webnovel

72 Bencana

Author: Solofish
แอคชั่น
Ongoing · 1.6K Views
  • 1 Chs
    Content
  • ratings
  • N/A
    SUPPORT
Synopsis

Caden, seorang pemburu (Hunter) peringkat S yang terkenal kejam dan tidak berperikemanusiaan ditugaskan untuk misi terakhirnya menjaga 72 orang yang berpotensi menjadi bencana bagi umat manusia. Tetapi ini menjadi misi terakhirnya kerana di bunuh oleh adiknya. Uriel dan Aiden, daripada dimensi Alpha 1, menyelamatkan Caden dari dimensi Alpha 2 dan membawa Caden ke dimensi mereka dan merawatnya. Untuk kehidupan barunya di dimensi Alpha 1, Caden diminta untuk menjaga kembali orang yang berpotensi menjadi bencana dan secara perlahan-lahan membetulkan keperibadiannya. Tetapi segalanya tidak berjalan sesuai yang diketahuinya.

Chapter 1KOPI

Jangan biarkan apa yang berlaku semalam menghantui hidup kamu hari ini. Itulah perkataan yang terakhir kali diucapkan oleh Frey sebelum membunuh Caden.

Mengingatnya kembali tidak membawa perubahan apa-apapun kepada saya kerana saya sudah mati.

"Teh atau kopi?"

"Kopi." Saya menjawab persoalan yang ditanyakan Uriel kepada saya.

Uriel mula membuat rekahan dimensi menggunakan tangannya. Percikan kilat ungu terhasil membentuk rekahan dimensi kecil sebelum Uriel mengambil sesuatu di dalamnya. Dua tin minuman kopi. "Ini."

Uriel meletakkan satu tin minuman kopi di atas meja bulat di hadapan saya sebelum duduk di sofa yang berada di hadapan saya. Uriel mula membuka tin minuman di tangannya sebelum meneguknya dengan perlahan.

saya melihat ke arah tin minuman kopi yang berada tepat di hadapanku. "Kopi dari tin minuman? Apa-apapun, terima kasih." Sepertinya kopi dari tin minuman kelihatan sedap juga. Sudah lama saya tidak merasakannya.

Mata Uriel terbuka luas apabila mendengar pernyataan Caden sebentar tadi. Uriel yang baru sahaja menyelesaikan minumannya memandang Caden dengan wajah yang terkejut. Tidak percaya apa yang di dengarnya.

"Ehh, apa yang terjadi kepada kamu? Apakah ada sesuatu yang terjadi kepada kepala kamu apabila merentas dimensi?" Uriel menanyakan kepada Caden kerana Caden yang dia kenal tidak pernah tersenyum apatah lagi mengucapkan terima kasih.

Ada sesuatu yang perlu diketahui olehnya.

Saya menoleh ke arah Uriel dengan tatapan bingung."kenapa? Ada yang yang tidak kena?"

Uriel teragak-agak sebelum mengatakannya."Peribadi kamu...lain."

"Lain? Maksud kamu?"

"Cara kamu memperlakukan seseorang. Lebih baik daripada yang sepatutnya." Uriel menerangkan. Memandang Caden dengan tatapan serius.

"Oh! Adakah saya tidak sesuai dengan ekspetasi kamu?"

"B-bukan begitu. Tetapi..." Uriel yang memandang Caden serius sebentar tadi menjadi cemas. Uriel tidak mahu kata-katanya akan menyakitkan hati Caden tetapi...

"Kejam?" Caden sendirilah yang mengatakannya.

Uriel terdiam, tidak tahu cara untuk membalas kata-kata Caden sebentar tadi. Kata-katanya sebentar tadi mungkin telah menyakitkan hati Caden dan dia tidak mahu menyakitkan hati Caden sekali lagi.

Caden hanya tersenyum sebelum menghabiskan minumannya. Keadaan menjadi canggung seketika.

