652 Taktik Pasukan Blue Rain

นักแปล: EndlessFantasy Translation บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Biarpun kata-kata hinaan Huang Shaotian telah merosakkan adegan pertarungan yang indah tadi, tindakannya yang melarikan diri dengan begitu hebat sekali tidak dapat dipadamkan dari memori. Para penonton berharap dapat menonton ulang tayang dalam pergerakan perlahan supaya mereka boleh menonton tindakan melarikan diri yang begitu hebat itu sekali lagi. Sebaliknya, kamera telah zum keluar untuk membolehkan penonton melihat yang empat ahli pasukan Blue Rain telah senyap-senyap mengelilingi Samsara sewaktu Troubling Rain mengalihkan perhatian mereka.

"Ah!!" Para peminat Samsara terkejut. Mereka mahu memberikan amaran kepada para pemain pasukan kesayangan mereka. Malangnya, ini adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan tidak kira bagaimana kuatnya mereka mencuba. Bahkan penonton yang ada di stadium pun tidak mampu berbuat demikian. Tidak kira sekuat mana pun mereka menjerit, suara mereka tidak akan kedengaran dari dalam bilik kalis bunyi yang diduduki oleh para pemain.

ตอนที่ถูกล็อกไว้

สนับสนุนนักเขียนและนักแปลคนโปรดของคุณใน webnovel.com

avataravatar
ตอนถัดไป