736 Bom Manusia

นักแปล: EndlessFantasy Translation บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Kata-kata Ye Xiu membuatkan Blue River tersentak. Dia teringat pada waktu permulaan, sewaktu dia bertemu Lord Grim di server kesepuluh. Pada ketika itu, dia tidak tahu akan identiti Ye Qiu sebagai seorang Dewa dan telah bermain di dungeon bersamanya. Bagaimana perangai Ye Qiu sewaktu mereka bermain bersama? Blue River teringat kembali. Kemahiran Lord Grim sudah pastinya mengejutkan mereka, tetapi tidak kira setinggi mana pun kemahirannya, dia tidak pernah gagal untuk berkoordinasi bersama para pemain yang lain. Disebabkan itulah pasukan lima pemain Blue Brook mampu untuk mencipta rekod dungeon yang begitu kuat. Rekod itu bukannya tercipta kerana mereka mendapat bantuan seorang jaguh yang teramat handal dan bermain secara solo, tetapi kewujudannya meningkatkan kekuatan seluruh pasukan.

Blue River merenung kembali pada waktu itu. Lu Yuwen pula meluahkan rasa setujunya terhadap kata-kata Ye Xiu. "Itu memang masuk akal, senior!"

ตอนที่ถูกล็อกไว้

สนับสนุนนักเขียนและนักแปลคนโปรดของคุณใน webnovel.com

avataravatar
ตอนถัดไป