"Semua boleh berubah, Uriel." Aiden yang entah datang dari mana muncul di belakang Uriel dan menepuk bahu Uriel. Uriel dan Aiden masing-masing memakai baju tentera berwarna putih dengan saiz yang berbeza mengikut ketinggian masing-masing.

Uriel memandang ke arah Aiden yang berada di belakangnya sebelum memandang ke arah Caden kembali. "Maafkan saya." Uriel menundukkan kepalanya sambil menahan intonasinya agar tetap stabil.

"Tidak mengapa. Bukankah memang begitu tanggapan masyarakat terhadap saya." Kejam. Kata-kata yang tidak asing lagi yang diberikan kepada diri saya.

Aiden yang sudah berada di samping Uriel memandang saya dengan tatapan terkejut. Badannya yang kecil membuatkannya kelihatan seperti seorang anak yang berada di samping ibunya.

"Maksud kamu, apa yang berlaku di dimensi kamu selama ini adalah satu kebohongan belaka?" Aiden menundukkan lagi badannya, mendekatkan dirinya ke arah saya. Perasaan ingin tahu menguasai dirinya.

"Bukan begitu, apa yang kamu dengar selama ini adalah benar." Perkara ini mengingatkan saya tentang perbuatan yang telah saya lakukan sehingga saya tidak lagi digelar sebagai manusia, tetapi sebagai monster.

Membunuh orang tanpa belas kasihan dan menyeksa seseorang yang telah menyerah kalah. Perkara seperti itu tidak lagi cocok untuk orang yang sudah mati seperti saya.

"Oh! Masudnya kamu memang kejam?" Kata-kata Aiden seakan-akan munusuk tepat ke arah jantung Caden dengan belati yang tajam. Ditambah pula dengan wajah Aiden, Caden mula memikirkan kembali kenapa dia setuju untuk di dibawa ke sini.

"Hey!" Uriel yang mendengarnya turut terkejut bercampur tidak percaya apa yang didengarnya. Uriel memandang ke arah Caden dengan wajah cemas.

"Yah... itu memang benar. Saya mengaku yang saya memang kejam." Tatapan Caden mula kelihatan menyesal, berharap perkara ini tidak pernah berlaku kepadanya.

"..."

Tapi Caden masih tetap mempunyai hasrat yang hendak dia capai.

"Dan saya harap yang saya dapat berjumpa kembali dengan adik saya. Walaupun..." Suara Caden kedengaran berputus asa dan membiarkan dirinya menyandarkan sepenuhnya badannya ke sofa.

Aiden dan Uriel yang mendengarnya memandang antara satu sama lain sebelum memandang kembali ke arah Caden. Kali ini Aiden mula bersuara.

"Umm, apa yang kamu harapkan mungkin akan terjadi." Aiden meletakkan jarinya di mulutnya seolah-olah sedang berpikir.

"Apa dia?" Caden terkejut sambil memandangkan Aiden dengan wajah yang tidak percaya. Tidak mungkin dia salah mendengarnya.

"Kerana kita berada di dimensi sebenar." Uriel menyampuk, melihat Caden yang masih keliru tentang apa yang dimaksudkan Aiden sebentar tadi.

"Jelaskan." Saya membetulkan posisi duduk saya, mendengar penjelasan yang akan diberikan.

Aiden mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Telefon pintar. Aiden menaip sesuatu sebelum meletakkan telefon pintar di atas meja bulat.

"Kerana dimensi yang kamu tinggal, dimensi Alpha 2 merupakan salinan daripada dimensi ini, dimensi Alpha 1." Telefon pintar tersebut mula mengeluarkan hologram yang berbentuk bumi.

"Jadi apa yang ada di dimensi ini juga ada di dimensi kamu." Hologram berbentuk bumi tiba-tiba terbelah menjadi dua. Satu hologram bumi berwarna merah manakala hologram bumi yang lain berwarna biru.

