bila-bila hanya dia yang aku rindu.

"Hai Tia." Aku mengangkat tangan menjawap teguran dia. Itu Fatihah. Kawan perempuan aku. Ye, dia perempuan. Bukan lelaki.

Sekarang aku cuba beranikan diri untuk berkawan. Aku sering di pulau sebab di anggap pura-pura lemah lembut di depan pelajar lelaki. Jadi kalau itu yang diorang fikir. Aku akan keluarkan sifat kasar aku yang sebenar. Aku cuba keluar dari kepompong pendiam. Demi mendapatkan kawan.

Fatiha bercerita mengenai lawak. Aku? Ketawa sekuat hati. Sampaikan satu kelas aku dengar.

"Kau ni ketawa kuat sangatlah Tia." Tegur Dian. Aku menekup mulut. Mungkin over sangat aku ni.

"Baguslah. Sekurang-kurangnya dia tak berpura. Tak macam tu." Mulut Fatiha di tuju ke arah Tasya. Pelajar baru tahun ni.

Dia cantik, berlemah lembut dan pendiam. Membuatkan semua pelajar lelaki sukakannya dan membuatkan berpuluh pelajar perempuan meluat dengannya. Aku simpati dengan dia. Di pulau di sebabkan anggapan orang lain. Padahal bukan niatnya sebegitu.

Teringin nak tegur mereka yang suka burukkan Tasya. Tapi mungkin aku akan kehilangan kawan yang selama ni aku kejar.

Waktu rehat.

Tiga roti serunding aku pegang. Aku cuba jadi lain dari yang lain.

"Tia lalu lah. Dia tu cantikkan?" Dua orang pelajar mula berbual. Perbualan yang pernah berlaku pada dua tahun yang lepas.

"Memang cantik. Tapi...."

Roti serunding aku masukkan sekali gus dalam mulut lalu memandang ke arah mereka.

"Er.. rasanya baik kau lupakan." Mereka berdua terus beredar.

Aku berasa sedikit lega. Nasib baik. Kalau tak mungkin diorang akan banding-bandingkan aku dengan pelajar perempuan yang lain.

"Kau ni Tia. Cubalah jadi sopan sikit. Mungkin ramai pelajar lelaki yang suka kau nanti." Kata Dian. Aku hanya diam membatu. Malas nak fikir. Bungkusan Roti lagi satu aku buka.

"Dengar cerita ada pelajar baru masuk." Beritahu Fatiha. Aku tak tahu pula. Kalau tahu pun apa aku boleh buat? Lebih baik tak payah ambil tahu.

Roti tadi sudah pun di keluar dari plastik lutsinar. Sedang aku ingin masukkan Roti ke dalam mulut. Bahu aku di langgar seseorang. Membuatkan roti yang aku pegang terjatuh. Tapi sempat di tangkap oleh dia. Roti itu dihulurkan semula ke aku.

"Er. Terima Kasih." Mata aku masih lagi tertumpu pada roti tersebut.

"Masih roti serunding?" Wajahnya yang bersahaja memandang aku. Lalu dia terus pergi.

Aku masih lagi membisu. Terhidu bau manis yang cukup aku suka. Zafril? Betul ke tu dia?