192 Barangan Membuatkan Mereka Berfikir

นักแปล: EndlessFantasy Translation บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Sebaik sahaja Mahaguru Pedang Ilusi bergabung, seluruh pasukan menyerangnya dengan ganas. Mereka faham Ye Xiu sedang menghadapi kesukaran dan agak mengerti mengapa dia tergesa-gesa hendak mengakhiri perlawanan.

Di bawah pimpinan Ye Xiu, kelajuan pertarungan meningkat. Ada waktunya mereka sengaja menerima serangan musuh supaya dapat melakukan lebih banyak 'damage'.

Di kafe internet, pelanggan yang mahukan rokok tadi akhirnya memilih untuk membeli rokok White Sand berharga 10 RMB dan terus mengganggu Ye Xiu.

Ye Xiu telah menakluki cabaran dan memenangi pertarungan yang sukar. Dia menjawab "Tunggu sekejap" seperti biasa. Mahaguru Pedang Ilusi terus memisahkan diri dan bergabung lagi dan lagi sehinggalah mereka menumpaskannya. Panggilan servis Ye Xiu terus-menerus berdering. Pelanggan yang mahukan Cola tadi lagi. Nampaknya dia hampir mati kehausan!

ตอนที่ถูกล็อกไว้

สนับสนุนนักเขียนและนักแปลคนโปรดของคุณใน webnovel.com

avataravatar
ตอนถัดไป