Warna merah dikenali sebagai dimensi Alpha 2 manakala warna biru dikenali sebagai Alpha 1. Tetapi hologram bumi yang berwarna merah menghilang dan hanya meninggalkan hologram bumi yang berwarna biru.

Bermaksud dimensi Alpha 2 telah musnah sepenuhnya, tetapi Caden hanya mendiamkan dirinya. Melihat hologram bumi yang berwarna merah perlahan-lahan menghilang.

"Kenapa, Caden?"

"Tetapi tidak sama atau tepat, bukan?" Caden memandang Uriel dengan tatapan suram. Uriel hanya mendiamkan sebelum memandang Aiden. Aiden yang melihat gelagat Uriel menghela nafas sebelum memandang Caden.

"Bagaimana kamu tahu?" Tatapan Aiden yang selama ini kekanak-kanakan mula memancarkan tatapan tegas di mukanya. Aiden tidak mahu bermain dengan Caden lagi, mulai sekarang dia akan berterus terang.

"Kerana apa yang pertama kali saya rasai ketika saya tiba di dimensi ini... dimensi Alpha 1, berlaku semasa saya masih muda dalam dimensi Alpha 2." Tatapan Caden menjadi lebih suram dan serius.

"Sudah mesti ada yang telah berlaku di sini." Caden menambah, memancarkan aura yang sama kuat bagi menandingi Aiden. Tetapi dia tahu yang Aiden hanya menahan dirinya.

"Yah, kerana satu masalah, kami memerlukan bantuanmu." Aiden melihat Caden yang selama ini memandang telefon pintar yang memancarkan hologram.

"Apa dia?" Saya membakar tin minuman kopi yang baru saja saya habiskan hingga menjadi debu dan memandang semula ke arah mereka.

"Caden di dimensi ini... menghilang."

"Apakah kerana saya?" Saya terkejut apabila saya mempunyai diri saya yang lain di dimensi ini. Tetapi, apa maksud Caden menghilang sebenarnya seperti yang dikatakan Uriel sebentar tadi.

"Kami tidak pasti, hingga saat ini kami masih menyiasatnya." Aiden memberi keterangan. Dia yang bertanggungjawab penuh dalam menyiasat kehilangan Caden di dimensi ini.

"Oh. Jadi itu sebabnya kamu membawa saya di sini."

"Oh?! Sepertinya kamu sudah mengetahuinya." Aiden menyeringai tetapi ekspresi Caden dan Uriel berbeza.

"Maafkan kami." Uriel yang masih lagi merasa bersalah dan bertanggunjawab apa yang berlaku kepada Caden.

Dan Caden...

"72 bencana."

"Maaf?"

"Adakah mereka... ada?"

"Ya, mereka ada."

Keadaan di sekitar mereka mula berubah, tekanan yang kuat dan api yang membara di sekitar mereka membuat banyak barang kelengkapan rumah roasak. Dan itu dibuat oleh Caden sendiri.

"Kamu... Baik." Caden melihat ke arah Uriel yang menanyakannya.

"YA." Tapi jawapan Caden tidak mencerminkan sikapnya yang mebuat keadaan di sekitar mereka menjadi huru-hara.

"Tetapi ekspresi kamu mengatakan sebaliknya." Perkataan Uriel mendesak minda Caden untuk menahan dirinya daripada melakukan perkara yang akan mendatangkan masalah kepadanya. Tekanan yang kuat sebentar tadi mula kembali normal dan api mula menghilang.

"Maaf. Saya perlukan masa." Caden meninggalkan Uriel dan Aiden dan memasuki ruangan bilik yang telah disediakan untuknya. Mengurung dirinya buat sementara waktu.

"Tunggu dulu!" Uriel cuba mengikuti langkah Caden tetapi dihalang oleh Aiden.

"Biarkan dia, dia perlukan masa untuk..."

