189 Mahaguru Pedang Ilusi Ahong

นักแปล: EndlessFantasy Translation บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Mahaguru Pedang Ilusi Ahong, berbaju merah, berambut merah, bersarung pedang merah, malah ada parut merah merentasi mukanya. Kedua-dua biji matanya yang merah merenung ganas kelima-lima pemain.

"Perhatikan mata dia. Semakin merah matanya, semakin kuat dia," Ye Xiu memberitahu semua pemain baru.

"Kalau nak nyawa saya, marilah!". Mahaguru pedang itu melompat ke udara dan pedangnya membentuk kepulan angin. Dia memulakan pertarungan dengan serangan Collapsing Mountain.

"Tumpukan perhatian! Gelombang daripada Collapsing Mountain ini lebih besar dari kebiasaannya," Ye Xiu memberikan amaran.

Ini bermaksud pemain perlu melompat lebih tinggi dari biasa untuk mengelakkan gelombang serangan tersebut. Amaran ini ditujukan kepada Tang Rou dan Steamed Bun supaya mereka tidak akan menganggap ia hanyalah Collapsing Mountain yang biasa sahaja.

Malangnya, amarannya terlalu lewat.

ตอนที่ถูกล็อกไว้

สนับสนุนนักเขียนและนักแปลคนโปรดของคุณใน webnovel.com

avataravatar
ตอนถัดไป