"Tunggu dulu..."

"Apa dia?" Uriel memandang Aiden. Badan Aiden tiba-tiba berkeringat dingin sebelum Aiden menunjukkan sesuatu ke arah meja bulat. Tangannya bergetar dengan kuat.

Uriel melihat. Dan memandang kembali Aiden.

"Telefon saya... Rosak."

You May Also Like

Hikayat 6 wira bersaudara

Sofian umur 24 tahun masih lagi bujang dia ialah seorang peon disebuah syarikat terkemuka di negeri sembilan, lama dia berkhidmat disitu tapi tidak diberi peluang untuk merasa kenaikan pangkat mahupun gaji, dalam masa cuti rehat dia menghabiskan masa mengikuti kelas silat hanya itu yang dia minati sejak kecil selepas mendengar cerita dari arwah datuknya tentang lagenda 5 bersaudara membuat dia tertarik mempelajari ilmu seni mempertahankan diri tersebut. Nak dijadikan cerita dia mendapat arahan dari pegawai atasan untuk menghantar dokumen ke sebuah bank, setibanya di destinasi berlaku sesuatu yang tidak dingini, sekumpulan lelaki bertopeng cuba untuk melakukan rompakan dibank tersebut dan memegang seorang tebusan yang juga kanak-kanak, dengan bersenjatakan parang dan pistol mereka mengugut pihak keselamatan untuk membukakan laluan tanpa halangan untuk mereka melarikan diri, Sofian tanpa berfikir panjang masuk campur dalam pergelutan itu demi membebaskan kanak-kanak tersebut dalam masa yang sama terdengar beberapa das tembakan dilepaskan..bang*....bang*.......bang*...... perompak berjaya ditahan pihak berkuasa, tetapi Sofian terkulai layu dihadapan lantai bank berkenaan, dia dimasukkan ke hospital dengan pendarahan teruk diperut, rusuk kanan dan paru-paru kiri doktor pembedahan hanya menggelengkan kepala menunjukkan tanda yang Sofian tidak mungkin dapat hidup lama dengan kehilangan darah yang banyak Sofian jatuh koma...ikuti pengembaraan roh Sofian kembali ke zaman lampau melalui masa ke era 13 kurun mengambil alih tubuh seorang kanak-kanak yang mati akibat dipatuk ular berbisa. saya translate dibawah menggunakan google translate maaf. Sofian was a peon in a leading company in the state of nine, where he served a long time but was not given the opportunity to feel a promotion or salary, during his rest period he spent the course of silat only that he had been interested since childhood after hearing the story of his grandfather about his grandfather The 5 legendary siblings make him interested in learning the martial arts science. He made the story he received instructions from his superior to send a document to a bank, upon arrival at a destination of something unusual, a group of masked men tried to commit the robbery and held a ransom as well as a child, armed with their machetes and pistols threatening security forces to open their path without hindrance to escape them, Sofian without long thought to intervene in the struggle to free the child at the same time sounded several shots fired. .... bang * ...... the robbers have been arrested by the authorities, but Sofian was dropped in front of the bank's floor bleeding heavily, he was admitted to the hospital with severe critical bleeding, on the right ribs and left lung the surgeon just shook his head showing signs that Sofian could not possibly live long that was the time Sofian's were fallen coma ... follow the journey Sofian's soul went back past through the 13th century takes over the body of a dead child that has died because of venomous snake bite. I translate it under google translate sorry. TAGS: HISTORICAL FICTION, MARTIAL ARTS, WAR&MILITARY, BROTHERHOOD, FAN FICTION.

linchufeng · แอคชั่น
Not enough ratings
16 Chs
Table of Contents
Volume 1

ratings

  • Overall Rate
  • Writing Quality
  • Updating Stability
  • Story Development
  • Character Design
  • world background
Reviews
WoW! You would be the first reviewer if you leave your reviews right now!

SUPPORT